Selalu nampak perkataan PM tepi? Perniagaan atas talian atau online semakin mendapat sambutan sejak kebelakangan ini disebabkan beberapa kelebihan membeli barangan online yang didapati lebih murah (tiada kos sewa) dan memudahkan (barangan dihantar di depan rumah).

Kalau kita rasa pembeli mempunyai banyak karenah, penjual atau seller juga ada perangai mereka seperti tidak mempamerkan harga jualan.

Oleh itu, artikel ini akan membincangkan kewajaran meletakkan tanda harga barangan jualan. Sebahagian kandungan dan tips ini dikongsikan oleh Encik Naim Mustafa di akaun Twitter beliau.

Selain itu, tahukah anda bahawa ada undang-undang yang menggariskan berkenaan isu letak harga atau tidak ini?

Mari baca artikel ini.

Dilema Nak Letak Harga atau Tidak?

Kenapa sesetengah online seller tak nak letak harga?

Kenapa kena DM (mesej peribadi) dulu baru seller nak bagitau harga? Sebagai online seller, perlu atau tidak kita letak harga terus?

Ini ialah antara persoalan biasa dalam bisnes online. Diringkaskan, terdapat dua ‘mazhab’ atau pendapat berkenaan dengan topik ini:

a) Ada mazhab yang cakap patut letak harga terus b) Ada mazhab cakap jangan letak.

Mazhab letak harga

Kelebihan letak harga terus ni, kita sebagai seller akan dapat quality prospect.

Maknanya, orang yang hubungi kita sudah mempunyai pengetahuan tentang maklumat produk yang ingin dibeli. Jadi, pelanggan tersebut memang hubungi kita untuk terus membeli.

Menjimatkan masa kedua-dua pihak untuk tak perlu layan panjang lebar!

Tapi, ada juga kes yang masih mengulang soalan bertanya tentang harga sedangkan sudah diiklankan.  Antara kemungkinannya:

  • Memang dia tak baca full caption
  • Untuk double confirm (sebab kadang-kadang ada harga barangan yang berbeza mengikut promosi dan bermusim)

Mazhab tak letak harga

Kelebihan mazhab ni ialah seller akan mengumpul banyak maklumat pelanggan. Dikumpulkan dalam database kerana ramai yang akan mesej untuk tahu berkenaan maklumat produk.

Maklumat yang boleh diperolehi ialah nombor telefon dan mungkin jantina pelanggan. Maklumat ini sangat berguna untuk dijadikan sasaran pasaran bagi promosi atau jualan produk akan datang.

Cuma keburukannya ialah kebarangkalian pelanggan untuk betul-betul membeli barangan kita menjadi sangat rendah. Mereka yang menghubungi seller sekadar untuk survey atau buat perbandingan harga dengan seller lain.

Boleh buat kita sebagai seller jadi frust juga eh nak layan pelanggan macam ni apabila berlakunya kes “lepas tahu harga terus senyap”.

Ya, sebab dia mesej hanya nak tahu harga je. Sebab itulah tujuan asal, untuk tahu harga. Jadi, janganlah marah-marah mereka ini ya.

Kebanyakkan seller macam ni ialah mereka yang menjual produk generik/harian dan risau orang kata barang dia mahal.

Contoh Seller A : Jual baju harga RM39. Dia pun jual baju yang hampir sama dengan harga RM49.

Cara untuk Tawan Hati Pelanggan Online

Imej via iLabur

Jadi, macam mana caranya nak atasi perasaan takut barang yang kita jual ni mahal dan tiada pelanggan, orang nak beli ni?

Penulisan Iklan

Menulis ayat iklan ialah penting sebab kita ingin sampaikan mesej kepada pelanggan. Bukan setakat gambar/visual/presentation produk sahaja yang kena cantik, ayat iklan pun kena cantik.

Banyak peniaga suka buat headline seperti:

“Jangan sampai suami tengok janda sebelah rumah”

” Tak risau ke suami pandang perempuan lain?”

“Kalau tak cantik, nanti suami tinggalkan”

Ini ialah kesilapan biasa yang akan menjauhkan lagi pembeli. Sepatutnya, buat headline kepada meningkatkan tahap keyakinan diri para pembeli. Contohnya,

“Hari ni confident sikit lepas pakai iLabur Foundation. Pernah cuba foundation lain, tapi tak sama macam ni. Sebab tak rasa berat dan nampak masuk dengan kulit. Kalau dulu, leceh nak tepek-tepek supaya kulit tak nampak dua lapis”

Dan yang seangkatan dengannya dan bersesuaian dengan produk jualan.

Perbualan yang Meleret

Sebagai peniaga online, elakkan buat perkara ini. Benda ni akan buat customer turn off dan tak reply.

