Terdapat 46 bank buah yang ada di Malaysia setakat artikel ini ditulis. Bank-bank yang ada di Malaysia terdiri daripada bank tempatan dan juga bank asing yang ditubuhkan di luar negara. Malah bank di Malaysia juga boleh dibahagikan kepada bank komersial dan bank islamik. Ada juga bank islamik antarabangsa yang merupakan syarikat bank antarabangsa. Selain itu terdapat juga bank pelaburan dan institusi kewangan yang lain. Jom lihat senarai bank di Malaysia.

Bank Negara Malaysia (BNM)

Bank Negara telah ditubuhkan pada 26 January 1959.  Ia adalah bank pusat yang menjaga semua bank di Malaysia.  Sebagai bank pusat Malaysia, Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan pihak berkuasa monetari yang mengawal selia sistem kewangan dan ekonomi negara. Di antara objektif penubuhan Bank Negara Malaysia adalah seperti berikut:

  • Menggalakkan kestabilan monetari dan struktur kewangan negara yang kukuh
  • Bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada Kerajaan
  • Menerbitkan mata wang dan menyimpan rizab bagi menjaga nilai mata wang tersebut
  • Mempengaruhi kedudukan kredit bagi kepentingan negara ini

 Bank Negara Malaysia diketuai oleh lapan ahli Lembaga Pengarah. Ia diterajui oleh bebrapa orang ahli ex-officio termasuk:

  • Gabenor
  • Timbalan Gabenor
  • Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Gabenor berfungsi sebagai pengerusi Lembaga Pengarah. Sebagai seorang Lembaga Pengarahh, Gabenor Bank Negara Malaysia dikehendaki bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Untuk makluman anda, peranan dan tanggungjawab Bank Negara Malaysia sentiasa berubah mengikut perkembangan ekonomi semasa.

Pada hari ini, Bank Negara Malaysia memberi tumpuan kepada 3 tunggak peranan bank pusat iaitu:

  • Kestabilan monetary
  • Kestabilan kewangan
  • Kestabilan sistem pembayaran

Bank Negara Malaysia juga memainkan peranan yang penting dari segi pembangunan pengurusan ekonomi, pembinaan institusi dan sistem kewangan di Malaysia. Ia berfungsi untuk mengawal selia dan menguruskan kesemua aspek yang disebutkan tadi. Dalam masa yang sama, Bank Negara Malaysia sebagai bank pusat juga bertanggungjawab untuk menganjurkan pelbagai program pendidikan pengguna bagi meningkatkan keupayaan kewangan masyarakat umum. Diantara program yang dianjurkan ialah:

  • Program pendidikan pengguna dalam bidang perbankan
  • Program pendidikan pengguna dalam bidang  insurans.
  • Program pendidikan  pengguna untuk golongan remaja
  • Program pendidikan pengguna untuk golongan wanita
  • Program pendidikan pengguna untuk syarikat

Semua bank yang beroperasi di Malaysia perlu berdaftar dengan Bank Negara Malaysia.

Bank komersial di Malaysia

Berikut adalah senarai bank komersial yang berdaftar di Malaysia:

  • Affin Bank Berhad ( Tempatan )
  • Alliance Bank Malaysia Berhad ( Tempatan )
  • AmBank (M) Berhad ( Tempatan )
  • BNP Paribas Malaysia Berhad ( Asing )
  • Bangkok Bank Berhad ( Asing )
  • Bank of America Malaysia Berhad ( Asing )
  • Bank of China (Malaysia) Berhad ( Asing )
  • Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia) Berhad ( Asing )
  • CIMB Bank Berhad ( Tempatan )
  • Citibank Berhad ( Asing )
  • Deutsche Bank (Malaysia) Berhad ( Asing )
  • HSBC Bank Malaysia Berhad ( Asing )
  • Hong Leong Bank Berhad ( Tempatan )
  • India International Bank (Malaysia) Berhad ( Asing )
  • Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad ( Asing )
  • J.P. Morgan Chase Bank Berhad ( Asing )
  • Malayan Banking Berhad ( Tempatan )
  • Mizuho Bank (Malaysia) Berhad ( Asing )
  • National Bank of Abu Dhabi Malaysia Berhad ( Asing )
  • OCBC Bank (Malaysia) Berhad ( Asing )
  • Public Bank Berhad ( Tempatan )
  • RHB Bank Berhad ( Tempatan )
  • Standard Chartered Bank Malaysia Berhad ( Asing )
  • Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad ( Asing )
  • The Bank of Nova Scotia Berhad ( Asing )
  • The Royal Bank of Scotland Berhad ( Asing )
  • United Overseas Bank (Malaysia) Bhd ( Asing )
Sumber: Sgfinance

Bank islamik tempatan

Berikut adalah senarai bank islamik tempatan yang berdaftar di Malaysia:

  • Affin Islamic Bank Berhad
  • Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad        
  • Alliance Islamic Bank Berhad
  • AmIslamic Bank Berhad         
  • Bank Islam Malaysia Berhad  
  • Bank Muamalat Malaysia Berhad       
  • CIMB Islamic Bank Berhad    
  • Hong Leong Islamic Bank Berhad      
  • Maybank Islamic Berhad        
  • Public Islamic Bank Berhad    
  • RHB Islamic Bank Berhad      

Bank islamik antarabangsa

Berikut adalah senarai bank islamik antarabangsa yang berdaftar di Malaysia:

  • Al Rajhi Banking & Investment Corporation
  • Asian Finance Bank Berhad
  • HSBC Amanah Malaysia Berhad 
  • Alkhair International Islamic Bank Bhd          
  • Deutsche Bank Aktiengesellschaft     
  • Elaf Bank B.S.C. (c)   
  • PT. Bank Syariah Muamalat Indonesia, Tbk   
  • Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad 
  • OCBC Al-Amin Bank Berhad
  • Standard Chartered Saadiq Berhad

Bank pelaburan

Akhir sekali, berikut adalah senarai bank pelaburan yang berdaftar di Malaysia:

  • Affin Investment Bank Berhad ( Tempatan )
  • Alliance Investment Bank Berhad ( Tempatan )
  • AmInvestment Bank Berhad ( Tempatan )
  • CIMB Investment Bank Berhad ( Tempatan )
  • Hong Leong Investment Bank Berhad ( Tempatan )
  • HwangDBS Investment Bank Berhad ( Tempatan )
  • KAF Investment Bank Berhad ( Tempatan )
  • Kenanga Investment Bank Berhad ( Tempatan )
  • MIDF Amanah Investment Bank Berhad ( Tempatan )
  • MIMB Investment Bank Berhad ( Tempatan )
  • Maybank Investment Bank Berhad ( Tempatan )
  • Public Investment Bank Berhad ( Tempatan )
  • RHB Investment Bank Berhad ( Tempatan )

Lain-lain institusi kewangan

Selain bank, terdapat juga beberapa institusi kewangan yang berdaftar di Malaysia iaitu:

  • RF Sdn. Bhd ( Tempatan )
  • Pengurusan Danaharta Nasional Berhad ( Tempatan )
Sumber: Investopedia

Itulah dia info  tentang senarai bank di malaysia yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang istilah bank pelaburan dan tips jika permohonan pembiayaan perumahan ditolak oleh bank.

Rujukan:
1. MGCC

2. Bankinginfo

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.