Masa dah berubah. Zaman pun dah berubah. Cara untuk memikat hati juga berubah. Kalau dulu, Si Teruan memikat Si Dara dengan cara berbalas surat, dan menggunakan ayat berbunga dan bermadah pujangga. Hari ini, trend untuk memikat hati adalah dengan menggunakan pick up line. Jom kami kongsikan pick up line melayu yang cool untuk memikat hati si dia.

Sumber: Pasarman

Pantun

“Awak, saya ada pantun best nak bagi kat awak.”
“Apa dia?”
“Ikan selayang ikan kelah, kalau saya kata aje lah.”

Toyol

“Awak tahu tak apa beza awak dengan toyol?”

“Manalah saya tahu.”
“Toyol kerja dia curi duit. Awak pula curi hati saya.”

Jaga

“Awak. Berminat tak jadi jaga?”
“Eh taknaklah saya, tu kan kerja orang lelaki. Lagi pun bahayalah nak kena berjaga malam-malam.”
“Eh yang ni tak bahaya.”

“Kerja jaga apa?”
“Jaga hati saya.”

Jatuh

“Saya terjatuhlah awak.”

“Awak jatuh kat mana? Sakit ke?”

“Saya jatuh hati kat awak. Sakitlah kalau awak tak suka kat saya.”

Baju bundle

“Tahu tak apa beza di antara awak dengan baju bundle?”

“Apa dia?”
“Baju bundle kita panggil prelove. Awak pula saya panggil my love.”

Nama penuh

“Boleh ke kalau saya nak tahu nama penuh awak?”

“Nak buat apa?”

“Senanglah kalau tahu awal-awal. Nanti takde tersasul waktu duduk depan tok kadi.”

Pembinaan

“Saya tengah sibuk sekarang. Ada projek pembinaan.”
“Awak tengah bina apa?”

“Saya tengah nak bina masjid untuk kita berdualah.”

Google

“Tahu tak, saya save nombor awak kat handphone saya sebagai Google.”
“Kenapa Google?”
“Sebab awak ada semua yang saya cari selama ni.”

Shopee

“Awak. Awak tahu tak, saya save nombor awak kat handphone saya sebagai Shopee.”
“Kenapa Shopee?”

“Sebab awak ni macam Shopee, apa saya nak semua ada. Sempurna. Lengkap hidup saya.”

Gelap

“Kalau awak pejam mata, dunia jadi gelap tak?”

“Eh. Mestilah. Kenapa?”
” Haaa macam tu lah dunia saya tanpa awak. Terasa gelap kalau awak tak ada.”

Baca

“Yang sebenarnya saya ni tak pandai membaca.”
“Tipulah. Macam mana wak hidup kalau tak pandai membaca?”

“Betul. Saya tak pandai baca isi hati awak.”

Sumber: Medicalnewstoday

Bulan

“Nak tahu apa beza di antara awak dengan bulan?”

“Apa dia?”

“Bulan terang dan bercahaya di langit. Awak pula bercahaya dan bersinar-sinar dihati saya.”

Bintang

“Awak tahu tak apa beza di antara awak dengan bintang?”

“Tahu. Bintang ada di langit. Saya ada kat bumi.”

“Salah tu.”
“Habis tu apa dia?”

“Bintang ada di langit. Awak ada dihati saya.”

Kunci

“Awak. Ada kunci tak? Saya nak.”
“Awak nak kunci apa?”
“Saya nak kunci ke hati awak.”

Tukang kayu

“Awak ada kenal tak mana-mana tukang kayu?”
“Nak buat apa?”
“Saya nak pahat nama awak dihati saya. Ada kenal tak?”

Habuk

“Tahu tak apa beza di antara awak dengan habuk?”

“Entah. Manalah saya tahu.”
“Habuk melekat kat mata saya. Awak melekat kat hati saya.”

Sakit

“Awak. Saya mungkin cuti pagi esok.”
“Kenapa?”

“Saya sakit.”

“Awak sakit apa?”

“Saya sakit sebab mencintai awak dalam diam dan risau hanya bertepuk sebelah tangan.”

Penat

“Aduh penat betullah.”

“Kenapa tu? Ada banyak kerja ke?”
“Takdelah. Saya penat asyik kena kejar hati awak.”

Habis

“Awak free tak sekarang?”