Contoh : Bila customer PM/Wasap kita akan reply dengan ayat/skrip template yang tipikal iaitu;

“Hai cik, thanks berminat dengan tudung ni. Saya Siti. Boleh tahu nama cik?” “Cik duk mana yer?”

Customer tu wasap nak beli tudung. Bukan wasap untuk berkenalan.

Untuk 2016-2018 ,skrip sesi ice breaking ni masih boleh pakai. Tapi bila masuk 2019 dan 2020, skrip tu dah tak laku.

Customer nak cepat. Takde masa nak berkenalan!

Jadi, apa nak reply?

Andai kata customer tu masuk; “PM tudung sis”

Seller boleh la balas dengan,

“Hai. Boleh sis. Saya send design ye” “Dapat gambar sis? Design yang mana berkenan tu?” “Okay dapat. Kejap saya pilih.”

Dan seterusnya sehingga pembeli bersetuju untuk membeli. Perbualan haruslah berkisar mengenai produk sahaja.

Perbandingan Letak Harga vs Tak Letak Harga

Imej via iLabur

Untuk produk generik atau benda harian macam pakaian, baju, kasut, beg tangan, makanan, produk kecantikan, jus kesihatan atau benda yang yang biasa orang cari, disarankan untuk terus letak harga.

Untuk produk atau servis/perkhidmatan yang bukan setiap hari akan orang cari dan menggunakan kos yang tinggi, contohnya servis ubah suai rumah, sudah tentulah memerlukan sebut harga qoutation dan bergantung kepada banyak faktor lain seperti keluasan rumah, bahan yang akan digunakan, tempoh dijangka siap dan sebagainya.

Orang ramai kini gemar beli dekat online mcm Shopee, Lazada atau Zalora kerana mereka boleh membandingkan harga dengan pantas dan mudah. Selain itu, ruangan komen di laman web jualan dapat menunjukkan review orang ramai yang pernah membeli barangan tersebut dari segi kualiti barangan, sikap seller dan masa penghantaran.

Kesalahan Tidak Mempamer Harga Produk

Berdasarkan undang-undang, tindakan tidak mempamer harga produk telah menjadi kesalahan, tanpa mengira apa pun alasan, strategi perniagaan atau faktor lain.

Hal ini bertujuan mengekang dan membanteras kekerapan penyelewengan harga yang tinggi di pemasaran.

Apa salahnya letak harga, apabila pengiklanan, pemasaran dan produk memang berkualiti dan berbaloi, pasti akan ada pembeli yang berminat.

Hukuman dan Denda Jika Tidak Mempamer Harga

Menurut Ketua Pegawai Penguat Kuasa (KPDNHEP) Selangor, Azman Adam,  kaedah ‘PM Tepi’ menjadi satu kesalahan kerana penjual seharusnya mempamerkan maklumat lengkap mengenai produk atau perkhidmatan yang dijualnya. Konsep ‘PM Tepi’ ini menjadi satu kesalahan mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012.

Denda yang dikenakan tidak lebih RM100,000 (Perbadanan) dan denda RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya (Perseorangan) mengikut Seksyen 145 Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Berdasarkan rekod, sepanjang tahun 2019 sahaja, sebanyak 7,729 aduan diterima oleh KPDNHEP Selangor dan 1,195 lagi membabitkan aduan pengguna yang membeli barangan dalam talian.

“Bagi tahun 2020 ini pula, sebanyak 194 aduan sudah diterima membabitkan masalah pembelian secara dalam talian seperti penjual tidak pamerkan harga barang, lambat terima barang, barang yang diterima tidak seperti yang diiklankan dan lain-lain,” katanya.

Penjual perlu mempamerkan nama syarikat (pendaftaran), alamat e-mel atau nombor telefon yang boleh dihubungi oleh pengguna dan mempamerkan secara ringkas ciri-ciri utama barangan mereka untuk memberi keterangan produk kepada para pembeli.

Selain itu, perlu juga mempamerkan harga termasuk kos penghantaran serta cukai jika ada; kaedah pembayaran yang digunakan dan terma, syarat serta sebarang jaminan pengembalian barangan jika pelanggan tidak puas hati.

Secara ringkasnya, berdasarkan Akta Perlindungan Pengguna 1999: Pengguna perlu memaparkan maklumat seperti

  • Harga yang perlu dibayar
  • Nama penjual atau syarikat
  • Nombor pendaftaran perniagaan
  • Maklumat untuk dihubungi, sama ada nombor telefon, alamat atau alamat e-mel
  • Keterangan produk
  • Kaedah pembayaran
  • Kaedah penghantaran
  • Terma dan syarat
  • Anggaran masa penghantaran

Bagi urusan aduan boleh dilaporkan ke talian KPDNKK 1-800-866-8000.

Akhir kata, selamat berurus niaga!

Copy

Penulis: Jefri Yusof

Berminat dengan kajian Malaysia. Rajin mengupas isu semasa.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.