Bagi pasangan muda, pernikahan merupakan detik terindah dan sebuah harapan baru yang diimpikan.

Mana tidaknya, segala ranjau berduri, dugaan percintaan yang ditempuhi untuk menuju cinta yang halal, akhirnya dapat diterjemahkan melalui sebuah ikatan janji yang sah lagi halal.

Ada yang merancang untuk bercuti ke luar negara, ada yang mengambil pembiayaan peribadi untuk majlis kahwin yang megah dan meriah serta ada juga yang beli kereta import mewah untuk pasangan. Tanpa disedari, mereka mungkin akan terjerumus ke dalam perangkap kewangan.

Baru selangkah memulakan perjalanan kehidupan baru, tetapi sudah membawa beban hutang untuk melangkah dan mengharungi bahtera perkahwinan.

Antara Tips Pengurusan Kewangan Apabila Berkeluarga

tips kewangan pengantin baru

Imej via Mariefranceasia

1. Merangka Bajet Keluarga

Dulu makan sorang, malam makan megi pun tak apa. Dulu sabun mandi jadikan sabun basuh pinggan pun tak apa. Bila sudah berkahwin, kena ada bajet kewangan untuk kos barang keperluan setiap bulan.

2. Merekod Perbelanjaan

Penting untuk merekod segala perbelanjaan keluarga. Paling tidak pun, catat segala belanja luar jangka. Contohnya seperti kos baiki paip rumah rosak.

3. Membuat Tabung / Pecahan Keperluan

Daripada pendapatan keluarga, eloklah merancang semua kos keperluan hidup dan perlu dibincang bersama-sama. Antara kategori yang boleh dijadikan panduan ialah :

  • Barang dapur,
  • Belanja makan,
  • Ansuran rumah,
  • Ansuran kereta,
  • Kos bil air dan elektrik,
  • Hiburan,
  • Perlindungan takaful,
  • Tabung simpanan,
  • Tabung pelaburan,
  • Tabung pendidikan anak-anak,
  • Tabung kecemasan/luar jangka,
  • Tabungan bercuti,
  • Tabung pencen, dan
  • Tabung baik pulih kenderan/rumah,

4. Simpanan Dan Melabur

Menyimpan dalam bank tidak memberi banyak keuntungan. Simpan di bank hanya untuk simpanan kecemasan sahaja. Mulakan dengan melabur di instrumen pelaburan yang dijamin selamat. Antaranya ialah unit amanah Islamik, pelaburan perumahan, pelaburan emas, ASB Financing dan sebagainya.

5. Perlindungan Takaful

Lindungi keluarga dengan takaful. Banyak takaful yang bagus. Jadi, jangan ambil remeh hal ini. Biarlah tak ada Astro pun asalkan ada perlindungan takaful. Ini tak, Astro mampu bayar tapi takaful tak mahu ambil. Bila sudah dalam kesusahan dan kena bayar kos perubatan yang tinggi, mula menggelupur menyesal.

6. Hindari Hutang

Apabila memulakan kehidupan baru, banyak benda yang guna duit. Nak beli katil, almari, dapur semua. Ingat, jangan sampai berhutang. Kumpul duit, beli secara tunai lagi bagus daripada bayar ansuran.Tidur atas tilam lipat pun bukan dosa.

7. Kad Kredit Cukup Satu

Jika pasangan anda ada dua kad kredit, anda pun ada satu, bila sudah kahwin tutup semua kad kredit. Biar tinggal satu saja. Pergi beli barang dapur bersama, isi minyak kereta pun guna satu kad kredit saja. Senang uruskan dan jaga kewangan. Kalau anda tidak reti kawal penggunaan kad kredit, tak pakai langsung pun molek juga.

***

Anda kena ingat tindakan kewangan korang sekarang akan beri kesan yang besar dalam 5-10 tahun akan datang.

Pada yang baru berkahwin kalau bergaduh tu biasalah. 1-5 tahun tu, proses anda mengenali hati budi pasangan masing-masing.

Gaduh sekejap saja, lepas tu baik balik ya. Kata cinta dan sayang. Laut mana tidak ditimpa badai, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula dua hati yang berbeza latar belakang.

Silakan tag, share kepada suami/isteri anda. Tag tunang, bakal zaujah pun boleh. Mulakan kehidupan yang baru dengan ilmu kewangan yang padu!

 

Copy

Penulis: Amir Syahir

Rajin berkongsi ilmu hartanah, pengurusan kewangan, tips ASBF dan ilmu yang bermanfaat. Ikuti lagi tips-tips menarik tentang ASBF terutamanya di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.