Kajian mengatakan 3 daripada 4 rakyat Malaysia sukar menyimpan walaupun RM1000 bagi kecemasan!

Berapa % duit kita perlu asingkan untuk menyimpan setiap bulan?

1) Ada yang sarankan simpan 20% daripada jumlah pendapatan.

2) Ada yang kata kita perlu simpan 30%

3) Ada juga yang bagi cadangan simpan 60%!

Tak kisah 20%, 30% atau 60% sekali pun, janji anda ada disiplin untuk menyimpan dan TAHU tempat yang terbaik untuk menyimpan duit.

Setiap orang mempunyai jumlah simpanan yang berbeza-beza bergantung kepada jumlah pendapatan dan komitmen tersendiri. Apapun itu, mulakan daripada sekarang untuk mendapatkan jumlah simpanan yang tinggi. Menyimpan memang aktiviti yang ‘membosankan’. Kalau tak mampu untuk menyimpan, tambahkanlah pendapatan!

Berikut 6 Tempat Terbaik Untuk Simpan Wang Sebelum Umur 35 Tahun

5 tempat menyimpan wang terbaik

Imej via Facebook

1. ASB

5 tempat menyimpan wang terbaik

Imej via Facebook

a. Tetapkan matlamat pelaburan ASB.
Contoh matlamat pelaburan ASB:

  • Untuk membeli rumah.
  • Untuk perbelanjaan perkahwinan.
  • Untuk melancong ke luar negara.

b. Bezakan antara pelaburan ASB dan pinjaman ASB.

Bezakan antara “force saving” dan simpanan ASB. Pinjaman ASB akan menjurus kepada force saving, manakala pelaburan ASB biasa ialah simpanan ASB.

c. Pelaburan ikut kemampuan

Kita boleh menentukan komitmen bulanan kita sendiri, sebab hanya kita yang tahu berapa pendapatan kita sebulan, dan hanya kita lebih tahu kemampuan bulanan kita.

Contoh : Kita mampu membuat simpanan ASB sebanyak RM1000 sebulan. Maka,
Pecahkan kepada dua : – Force Saving (RM700)
– Simpanan ASB (RM300)

Ingat! Simpanan ASB biasa penting juga, incase kalau ada emergency. Boleh guna dulu duit dalam simpanan ASB. Jangan sesekali tamatkan pinjaman ASB anda tanpa alasan yang munasabah.

2. Tabung Haji

5 tempat menyimpan wang terbaik

Imej via Facebook

  • Modal awal yang rendah,
  • Modal simpanan dijamin,
  • Kos yang rendah,
  • Pemberian dividen dan bonus kompetitif,
  • Dividen dan bonus dikecualikan cukai,
  • Zakat dibayar pihak Tabung Haji,
  • Simpanan dan pengeluaran tanpa had,
  • Patuh syariah,
  • Simpanan untuk menunaikan Haji.

3. Private Retirement Scheme (PRS)/Skim Persaraan Swasta

5 tempat menyimpan wang terbaik

Imej via Facebook

  • PRS ini melengkapkan plan simpanan persaraan wajib seseorang melalui KWSP.
  • KWSP + PRS = Pelan Persaraan Mantap!
  • Sebagai simpanan tambahan untuk persaraan. Simpanan ini dapat melawan inflasi dan berpeluang mendapat pulangan pelaburan yang baik.
  • Tambahan kepada Simpanan Persaraan. Simpanan Persaraan PRS akan melengkapkan simpanan persaraan KWSP seseorang.
  • Pelepasan Cukai Individu. Pengecualian sehingga RM3,000 setahun penilaian (tambahan kepada Potongan Sumbanagn KWSP) bagi 10 tahun pertama.
  •  Tak ramai yang tahu ada peruntukan bajet 2017 untuk anak muda linkungan umur 20-30 an. Kerajaan mengumumkan pemberian sumbangan RM1,000 one-off di bawah Private Retirement Scheme (PRS) Youth Incentive.
  • Paling penting sekali, untuk pastikan Kualiti Hidup yang lebih terjamin ketika bersara!

4. Simpan Emas Untuk Dana Pendidikan

5 tempat menyimpan wang terbaik

Imej via Facebook

Cuba kira berapa nisbah gram emas yang diperlukan untuk belanja pengajian universiti hari ini. Berdasarkan pinjaman yang diberikan oleh PTPTN untuk pengajian jurusan sastera di IPTA iaitu RM6500 setahun, 6500 × 5 tahun = Rm32500.

