Tuntutan insurans adalah permintaan atau tuntutan formal oleh pemegang polisi insurans kepada syarikat insurans untuk perlindungan atau pampasan bagi kehilangan atau bencana bagi dasar yang dilindungi. Syarikat insurans pula mengesahkan tuntutan itu dan apabila diluluskan, syarikat insurans akan mengeluarkan bayaran kepada pihak yang diinsuranskan atau pihak wakil kepada yang diinsuranskan.

Tuntutan insurans juga meliputi segala-galanya daripada manfaat kematian dalam polisi insurans nyawa sehingga kepada peperiksaan perubatan dan menyeluruh. Dalam banyak kes, pihak ketiga memfailkan tuntutan bagi pihak orang yang diinsuranskan, tetapi, pada kebiasaannya, orang yang tersenarai di dalam polisi sahaja berhak menuntut pembayaran.

Tuntutan insurans dibayar untuk melindungi pemegang polisi daripada kerugian kewangan atau kemusnahan harta benda. Individu atau kumpulan membayar premium sebagai syarat untuk menyelesaikan kontrak insurans antara pihak yang diinsuranskan dan penanggung insurans atau syarikat insurans.

Tuntutan insurans yang paling umum melibatkan perbelanjaan untuk barangan dan perkhidmatan perubatan, kerosakan atau kemusnahan yang terjadi daripada penggunaan kenderaan, kerosakan harta benda dan tempat kediaman dan juga kematian.

Bagi polisi insurans harta benda, tanpa mengambil kira punca kemalangan atau siapa yang bersalah, jumlah tuntutan yang anda failkan mempunyai kesan secara lansung terhadap kadar insurans anda. Semakin besar jumlah tuntutan yang difailkan, semakin besar kemungkinan kenaikan kadar insurans. Kemungkinan juga pihak syarikat insurans tidak akan memperbaharui dasar insurans anda jika tuntutan yang difailkan terlalu banyak.

Sekiranya tuntutan itu difailkan berdasarkan kerosakan yang dilakukan oleh anda sendiri, kadar insurans anda pasti akan meningkat. Manakala, jika anda tidak bersalah, kadar insurans anda mungkin meningkat atau tidak meningkat.

Dilanggar dari belakang semasa kereta anda berada di tempat letak kereta atau kerosakan rumah kediaman kerana ribut atau bencana jelas menunjukkan bukan kesalahan anda, justeru kadar insurans anda berkemungkinan tidak akan meningkat.

Keadaan seperti jumlah tuntutan yang dilakukan pada masa lalu, jumlah saman yang anda terima kerana memandu laju, kekerapan berlakunya bencana alam di kawasan kediaman anda seperti banjir, atau tanah runtuh dan juga penilaian kredit yang rendah boleh menyebabkan kadar insurans anda meningkat, walaupun tuntutan yang dibuat untuk kerosakan yang berlaku bukan disebabkan anda sendiri.

Apabila berlaku penigkatan kadar insurans, semua tuntutan yang dibuat tidak akan sama. Tuntutan kecedaraan peribadi, kerosakan kereta dan kerosakan harta benda merupakan penanda aras kepada penanggung atau syarikat insurans. Perkara-perkara seperti ini akan memberikan kesan negatif terhadap kadar insurans anda dan juga kesanggupan syarikat insurans anda untuk terus memberikan perlindungan.

Tips Membuat Tuntutan

Berbincang dengan ejen insurans anda mengenai dasar syarikat insurans sebelum anda memfailkan tuntutan adalah penting. Sesetengah ejen insurans diwajibkan untuk melaporkan kepada syarikat insurans jika anda membincangkan tentang potensi untuk membuat tuntutan atau memilih untuk tidak memfailkan tuntutan. Oleh sebab itu, anda tidak perlu menunggu sehingga saat anda perlu memfailkan tuntutan untuk bertanya mengenai dasar syarikat insurans anda.

Tanpa mengira situasi atau kesulitan yang anda hadapi, meminimumkan jumlah tuntutan yang anda perlu failkan merupakan faktor penting dalam memastikan kadar insurans anda tidak akan mengalami peningkatan yang tinggi. Tips yang berguna untuk anda ikuti adalah dengan hanya memfailkan tuntutan sekiranya berlaku kerugian yang teruk. Sekiranya kenderaan anda kemik atau tercalar sedikit kerana dilanggar semasa diletakkan di tempat parkir, ianya adalah lebih baik jika anda menanggung perbelanjaan baik pulih itu sendiri.

Sekiranya kenderaan anda rosak teruk dalam kemalangan ataupun keseluruhan bumbung rumah anda mengalami kemusnahan, pada masa itu, membuat tuntutan insurans merupakan langkah ekonomi yang bijak. Namun perlu diingat, walaupun anda mempunyai perlindungan insurans dan telah membayar premium anda tepat pada waktunya selama bertahun-tahun, syarikat insurans anda masih boleh menolak untuk memperbaharui kontrak perlindungan insurans anda apabila polisi anda telah tamat.

Kesimpulannya, sebagai pemegang polisi insurans, anda sememangnya berhak untuk membuat tuntutan atas sebarang faktor yang termaktub dalam polisi anda. Ianya terpulang juga kepada syarikat insurans sama ada tuntutan anda boleh diluluskan atau tidak.

Perkara paling penting anda perlu tahu apabila anda membuat tuntutan adalah jumlah tuntutan dan juga punca tuntutan akan memberi kesan kepada kadar insurans anda selepas tuntutan di buat sama ada mengalami peningkatan atau tidak dan peningkatan yang mungkin berlaku itu sedikit atau banyak.

Jemput juga baca artikel tentang:

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.