Accounts Payable (AP) atau dalam bahasa melayu boleh diterjemahkan sebagai Akaun Pemiutang merupakan satu butiran perakaunan yang menunjukkan kewajipan sesuatu entiti untuk membayar hutang jangka pendek kepada pemiutangnya. AP boleh dilihat atau dijumpai pada lejar perakaunan atau kunci kira-kira di bawah liabiliti semasa di mana AP disebut atau dicatatkan sebagai “pemiutang”.

AP juga boleh dirujuk sebagai satu jabatan atau bahagian dalam sesuatu perniagaan yang diberi tanggungjawab untuk membuat pembayaran yang dimiliki oleh sesuatu syarikat kepada pembekal atau pemiutang lain. Dalam erti kata lain, AP boleh didefinisikan sebagai satu butiran perakaunan yang tercatat di dalam lejar perakaunan ataupun boleh dirujuk sebagai satu badan atau unit yang membuat pembayaran mewakili sesuatu syarikat kepada pemiutang ataupun pembekal.

Fahami AP

Hutang-hutang di dalam AP perlu dibayar dalam tempoh tertentu untuk mengelakkan kelalaian. Sebagai contoh, di peringkat korporat, AP merujuk kepada pembayaran hutang jangka pendek kepada para pembekal atau pihak bank. Walau bagaimanapun, AP tidak hanya terhad kepada korporat atau syarikat sahaja.

Individu biasa juga mempunyai AP yang perlu dijelaskan kepada pemiutang. Sebagai contoh syarikat telefon atau syarikat pembekal internet merupakan antara jenis pemiutang. Syarikat-syarikat pemiutang menyediakan perkhidmatan, dan kemudian memberikan bil kepada pelanggan selepas perkhidmatan diterima.

Oleh itu pada dasarnya, jumlah yang perlu dibayar merupakan hutang-hutang (IOU) jangka pendek yang menjadi tanggungjawab pelanggan atau individu mahupun syarikat yang menerima perkhimatan. Sekiranya individu atau syarikat tidak membayar bil atau AP mereka, mereka dianggap sebagai lalai.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.