31 Ogos 1957 adalah tarikh keramat dimana negara kita diisytiharkan sebagai sebuah negara yang merdeka dan bebas daripada cengkaman penjajah. Selepas bertahun-tahun bumi bertuah ini dijajah, kemerdekaan yang diperolehi adalah sangat manis. Tidak sesekali kita akan lupa sumbangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang berusaha keras untuk mendapatkan kemerdekaan yang dirasai pada hari ini.

1. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Sumber: Pinterest

Beliau adalah orang yang bertanggung jawab dalam mendapatkan kemerdekaan di Malaysia. Digelar sebaai Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman berulang-aling dari Malaysia ke London untuk mengadakan perbincangan bagi mendapatkan kemerdekaan. Akhirnya, Malaysia dibebaskan dari cengkaman British dan beliau diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Selain memerdekakan Malaysia, beliau juga bertanggung jawab dalam membawa kesepaduan bagi penduduk Malaysia yang berbilang kaum. Pada masa tersebut, kaum Melayu, Cina & India tidak bersatu-padu dan saling membenci di antara satu sama lain. Terima kasih kepada usaha Tunku Abdul Rahman, pada hari ini kita semua hidup aman dan makmur.

2. Tun Dr Ismail Dato Haji Abdul Rahman

Namanya mungkin tidak begitu dikenali pada hari ini. Beliau adalah orang kanan Tunku Abdul Rahman dalam proses pembentukan Malaysia dan selepas kemerdekaan Malaysia. Beliau ada bersama Tunku Abdul Rahman dalam proses menuntut kemerdekaan dari British. Selepas kemerdekaan, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang kedua. Beliau banyak menyumbang dalam bidang perhubungan antarabangsa dan hal ehwal dalam negeri.

3. Tun Sir Henry H S Lee

Anda biasa lalu di Jalan H S Lee? Jalan tersebut diberikan sempena nama seorang pejuang kemerdekaan yang berani menentang pihak komunis semasa zaman darurat dan begitu lantang dalam menuntut kemerdekaan dari pihak British. Beliau adalah di antara orang penting yang menubuhkan MCA dan merupakan perancang utama perikatan UMNO-MCA. Selepas kemerdekaan, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kewangan Malaysia. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan beliau telah menjadi salah satu kebanggaan negara. Walau pun namanya tidak begitu disebut-sebut pada hari ini, namun sumbangan beliau kepada negara tidak pernah dilupakan.

4. Tun V T Sambanthan

Jalan Tun Sambathan adalah satu lagi jalan yang popular di Kuala Lumpur. Beliau juga adalah seorang pejuang dan antara tokoh-tokoh kemerdekaan dari bangsa india yang sangat lantang dalam menentang penjajahan British. Beliau mengetuai orang india di Tanah Melayu mengadakan tunjuk perasaan dan menentang para tentera British yang menceroboh tanah air. Daripada Presiden Kongres India Malaya, beliau kemudiannya dilantik sebagai menteri penuh dalam pelbagai kementerian.

5. Tun Tan Cheng Lock

Beliau adalah presiden MCA yang pertama. Beliau juga adalah di antara individu yang bertanggung jawab dalam hubungan di antara UMNO dan MCA dengan harapan untuk mendapatkan perpaduan kaum. Beliau menyumbang kepada perpaduan kaum dan kestabilan politik di Malaysia.

6. Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggung Jugah anak Brieng

Masih ingat subjek sejarah semasa sekolah menengah dahulu? Pastinya nama Temenggung Jugah tidak asing bagi kita. Beliau yang berketurunan iban adalah sahabat karib Tunku Abdul Rahman dan merupakan satu-satunya pejuang kemerdekaan dari Sarawak yang bersama-sama Tunku Abdul Rahman dalam proses menuntut kemerdekaan dari British. Beliau juga menyertai rombongan Tunku Abdul Rahman ke London untuk rundingan kemerdekaan.