“OK je. Kenapa ye?”
“Ok. Saya nak awak kira dari 1 sampai habis.”
“Macam mana nak habis nombor?”

“Haaa macam tu lah sayang saya kepada awak. Tak akan habis.”

Gula

“Minta maaf cik. Saya nak tumpang tanya.”
“Ya saya.”
“Maaf ya. Cik ni tiap pagi cuci muka pakai gula ke? Manis sungguh saya tengok muka cik ni.”

Kepak

“Awak nak kepak tak?”
“Kepak ayam? Nak.”
“Bukan kepak ayam.”

“Habis tu kepak apa?”
“Awak nak tak kepak kepum kepak kepum dengan saya?”

Banduan

“Tahu tak apa beza di antara awak dengan banduan?”
“Eh mestilah tak sama. Saya bukan banduan.”
“Iyalah. Sama tapi tak serupa. Banduan terperangkap dalam penjara. Awak terperangkap dalam hati saya.”

Joe

“Awak tengah cari joe tak?”
” Siapa joe? Buat apa saya nak cari dia?”
“Joedoh. Kalau awak tengah mencari, saya nak bagitau yang sayalah jodoh awak.”

Air laut masin

“Awak tahu tak kenapa air laut masin?”

“Entah.”

“Kalau nak tahu, air laut rasa masin sebab manisnya ada pada awak.”

Hilang

” Haih. Manalah perginya?” Buat muka risau sambil mencari sesuatu.

“Awak cari apa?”

“Ada barang saya hilanglah awak.”
“Apa yang hilang?”
“Hati saya. Jangan-jangan awak yang ambil tak?”

Jam

“Awak, ada jam tak?”

“Ada. Awak nak tahu pukul berapa sekarang ke?”

“Bukan jam yang pakai kat tangan tu. Saya cari jambatan ke hati awak.”

Penat II

“Awak, awak ni tak pandai nak rasa penat ke?”
“Kenapa?”

“Takdelah. Awak tak rasa penat ke tiap hari dok berlegar-legar kat dalam kepala saya? Pagi petang siang malam awak berlegar-legar kat situ tau.

Penat III

“Awak. Awak tak penat ke?”

“Kenapa?”
“Awak tak penat ke jadi cantik?”

Keluar malam

” Mak ayah awak tak marah ke awak asyik keluar malam?”

“Apa benda yang awak mengarut ni? Bila masa saya keluar malam?”

“Eh takde ke? Yang tiap malam awak datang kat mimpi saya tu apa?”

Kepala paip

“Awak kenal kepala paip?”

“Mestilah kenal.”
“Hmmmm. Ok. Awak tahu apa beza awak dengan kepala paip masjid?”
“Manalah saya tahu.”

“Kepala paip masjid buatkan saya nak ambil wuduk. Awak buatkan saya nak batalkan wuduk.”

Takut

“Awak. Saya takutlah. Takut sangat.”

“Takut apa?”
“Saya takut kehilangan awak.”

Kapal selam

“Awak. Saya rasa nak kumpul duit beli kapal selam lah.”
“Awak nak buat apa dengan kapak selam?”
“Saya bukan apa. Teringin nak menyelam ke dasar hati awak yang dalam tu.”

Termenung

“Awak tengah buat apa tu?”
“Saya tengah termenung.”
“Awak menungkan apa tu?”

“Saya termenung fikirkan masa depan kita berdualah.”

Peti ais

“Tahu tak apa beza di antara awak dengan peti ais?”

” Manalah saya tahu.”
“Kalau nak tahu, petu sejuk tu bagi sejukkan air. Awak pula sejukkan hati saya.”

Kejar

“Apa pun jadi saya tetap akan kejar awak.”
“Kenapa?”
“Orang kata, kita kena kejar impian kita.”

Sumber: Soyacincau

Handphone rosak

“Awak. Saya rasa handphone saya ni rosaklah.”
“Kenapa?”
“Sebab tak ada nombor awak kat dalam ni.”

Itulah dia pick up line melayu yang boleh anda gunakan untuk menambat hati si dia. Kalau ada yang dah berkenan di hati, jangan tunggu lama-lama. Risau nanti dikebas orang. Menyesal pun tiada gunanya. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tips jimat belanja dapur, tips shopping di Vietnam, dan tips lompat jauh.

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.