Apa itu ASB? Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah sebuah dana amanah saham untuk kaum bumiputera Malaysia dan sesuatu yang hampir harus dimiliki. Namun begitu, tidak semua masyarakat malahan bumiputera memahami dan mengetahui apa itu ASB dan apa yang menjadikannya begitu menarik. Artikel ini ingin membawa anda memahami apa yang menjadikan ASB begitu menarik bagi para pelabur.
ASB dilancarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) pada tanggal 2 Januari 1990 untuk semua kaum bumiputera Malaysia. Tujuan dana ini adalah untuk menyediakan simpanan alternatif untuk bumiputera Malaysia. Ia bertujuan menghasilkan pulangan jangka panjang, konsisten dan kompetitif bagi para pelabur. Oleh itu, ASB dijalankan sebagai dana pendapatan ekuiti harga tetap di mana harga seunit dana ditetapkan pada RM1 tanpa caj penjualan dan tiada bayaran untuk penebusan unit.
ASB mempunyai had input sehingga RM200,000 yang bermaksud para pelabur hanya dapat meningkatkan jumlah pelaburan mereka sehingga had input sahaja. Walau bagaimanapun, dana tersebut tidak mempunyai had ke atas nilai akaun. Oleh itu, keuntunga modal yang disimpan di dalam akaun ASB membolehkan jumlah keseluruhan akaun melebihi RM200,000 (had input). Para pelabur bebas menentukan jumlah yang akan dilaburkan pada bila-bila masa sahaja, dan boleh menambah atau melanggan tambahan unit melalui ejen-ejen ASB yang berkenaan.
Dividen ASB diagihkan setiap tahun namun dikira setiap bulan berdasarkan jumlah minimum bulan tersebut. Selain modal terjamin, berdasarkan rekod, ASB tidak pernah memberikan pulangan kurang daripa 8.5% secara tahunan. Inilah yang menjadikan ASB begitu menarik bagi para pelabur.
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) ditubuhkan pada tahun 1979 dan merupakan anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). PNB merupakan salah satu syarikat pengurusan dana terbesar di Malaysia.
ASNB berperanan dalam melaburkan modal bagi pihak pelabur dalam pelbagai sektor yang meliputi sektor perbankn, telekomunikasi dan juga hartanah. Sejak lebih dari 40 tahun penubuhannya, ASNB kini menguruskan 14 dana unit amanah yang bernilai RM300 bilion dengan lebih daripada 14 juta pemegang unit amanah.
Terdapat dua jenis ejen yang sah di mana anda boleh membeli ASB, iaitu bank dan juga bukan bank. Ejen bank untuk dana ASB adalah Maybank, RHB Bank, CIMB Bank dan Affin Bank. Manakala satu-satunya ejen bukan bank ASB adalah Pos Malaysia.
Pada masa kini, kebanyakan ejen-ejen bank telah memperluas perkhidmatan perbankan internet untuk para pelabur ASB untuk menambah atau membeli lebih banyak unit untuk pelaburan ASB mereka. Para pelabur juga dibenarkan membuat pelaburan bagi akaun ASB pihak ketiga melalui perbankan dalam talian (online banking).
Sebagai satu-satunya ejan bukan bank, Pos Malaysia bekerjasama dengan beberapa buah bank untuk menawarkan Perkhidmatan Perbankan Berkongsi (SBS = Shared Banking Service) di kebanyakan cawangan PosNiaga. Oleh itu, para pelabur boleh memeriksa status kelulusan permohonan dana ASB mereka melalui perkhidmatan kios di dalam cawangan PosNiaga di Malaysia.
Untuk membuat pelaburan dalam ASB, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah membuka akaun dengan ASNB dan cara terbaik untuk membuka akaun adalah dengan mengunjungi cawangan-cawangan ASNB yang berdekatan dengan anda atapun menghubungi ejen-ejen ASNB. Sekiranya cawangan-cawangan ASNB agak jauh dari kawasan anda, anda boleh mengunjungi bank pilihan anda yang terdiri daripada Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Affin Bank, ataupun pejabat Pos Malaysia.
Selain itu, anda juga perlu membawa salinan kad pengenalan anda serta slip atau penyata pendapatan anda atau bukti-bukti pendapatan untuk 3 bulan terakhir anda. Amaun minimum untuk pelaburan ASB adalah RM1 dan amaun minimum untuk pelaburan awal yang anda boleh buat adalah RM10. Manakala jumlah maksimum atau hadnya adalah sebanyak RM200,000 atau 200,000 unit.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak mempunyai modal, anda tidak perlu risau, kerana anda masih boleh meneruskan keinginan anda untuk melabur dalam ABS. ASB memberikan beberapa pilihan bagi anda yang berminat untuk melabur namun terhalang oleh fakor ketiadaan modal ataupun masih belum mencukupi. Antara pilihan-pilihan tersebut adalah seperti:
Di bawah ini merupakan contoh pengiraan ataupun formula pinjaman ASB:
Amaun Pinjaman ASB: RM200,000
Kadar Faedah: BR + 2% per tahun
Tempoh Pinjaman: 25 tahun
Ansuran Bulanan: RM1,193
Jumlah Yang Perlu Di Bayar Untuk Tahun Pertama: RM14,316
Purata Kadar Dividen: 8%
RM200,000 x 8% = RM16,000
Pulangan Anda Pada Tahun Pertama: RM16,000 – RM14,316 = RM1,684
Sekiranya anda yakin dapat menguruskan pinjaman ASB secara konsisten untuk tahun pertama, mendapatkan pinjaman untuk pelaburan ASB mungkin merupakan cara yang baik untuk anda meneruskan keinginan anda untuk melabur dengan ASB.
Apa yang lebih menarik adalah anda hanya perlu menguruskan pinjaman ASB hanya pada tahun pertama selagi mana anda memastikan pembayaran tahunan anda lebih rendah daripada jangkaan pulangan ASB anda. Oleh kerana pulangannya cukup konsisten, anda boleh menguruskannya dengan mudah sehinga anda hanya membayar pinjaman untuk tahun pertama sahaja dan membiarkan pulangan ASB pada tahun-tahun berikutnya melunaskan pinjaman anda sambil turut memberikan pulangan tambahan selepas itu.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kita perlu untuk melaburkan wang simpanan kita untuk melindunginya daripada terkesan oleh inflasi yang terus meningkat saban hari, dan juga untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang kita. Oleh itu, sekiranya anda boleh melakukannya, maka lakukanlah!
Jemput juga abca artikel dividen ASB dan cara daftar ASB online