7. Rentap

Rentap adalah pahlawan iban yang sangat digeruni oleh tentera British semasa penjajahan di Sarawak. Rentap mengetuai suku kaumnya berperang dengan tentera inggeris dan tanpa sebarang gentar akan memenggal kepala tentera yang berhadapan dengannya. Rentap adalah pejuang kemerdekaan yang bertanggung jawab menjatuhkan Rajah Brooke atau Raja Putih di Sarawak.

8. Mat Salleh

Mat Salleh adalah pejuang kemerdekaan di Sabah yang menentang penjajah inggeris sehingga ke titisan darah yang terakhir. Beliau meninggal dunia semasa bertempur dengan askar British. Semasa hayatnya, beliau begitu berani menentang Kompeni Hindia Timur British yang merampas hak orang tempatan dan menindas tanpa sebarang belas kasihan.

Sumber: Iamlejen

9. Tok Janggut

Tokoh kemerdekaan yang seterusnya adalah wira kebanggan rakyat Kelantan. Tok Janggut mengetuai rakyat Kelantan menentang British setelah British mengenakan cukai yang menindas rakyat. Kemarahan rakyat semakin memuncak apabila pihak British tidak endah akan tentangan yang dilakukan. Tok Janggut bukan sahaja seorang wira yang menuntut kemerdekaan, malah beliau juga adalah seorang guru agama yang disegani kerana ketinggian ilmu agamanya.

10. Tok Gajah

Tok Gajah adalah pahlawan Pahang yang mengetuai pasukan tentera negeri Pahang semasa peperangan melawan inggeris di negeri Pahang. Beliau bukan sahaja mendapat kepercayaan sultan untuk menjadi ketua tentera, malah dilantik sebagai penasihat utama sultan. Keberanian Tok Gajah dalam medan perang sangat digeruni oleh pihak inggeris.

11. Mat Kilau

Mat Kilau adalah anak kepada Tok Gajah. Seperti ayahnya, Mat Kilau juga tidak kurang hebatnya dalam berjuang menentang penjajahan inggeris. Mat Kilau mengetuai masyarakat setempat dalam melawan inggeris dan sentiasa menjadi contoh supaya tidak mudah tunduk kepada arahan orang inggeris. Mat Kilau berjuang bersama ayahnya Tok Gajah dalam menuntut kemerdekaan.

12. Datok Bahaman

Datok Bahaman adalah seorang lagi wira dari negeri Pahang yang berjuang untuk kemerdekaan Malaysia.  Beliau yang kebal adalah di antara mereka yang berada di barisan hadapan dalam pertempuran melawan tentera British. Dato’ Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan.

13. Dol Said

Dol Said adalah penghulu Naning yang berjuang untuk menuntut kebebasan dari cengkaman British di Melaka. Kebangkitan Dol Said membangkitkan kemarahan British kerana mereka adalah pihak yang melantik beliau sebagai penghulu di Naning.

14. Rosli Dhoby

Rosli Dhobi adalah pejuang dan antara tokoh-tokoh kemerdekaan di Sarawak. Beliau sabngat lantang menuntut kemerdekaan dan kemuncaknya adalah apabila beliau telah menikam gabeor British di Sarawak lalu menyebabkan kematiannya. Rosli Dhoby dihukum bunuh diatas peristiwa tersebut.

15. Ibu Zain

Ibu Zain adalah tokoh kemerdekaan wanita yang fokus kepada pendidikan dan pembangunan kaum wanita selepas negara mendapat kemerdekaan. Beliau memberikan sumbangan yang besar dalam pemulihan akhlak wanita yang terpesong semasa zaman penjajahan Jepun dan British.

Sumber: NST

Itulah dia info  tentang tokoh-tokoh kemerdekaan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang biodata Tunku Abdul Rahman dan biodata biodata Tun Mahathir.

Rujukan:

1. Slideshare

2. Lobakmerah

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.