‘Melentur buluh biar dari akarnya’ ayat ini bermaksud, jika kita ingin anak menjadi seorang yang baik dan berjaya, kita perlu mendidik mereka sejak kecil lagi dan tanamkan sifat-sifat nilai murni di dalam diri mereka. Ibu bapa juga memain peranan dalam mendidik anak untuk menjadi seorang anak yang baik dan berjaya.

Selain itu, sekolah dan masyarakat juga memainkan peranan. Jika dapat anak yang bijak berjimat juga satu kelebihan kepada ibu bapa. Zaman sekarang, ramai anak muda yang suka berbelanja kepada arah makanan atau barang aksesori. Harganya juga bukan murah-murah.

Oleh itu, ibu bapa perlu mendidik anak untuk berjimat dan suka menabung selain didik anak untuk berjaya dalam pelajaran. Bagaimana?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai cara-cara untuk didik anak suka menabung. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

Imej via iluminasi

7 Cara-cara untuk didik anak suka menabung

1. Hadiahkan tabung yang menarik minat anak dan sesuatu yang menjadi kegemaran anak seperti gambar kartun kegemarannya.

2. Ingatkan selalu dan memberi sokongan supaya anak selalu bersemangat untuk menyimpan. “Jika ada duit baki simpan dalam tabung adik ye”, “Duit Along dalam tabung dah banyak. Bagus. Teruskan menyimpan ye Along”, “Takyah la beli mainan tu. Kan dah ada. Baik simpan dalam tabung abang tu”

3. Buka akaun Tabung Haji atau ASB untuk anak. Bawa anak ke Tabung Haji atau ASB untuk buka akaun atas nama anak. Mesti mereka gembira. Simpan duit raya anak di sana.

4. Membeli tabung yang lutsinar. Si anak boleh lihat tabungan mereka semakin banyak setiap hari. Paling senang guna botol minuman. Tulis nama anak kat situ. Guna semula. Jimat pun jimat.

5. Jika anak simpan 50 sen, ibu bapa tambah 50 sen ke tabung anak. Lakukan depan mereka barulah mereka lebih bersemangat.

6. Beri pendedahan kepentingan menabung. Contohnya minta anak menabung untuk membeli apa yang dia inginkan. Ia juga dapat mengajar mereka bukan senang nak dapatkan sesuatu yang mereka inginkan.

7. Bila tabung dah penuh, kira duit sama-sama dengan anak. Mereka pasti akan lebih gembira dan teruja. Mungkin itu juga dapat menaikkan semangat mereka. Bawa juga anak untuk menyimpan duit ke akaun Tabung Haji/ASB mereka. Biar mereka sendiri tekan nombor giliran. Barulah mereka rasa bersemangat.

*Ibu bapa juga perlu menabung untuk menunjukkan sifat yang baik di hadapan anak-anak. Ibu bapa adalah ikon di mata anak-anak kerana mereka akan ikut cara ibu bapa mereka yang selalu buat. Lebih-lebih lagi umur lingkungan 3 hingga ke sekolah rendah. Mereka lebih cepat tangkap dan belajar perkara yang berlaku di mata hadapan mereka. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.