Biodata Fadza Anuar

Yang Hormat Dato’ Fadzaruddin Shah Anuar atau juga dikenali dengan nama Fadza Anuar. Beliau dilahirkan pada 8 April 1988 di Kuala Lumpur dan merupakan seorang usahawan di Malaysia yang mengasaskan jenama FashionValet. Dato’ Fadza Anuar merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di FashionValet. Vivy Sofinas Yusof atau Vivy Yusof yang juga merupakan rakan sekolej pada tahun 2012 adalah pasangan hidupnya. Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran tiga orang cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah. Fadza berkelulusan dari luar negara iaitu Ijazah Sarjana Kejuruteraan Aeronautik dari Imperial College, London.

Imej via thecoverage

Usahawan Berjaya

Kejayaan Fadza dan Vivy Yusof dalam bidang usahawan sering menjadi inspirasi anak muda di negara ini. Kisah perjuangan mereka dalam bidang perniagaan sering dijadikan contoh oleh generasi muda. Kedua pasangan ini bermula dari sahabat dan kemudiannya disatukan menjadi suami isteri.

Beliau bertanggungjawab mengembangkan syarikat runcit e-dagang yang diasaskan bersama isterinya untuk menjadi salah satu syarikat paling berharga di Malaysia. Fadza sering mencetuskan idea untuk platform e-dagang tempatan yang mempromosikan pereka fesyen tempatan dan membantu mereka mengembangkan perniagaan mereka.

Syarikat itu telah berkembang pesat dan dapat meningkatkan pendapatan dengan pelanggan merangkumi Asia Tenggara, Australia, UK dan Timur Tengah. Selain memenangi pelaburan RM1 juta dalam pertandingan Make the Pitch, Fadza juga berjaya memperoleh pelbagai pembiayaan pusingan. Antaranya adalah Elixir Capital dan Zozotown yang berpangkalan di San Francisco. Selain itu, portal fesyen dalam talian terbesar Jepun. Malah, beliau juga mendapat pelaburan pusingan Siri C daripada Khazanah Nasional Bhd dan PNB.

Imej via beritatular

FashionValet ke Luar Negara

Bermodalkan wang simpanan sendiri hampir 100 ribu, kedua pasangan ini  nekad untuk mengembangkan perniagaan FashionValet. Fadza mjuga menubuhkan kedai dan mortar di pusat beli-belah utama di negara ini. Beliau juga berjaya melebarkan sayap FashionValet ke Singapura, Jakarta dan Brunei, dan meningkatkan pendapatannya tiga kali ganda. FashionValet juga turut mengeluarkan scarf mereka sendiri iaitu Duckscarves menerusi dUCK Group yang mempunyai peminat yang tersendiri.

Pengiktirafan

  • 2021 – Asia’s Most Influential MY
  • 2018 – Gen.T (Malaysia)
  • 2017 – Gen.T (Malaysia)

Mengapa Dato’ Fadza begitu berpengaruh?

Dato’ Fadza Anuar merupakan individu yang menjadikan FashionValet sebagai salah satu platform e-dagang yang paling pesat berkembang. Malah, beliau yang menjadikan FashionValet berkembang dari dalam talian ke luar talian dengan menubuhkan butik fizikal di beberapa pusat beli-belah terkenal.

Pengaruh inilah yang membuatkan Dato’ Fadzarudin Shah Anuar diiktiraf sebagai salah seorang Lelaki Terbaik oleh Augustman pada 2015. Di bawah kepimpinan Fadza, syarikat mereka berkembang pesat dan memiliki banyak pelanggan. Malah, pelanggan atau peminat FashionValet ini terdiri dari mereka yang berada di Asia Tenggara, Australia, UK dan Timur Tengah.

FashionValet bukan sahaja memenangi pembiayaan RM1 juta daripada MyEG, malah mereka turut menerima pembiayaan daripada San Francisco, Elixir Capital dan Zozotown, portal e-dagang terbesar di Jepun. Selain itu, Khazanah Nasional Bhd dan PNB turut melabur dalam syarikat Dato’ Fadza.

FashionValet bukan sahaja berkembang di Malaysia, tetapi jenama mereka sendiri seperti Duck juga berkembang di seluruh Singapura, Jakarta dan Brunei.

Fadza dan Vivy juga dipilih sebagai sebahagian daripada Endeavour, sebuah organisasi global untuk usahawan berimpak tinggi. Selain menjalankan perniagaan, Fadza turut memberi tunjuk ajar kepada usahawan yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.

Projek Semasa dan Aspirasi Masa Hadapan

Fadza Anuar dan Vivy Yusof sentiasa inginkan sesuatu yang lebih baik pada masa hadapan dan sentiasa mencari peluang meneroka peluang baru dalam industri fesyen.

1. Melebarkan Sayap FashionValet

Berhasrat menjadikan FashionValet antara jenama terkenal di peringkat antarabangsa.

2. Meneroka Usaha Baru

Usahawan FashionValet ini juga ingin meneroka industri lain dan ingin mempelbagaikan portfolio mereka bagi memastikan kemampanan jangka panjang.

3. Memberi Kembali kepada Komuniti

Dato’ Fadza dan pasangannya merancang untuk memberi tumpuan kepada inisiatif yang menyokong usahawan muda dan perniagaan kecil. Mereka juga ingin menggunakan pengalaman yang ada untuk membimbing orang lain agar turut berjaya dalam bidang keusahawanan.

Fakta Menarik

  • Memulakan karier sebagai penasihat pengurusan di sebuah syarikat antarabangsa dan mula mendalami platform e-dagang 
  • Juara pertandingan Make The Pitch dan memenangi pelaburan sebanyak RM1 juta oleh MyEG Services Bhd. Malah, mendapat kepentingan 30% dalam syarikat tersebut
  • Sering diundang ke university bagi perkongsian ilmu dunia perniagaan
  • Pernah muncul di kaca televisyen dalam rancangan realiti iaitu Love Vivy di Astro Ria
  • Dinobatkan sebagai salah seorang Men of the Year oleh Augustman pada tahun 2015
  • Menerusi Tatler Malaysia, Dato’ Fadzarudin Anuar dan Datin Vivy Yusof disenaraikan sebagai 300 individu berpengaruh di Malaysia yang menggunakan gelaran penuh
  • Kedua pasangan suami isteri ini juga dipilih untuk menjadi sebahagian daripada Endeavour, sebuah organisasi global untuk usahawan berimpak tinggi. Selain menjalankan perniagaan, Fadza merupakan mentor kepada usahawan muda.  

Kesimpulan

Kejayaan Dato’ Fadza dan Dato’ Vivy berasaskan cita – cita, ketabahan dan tujuan bersama. Mereka bukan sahaja membina perniagaan melalui FashionValet, namun turut menjadi contoh usahawan berjaya di negara ini.

Mereka juga telah berjaya menyumbang kepada pertumbuhan industry fesyen Malaysia, memberi inspirasi kepada golongan muda serta mencipta rangkaian antarabangsa.

Jemput baca biodata Hanis Zalikha dan biodata Leeyanarahman

Rujukan

Penulis: Itawrah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.