Anda mesti punya kawan yang bergaji sedikit, tapi tampak rilek hadapi kos sara hidup. Adapula isteri tak kerja tapi boleh juga tanggung makan minum anak isteri.

Gaji kecil tapi sudah ada rumah sebagai aset. Hidup bahagia tanpa perlu buat hutang jahat. Sedangkan anda yang kerja sedap sudah boleh beli Honda City zero-downpayment, tapi masih duduk menyewa.

Rahsianya ialah perbelanjaan yang cermat, efektif dan pengurusan kewangan yang berkesan.
Anda ingin tahu tips hadapi kos hidup? Akan kami kongsikan di bawah ini.

Tips Menangani Kos Sara Hidup

kos sara hidup

Imej via Propertyguru

1. Berdisiplin Merancang Perbelanjaan

Bila dapat gaji terus buat 10% simpanan. Kalau barang dapur habis, buat senarai, nanti beli barang ikut senarai saja. Walau ada jualan murah tetap terus kuatkan semangat.

2. Minimumkan Perbelanjaan

Kalau boleh masak sendiri di rumah lagi bagus. Sarapan bawa bekal. Tak perlu nak makan di kedai. Hari minggu pun tak perlu selalu tengok wayang dan minum kopi mahal kegemaran anda.

3. Bandingkan Harga

Adakalanya barang yang sama tetapi dijual dengan harga yang berbeza di pasaraya yang berbeza. Jadi anda kena bijak buat perbandingan.

4. Utamakan Keperluan

Rancang belanja mengikut keutamaan. Anda kena tahu bezakan antara keperluan dengan kehendak. Jangan mahu barang yang berjenama saja.

5. Cukup Satu

Jika mahu kad kredit, cukuplah satu keping saja. Kereta pun satu. Liabiliti kalau banyak anda pula kena bayar keuntungan bank pun banyak. Kurangkan liabiliti, tingkatkan aset.

6. Hiburan Sederhana

Sekali sekala berhibur apa salahnya. Tapi bersederhana lah. Jalan-jalan dekat taman pun elok juga. Orang biasa macam kita, bersenam jogging di taman okay juga. Jangan jadi orang hipster yang jogging atas mesin dalam gym dan ambil gambar depan cermin gym.

7. Pendapatan Kedua

Ramai yang bergaji kecil mempunyai pendapatan kedua. Mereka sedar, mereka bukan orang kaya yang boleh goyang kaki. Antara cara mereka mencari pendapatan kedua adalah dengan cara berniaga online, buat Grab Car, dropship dan sebagainya.

***

Cara menguruskan kewangan sangat penting. Konsepnya senang saja. Berjimat cermat, belanja biar berpada-pada. Ukur baju di badan sendiri. Ingat, kalau mampu beli Volkswagen Golf beli saja Myvi. Kalau mampu beli baju berjenama, beli saja baju masa jualan murah. Tak perlu berhutang untuk beli kehendak. ‘Downgrade’ satu tahap. Simple.

Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Kalau nak senang, kena lah berkorban dahulu. Kejayaan Empayar Rom tidak dibina dalam satu hari.

Kongsikan pada pasangan anda.

Copy

Penulis: Amir Syahir

Rajin berkongsi ilmu hartanah, pengurusan kewangan, tips ASBF dan ilmu yang bermanfaat. Ikuti lagi tips-tips menarik tentang ASBF terutamanya di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.