Untuk menjadi pelabur yang berjaya bukanlah perkara yang mudah. Kita perlu bermula dari bawah. Hadiri beberapa seminar dan beli buku-buku yang bekaitan dengan pelaburan. Ia adalah untuk menguatkan lagi asas ilmu pengetahuan dalam pelaburan.
Bagaimana mahu menjadi pelabur yang bijak dan berjaya? Seorang pakar sudi berkongsikan ilmu dan tips bagaimana hendak berjaya.
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 tips mudah untuk menjadi pelabur yang berjaya. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.
1. Selama saya jadi pelabur dan gila beli hartanah sikit sikit. Saya tak pernah beli di tempat yang ramai pelabur. Buat apa ada strategik perang yang sama dilokasi yang sama. Siapa nak sewa?
2. Saya masih percaya teori cashflow, cashflow, cashflow berbanding lokasi. Tak guna beli dilokasi hot berapi tetapi tak dapat aliran tunai.
3. Saya akan pastikan harga sekaki persegi yang saya beli dari pasaran lelong 30%-40% dari harga kediaman baru.
4. Saya belum pernah buat multiple submission sebab saya tahu gaji kecil, nafsu jangan besar. Dan saya tak ajar orang buat benda saya tak buat.
5. Saya tak akan beli unit yang bagi cash back. Biasanya ia melebihi harga pasaran. Dapat cash back RM50,000 tapi hutang kena bayar RM100,000.
6. Saya beli sikit sikit supaya senang kawal dan faham aliran tunai. Biar lambat asal selamat.
7. Saya beli di kawasan banyak peluang pekerjaan bukan kawasan baru nak berkembang.
*Berikut adalah tips yang dikongsikan oleh pakar dalam perjalanan menjadi pelabur yang berjaya. Boleh cuba ikuti tips ini dengan perlahan-lahan dan jangan terburu-buru. Insyaallah, kejayaan akan datang dengan hasil titik peluh sendiri. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.