Pernah dengar tentang aplikasi Price Catcher? Ia adalah aplikasi dimana anda boleh memeriksa harga barang asas di Malaysia. Dibangunkan oleh KPDNHEP, aplikasi Price Catcher adalah khas untuk carian harga barang asas yang boleh anda gunakan untuk memudahkan anda membeli-belah barang keperluan rumah.

Siapakah yang membuat pemantauan harga untuk aplikasi Price Catcher?

Sumber: Majalah Labur

KPDNHEP telah melantik Pegawai Pemantau Harga (PPH) untuk melakukan kerja-kerja memantau, mengutip dan memasukkan data harga barangan di pasaran ke dalam sistem Price Catcher untuk landuan para pengguna di Malaysia.

Bagaimanakah prosedur kutipan harga dilakukan?

Untuk melakukan prosedur kutipan harga, Pegawai Pemantau Harga  akan pergi ke premis-premis berkenaan untuk membuat pemantauan dan kutipan harga secara harian bagi 400 barangan keperluan pengguna. Pegawai Pemantau Harga ditugaskan untuk keluar memantau dan mengutip harga sebelum jam 9 pagi bagi pasar basah dan sebelum jam 10 pagi bagi Hypermarket dan Supermarket. Pegawai Pemantau Harga hendaklah memasukkan data harga barangan sebelum 2.00 petang pada setiap hari

Apakah jenis premis-premis yang dipantau oleh Pegawai Pemantau Harga?

Berikut adalah di antara premis yang dipantau oleh Pegawai Pemantau Harga:

  • Hypermarket
  • Supermarket
  • Pasar basah

Apakah bilangan dan ketegori barangan yang dipantau?

Setakat hari ini terdapat lebih kurang 400 barangan keperluan asas pengguna yang dipantau oleh 1000 orang Pegawai Pemantau Harga. Barang keperluan asas ini termasuklah barang basah dan barang kering. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, aplikasi Price Catcher dibangunkan bagi membantu rakyat menangani kos sara hidup.

Memandangkan premis perniagaan di sekitar kawasan yang sama menawarkan barang yang sama tetapi pada harga berbeza, aplikasi ini sangat membantu pengguna untuk membuat perbandingan harga tanpa perlu pergi ke kedai. Ia sangat menjimatkan masa dan tenaga.

Selepas membuat perbandingan harga bolehlah pengguna memilih premis atau kedai yang menawarkan harga yang paling berpatutan untuk menjimatkan belanja.

Mengapakah barang-barang ini terpilih untuk dipantau?

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat oleh KPDNHEP, barangan tersebut adalah barangan keperluan harian yang sering menjadi pilihan dan permintaan rakyat. Oleh itu ia telah dipilih sebagai salah satu barang yang harganya sentiasa dipantau oleh KPDNHEP.

Sumber: Food Navigator

Adakah harga barangan melalui Price Catcher adalah harga yang terkini pada tarikh semakan dibuat?

Jawapannya ialah ya. Harga barangan yang dipaparkan di aplikasi Price Catcher adalah harga terkini selepas jam 2.00 petang. Harga barangan sebelum jam 2.00 petang adalah harga bagi tarikh sebelumnya iaitu pada hari semalam.

Terma penggunaan

Sebelum menggunakan aplikasi Price Catcher adalah penting untuk kita mengetahui terma dan syarat aplikasi tersebut:

  1. Dengan melayari dan menggunakan laman portal ini anda telah bersetuju dengan terma dan syarat yang dinyatakan. Pihak KPDNHEP dan portal Pengguna Bijak berhak untuk menukar terma dan syarat tersebut bila-bila masa sahaja.
  2. Perkataan KPDNHEP dan Pengguna Bijak atau kami adalah merujuk kepada pihak KPDNHEP dan Pengguna Bijak iaitu pemilik aplikasi ini.
  3. Perkataan anda yang digunakan dalam aplikasi price Cathcer adalah merujuk kepada para pengguna laman portal Pengguna Bijak.
  4. Pihak Portal Pengguna Bijak dan KPDNHEP tidak bertanggungjawab atas segala ketidaktepatan atau ketidakjituan maklumat dalam aplikasi ini dan segala keputusan berdasarkan maklumat yang terkandung dalam aplikasi ini adalah tanggungjawab masing-masing. Portal Pengguna Bijak dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas segala akibat langsung atau tidak langsung dan segala akibat di atas penggunaan dari maklumat yang diperolehi secara terus atau tidak terus dari aplikasi Price Catcher.
  5. Para pengguna aplikasi price Catcher bersetuju tidak menggunakan aplikasi ini untuk tujuan berikut:
  6. Bertentangan dengan undang-undang
  7. Tidak melanggar hak atau menyekat kegunaan laman portal ini dari mana-mana pihak ketiga.
  8. Penggunaan melebihi had yang dibenarkan
  9. Penggunaan yang melanggar undang-undang atau mungkin menyebabkan ketidakselesaan dan tidak percaya kepada seseorang individu
  10. Penyiaran bahan yang tidak sopan dan kesat
  11. Gangguan kepada isi kandungan dalam laman aplikasi ini
  12. Segala maklumat di dalam aplikasi Price Catcher adalah untuk kegunaan persendirian dan tidak boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil.
  13. Segala maklumat didalam aplikasi Price Catcher adalah untuk kegunaan pendidikan kepenggunaan sertu tujuan rujukan sahaja.

Bagaimanakah cara untuk melayari aplikasi Price Catcher?

Untuk melayari aplikasi tersebut, apa yang perlu anda lakukan ialah:

  • Pergi ke laman web rasmi Price Catcher iaitu : Price Catcher untuk melawati laman web Price Catcher
  • Atau anda juga boleh muat turun aplikasi Price Catcher sama ada di Google Play atau di Apple Apss. muat turun aplikasi Price Catcher adalah percuma. Anda tidak perlu membuat sebarang bayaran.
  • Masukkan nama barang, negeri dan lokasi
  • Kemudian klik butang cari barang
  • Anda juga boleh membuat akaun di aplikasi Price Catcher. Dengan log masuk aplikasi  Price Catcher, pengguna boleh menggunakan fungsi simpan di Bakul Saya yang membenarkan anda untuk menyimpan senarai barangan di Bakul Saya. Dengan ini anda boleh melihat senarai barangan yang di simpan di Bakul Saya tanpa perlu menambah barangan ke dalam Bakul Saya setiap kali anda log masuk ke aplikasi Price Catcher.

Itulah dia info tentang aplikasi Price Catcher: carian harga barangan asas Malaysia yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara untuk mengurangkan perbelanjaan harian serta tips simpanan persaraan

Rujukan:

  1. Price Catcher

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.