Maka jumlah pinjaman sekitar RM32,500. Jadi kita boleh andaikan, kos pengajian universiti tempatan sekitar RM35,000 hingga RM40,000 pada hari ini. Ia bersamaan nilai dalam lingkungan 210 hingga 240 gram emas. Kalau kita simpan 1 gram emas sebulan untuk anak bermula dari hari kelahirannya, maka ia akan ambil masa 18 hingga 20 tahun untuk cukupkan emas sebanyak itu. 20 × 12 = 240 gram

Dan simpanan itu kalis inflasi. Pendek kata, 240 gram emas itu cukup untuk tampung pendidikan anak-anak walau apa pun berlaku kepada ekonomi dan ringgit. Dan anak itu tak perlu ambil pinjaman PTPTN seperti kita. Tak perlu ajar anak-anak kita berhutang seusia muda lagi sebab tabiat berhutang adalah tabiat yang kurang baik.

Kalau simpan 1 gram sebulan sejak hari kelahiran, pada umur 18 tahun setiap anak akan memiliki 240 gram emas dengan nilai hari ini sekitar RM43,200 (RM180 x 240 gram). Ia cukup untuk kos pengajian universiti tempatan tanpa perlu pinjaman PTPTN!

Cara Terbaik Simpan 1 Gram

Persoalan seterusnya, di mana beli emas 1 gram ini?

Untuk makluman anda semua, gold bar 1 gram harga per gramnya sangat mahal. Ini disebabkan kos pembuatan emas bersaiz kecil memang mahal. Kosnya dalam linkungan rm210 – rm250 mengikut syarikat-syarikat yang berlainan.

ALTERNATIF:

Cara terbaik utk simpan emas 1 gram sebulan, dah siap disediakan oleh PUBLIC GOLD utk orang-orang yang berpendapatan sederhana melalui akaun GAP.

Walaupun ia akaun emas, tetapi ianya boleh keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri (kalau mahu). Dan yang pastinya, harganya termurah di pasaran Malaysia sekarang. Kita boleh buka satu akaun untuk setiap anak (dengan nama ibu/bapa sebagai pemilik bersama).

5. Tabung Warna

5 tempat terbaik menyimpan wang

Imej via Facebook

a. Cara yang paling menarik, mudah dan untung

b. Cara ini adalah sesuai untuk golongan yang mempunyai disiplin tinggi dan ingin menyimpan secara tetap.

c. Tetapkan dahulu warna tabung yang anda inginkan. Contohnya, jika pilih warna hijau dan oren (RM5 dan RM20), jadi anda perlu menyimpan duit kertas RM5 dan RM20 setiap kali anda terima duit tersebut.

d. Anda tak boleh belanjakan dengan menggunakan duit RM5 dan RM20 tersebut untuk perbelanjaan harian anda.

e. Menyimpan duit mengikut warna bukan sahaja kelihatan menarik, malah mendidik kita untuk lebih berjimat dan menghargai setiap duit yang kita terima.

f. Apabila hujung tahun, anda boleh keluarkan duit simpanan tersebut dan laburkan di tempat yang betul.

6. Unit Trust

5 tempat menyimpan wang terbaik

Imej via Facebook

Unit trust ialah simpanan jangka sederhana ke panjang. Biasanya matlamat yang ditetapkan bagi simpanan jenis ini ialah persaraan, pendidikan anak, haji/umrah, beli rumah atau kawin.

Tempoh 3 tahun – 5 tahun atau lebih. Dari segi keuntungan pula boleh bagi 10%-15% purata pulangan kalau simpan 3 tahun – 5 tahun atau lebih daripada itu. Bahkan ada orang yang pernah sampai 20% – 23% keuntungan.

Keuntungan ada 3 jenis.
1. Capital gain : harga naik turun. Kedua dua keadaan ini sebenarnya bagi kelebihan kepada klien. Yang terbaik beli masa murah, jual masa mahal. Mesti huntungkan?

2. Dividen-fund yang lebih 2 tahun mesti ada dividen. Ada konsultan yang boleh maklumkan lagi baik. Dapat dividen, dapat unit PERCUMA.

3. Bonus pula akan dapat bila company declaire. Nama pun dividenkan?

Unit trust sebaiknya ada konsultan yang pantau akaun. Konsultan yang akan pening kepala untuk bila masa sesuai tambah simpanan, bila dapat dividen, bila switching fund.

Fund terbaik ialah moderate fund. Volatility sederhana yang memudahkan klien untung juga mudahkan konsultan. Sekian sedikit ilmu unit trust.

Happy saving everyone!

Copy

Penulis: Nur Aliah Mohd Nor

Usahawan muda dan rajin berkongsi tips-tips kewangan yang praktikal. Ikuti beliau di Facebook untuk info kewangan santai yang menarik.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.