Setiap orang mempunyai matlamat sendiri yang ingin dicapai sebelum umur mencecah 30 tahun, bukan? Ada orang yang ingin membeli rumah sendiri, kereta mewah, berkahwin dan macam-macam lagi. Tetapi ada perkara lain yang dapat membina personaliti kita yang oerlu dilakukan sebelum umur 30 tahun.
Apakah perkara yang dapat membina personaliti kita kepada yang lebih baik ?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 perkara yang perlu dibuat sebelum umur 30 tahun. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.
Belajar daripada pengalaman ( experiental learning ) terbukti melahirkan ramai orang hebat dalam sejarah dunia.
Cari kerja sukarelawan lebih daripada anda cari kerja kerja yang menghasilkan wang. Di dalam sana, anda akan jumpa circle dan network yang akan bagi ‘high-impact’ pada perubahan hidup anda.
Upgrade hidup anda samada berdamping dengan orang orang yang terbukti berjaya ( proven successful ) ataupun berdamping dengan karya dan konten mereka. Kita nak mindset dan model kejayaan mereka tu di ‘transfer’ masuk ke dalam diri kita.
Anak muda memang sifatnya suka mengejar pencapaian. Terlalu mengejar pencapaian dalam hidup ni kadang akan bawa pada tekanan tanpa sedar. Tu yang kena study balik tentang Happiness.
Selagi apa yang kita buat selama ni tu tak kena dengan personaliti sebenar kita, maka apa yang diusahakan tu jadi kurang impaknya dan jadi susah nak berkembang. Tu yang selalu rasa macam buat semua benda tak menjadi sebab sebelum kejayaan nak datang berkenalan dengan kita, kita kena kenal diri kita dulu.
*Berikut adalah 5 perkara yang perlu dibuat sebelum umur mencecah 30 tahun. Aktiviti ini dapat membantu dalam membina personaliti diri dan menjadikan diri kita lebih positif. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.