Sejak kecil kita sering diingatkan tentang kepentingan menabung. Menabung nampak seperti sesuatu yang remeh namun sebenarnya terlalu besar manfaatnya. Tak rugi kalau kita amalkan tabiat menabung dan menanamkan minat menabung dalam diri anak-anak. Nak mula menabung tapi tak tahu macam mana nak bermula? Jom kami kongsikan cara menabung paling efektif yang anda boleh cuba hari ini.

Sumber: Heaxabell

1. Simpan duit siling

Ada orang menganggap duit siling tidak berharga. Duit siling yang diperolehi akan diletakkan merata-rata, atau dibiarkan sahaja jika terjatuh dari tangan. Namun tahukah anda bahawa yang sebenarnya duit siling yang sering dipandang sepi itu sebenarnya jika disimpan boleh membuatkan anda tersenyum lebar pada setiap hujung tahun. Cara menabung yang pertama ingin kami kongsikan hari ini ialah dengan cara menyimpan setiap duit siling yang diperolehi.

Mulai hari ini, apabila anda mendapat duit siling jangan sesekali digunakan. Sebaiknya simpan elok-elok dalam poket dan sebaik sahaja sampai di rumah terus masukkan kedalam tabung khas duit siling. Jangan dikorek tabung itu sehingga hujung tahun. Apabila cukup setahun, bawa tabung tadi ke bank untuk ditukar kepada duit kertas.

2. Simpan duit RM1

Selain duit siling, anda juga boleh memilih untuk menyimpan duit not RM1. Anda boleh memilih sama ada ingin mendisiplinkan diri untuk menyimpan satu keping setiap hari atau menyimpan setiap not RM1 yang anda perolehi sebagai baki semasa berbelanja. Menyimpan not RM1 tidak akan membebankan anda.

3. Simpan duit RM5

Not RM5 yang berwarna hijau sangat cantik dipandang. Lagi cantik kalau ianya bersusun dalam tabung anda di rumah. Anda juga boleh menabung dengan cara menyimpan not RM5. Setiap kali mendapat duit RM5, terus asingkan daripada wang yang lain agar tidak terguna semasa berbelanja. Apa yang menarik, dengan menyimpan not Rm5, mudah bagi anda mengagak sudah berapa banyak simpanan anda di dalam tabung. Asalkan anda hafal sifir 5.

4. Simpan duit RM10

Ada yang suka menyimpan not RM10 kerana warna merahnya yang dikatakan membawa tuah. Bukan sahaja orang cina sukakan warna merah, malah warna tersebut menjadi kegemaran ramai. Menyimpan nor RM10 juga adalah satu cara menabung paling efektif yang anda boleh amalkan. Anda boleh pilih sama ada ingin menyimpan satu keping not RM10 setiap minggu atau menyimpan setiap not RM10 yang diperolehi jika anda mampu.

5. Simpan duit RM20

Not RM20 yang berwarna oren mungkin agak kurang kerap kita dapat berbanding duit kertas dengan nilai yang lain. Ada orang yang memilih untuk menyimpan setiap not RM20 yang diperolehi memandangkan ianya lebih jarang diperolehi berbanding not lain. Walau pun jarang diperolehi, namun nilainya yang besar akan menyebabkan anda mempunyai tabungan yang banyak sekiranya anda konsisten.

6. Simpan duit RM50

Simpan sakeping not RM50 didalam tabung anda setiap minggu. Paksa diri walau pun anda mungkin terasa ianya membebankan. Jika anda konsisten menyimpan rm50 setiap minggu, pada hujung tahun anda akan mempunyai tabungan sebanyak RM2,400. Itu baru dari duit Rm50 yang anda simpan, belum ditambah lagi dengan duit yang lain.

Sumber: 123rf

7. Simpan duit RM100

Ini adalah cara menabung yang paling sesuai untuk orang yang malas. Setiap bulan, masukkan satu keping RM100 kedalam tabung anda. Cukup tahun, anda akan mempunyai RM1,200/. Bolehlah anda gunakan duit itu untuk cuti-cuti Malaysia.

8. Menabung ikut hari, bulan, dan minggu

Cara menabung yang ini amat sesuai untuk semua peringkat umur. Walau pun anda jenis tak berdisiplin, pastinya tiada masalah. Menabung dengan cara ini adalah sedikit unik di mana anda perlu menabung mengikut hari, bulan dan minggu. Jika anda konsisten, pada akhir tahun anda pasti akan memiliki RM3306.00. Banyak kan? Bolehlah duit ni digunakan untuk melancong atau membeli keperluan sekolah anak-anak. Caranya ialah:

  • RM1. Perlu dimasukkan ked alam tabung setiap hari tanpa culas. Total yang akan diperolehi pada hujung tahun ialah RM366.00.
  • RM5. Masukkan kedalam tabung sebanyak 2 keping setiap minggu. Total yang akan diperolehi pada hujung tahun ialah RM520.00
  • RM10. Sama seperti not RM5, anda perlu menyimpan 2 keping juga setiap minggu. Total yang akan diperolehi pada hujung tahun ialah RM1040.00.
  • RM20. Anda hanya perlu menyimpan not RM20 sebanyak 2 keping setiap bulan. Total yang akan diperolehi pada hujung tahun ialah RM480.00.
  • RM50. Not ini hanya perlu disimpan dalam bulan ganjil sahaja, bukannya setiap bulan. Anda perlu menyimpan satu keping not RM50 pada bulan Januari, Mac, Mei, Julai, September, dan November. Total yang akan diperolehi pada hujung tahun ialah RM300.00.
  • RM100. Not ini pula perlu disimpan sebanyak satu keping pada bulan genap iaitu Februari, April, Jun, Ogos, dan Oktober. Total yang akan diperolehi pada hujung tahun ialah RM600.

9. Paksa rela

Sesetengah orang mungkin berasa liat untuk menabung. Apa yang perlu anda lakukan ialah menabung secara paksa rela. Nak tak nak, anda kena menabung juga walau pun dengan menyimpan duit siling.

10. Letak dan lupa

Tips menabung yang paling penting ialah letak dan lupa. Ini akan mengelakkan daripadanya berlakunya kejadian mengorek tabung yang akan menyebabkan duit yang ada didalam tabung semakin susut walau pun tiada kecemasan.

Itulah dia info  tentang tips cara menabung paling efektif yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang tips menabung di rumah ,kenapa isteri perlu menabung dan cara didik anak suka menabung.

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.