Berjaya dalam kerjaya adalah impian setiap manusia. Terutamanya bagi mereka yang sudah lama berkerjaya namun masih belum nampak sebarang perubahan dan penambahbaikkan dari segi kerjaya. Yang sebenarnya, ada resepi yang boleh anda amalkan jika ingin berjaya. Jom kami kongsikan tips untuk berjaya dalam kerjaya yang boleh anda amalkan.

1. Tetapkan target apa yang ingin dicapai dan bila

Untuk berjaya, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah tetapkan apakah target yang ingin anda capai dan bila anda wajib mencapat target tersebut. Target adalah sangat penting dalam setiap apa yang kita lakukan. Target adalah seperti garisan penamat dalam satu pertandingan lumba lari. Tanpa garisan penamat, anda akan terus berlari dan berlari tanpa ada kesudahan. Begitulah perumpamannya.

Untuk mentapkan target, apa yang paling penting ialah tetapkan target yang logik dan munasabah. Jangan sesekali letakkan target yang terlalu tinggi dan mustahil untuk anda capai. Begitu juga dengan masa. Beri diri anda masa yang munasabah untuk mencapai target tersebut.

2. Siapkan rancangan untuk memenuhi target

Setelah mempunyai target, sekarang tiba masanya untuk anda menyediakan plan dan rancangan rapi untuk mencapai target tersebut. Berikut adalah beberapa aspek yang perlu ada dalam aspek perancangan anda:

  • Apa yang perlu dilakukan.
  • Bila ia perlu dilakukan.
  • Bagaimana ia perlu dilakukan.

3. Fokus kepada apa yang diinginkan

Tips berjaya dalam kerjaya yang seterusnya ialah dengan sentiasa fokus kepada apa yang anda inginkan. Jangan mudah terpesong daripada apa yang telah ditetapkan dan dirancang. Jangan mudah teralih fokus diebabkan oleh perkara lain yang berlaku dalam hidup anda. Sebagai contoh, jika secara tiba-tiba anda mengalami masalah peribadi seperti putus tuning, jangan benarkan masalah peribadi tersebut mengganggu fokus anda untuk berjaya dalam kerjaya.

4. Pilih seorang yang terlah berjaya sebagai idola

Untuk berjaya, anda boleh pilih seorang yang telah berjaya dalam bidang anda sebagai idola. Idola bermaksud seseorang yang boleh anda ikuti di media sosial. Anda baca tulisannya setiap hari. Anda baca tulisannya untuk mendapat semangat dan terus bersemangat. Idola tidak semestinya mereka yang lebih tua daripada anda. Hari ini terdapat ramai anak muda berjaya yang tak lokek berkongsikan pengalaman dan tips kejayaan di media sosial.

5. Ikut apa yang diamalkan oleh idola tersebut

Dah ada idola? Apa lagi. Amalkan segala tips dan cara yang dikongsi oleh idola tadi. Bukan mudah untuk mendapat tips secara percuma. Biasanya anda perlu membayar harga yang mahal untuk menghadiri kelas, seminar atau workshop dari mereka yang berjaya. Ikutlah apa yang dilakukan oleh idola anda selagi ianya tidak bertentangan dengan agama, budaya, dan norma kehidupan. Ambil apa yang baik dan positif.

Sumber: Ekrut

6. Percaya kepada diri sendiri

Ini adalah perkara yang paling penting untuk menjadi seorang yang berjaya. Tolong percaya kepada diri sendiri. Percaya yang kita boleh. Percaya yang kita mampu untuk mencapai apa yang diinginkan. Percaya bahawa apa yang kita usahakan akan membuahkan hasil. Jangan sabotaj diri sendiri dengan cara:

  • Ragu-ragu pada diri sendiri.
  • Memandang rendah kepada diri sendiri.
  • Berprasangka buruk kepada diri sendiri.
  • Tidak percaya kepada diri sendiri.

7. Berkawan dengan mereka yang berjaya

Tips berjaya dalam kerjaya yang seterusnya ialah dengan berkawan dengan mereka yang sudah berjaya. Pernah dengar kata-kata bahawa dengan siapa kita berkawan akan membentuk siapa diri kita? Itu sebab orang dulu-dulu selalu berpesan agar kita pandai memilih kawan. Untuk berjaya, bergaullah dengan mereka yang berjaya dan mempunyai attitude seorang yang berjaya.

Aura mereka yang baik dan positif akan diserap oleh minda kita secara tidak sedar. Energy positif mereka juga akan diserap oleh tubuh badan kita secara tanpa disedari. Oleh itu, pilihlah dengan siapa kita berkawan dan luangkan masa setiap hari.

8. Kuatkan dalaman dan emosi

Untuk berjaya, kita seharusnya mempunyai kekuatan dalam dan emosi yang kuat. Emosi dan dalaman yang kuat akan menjadikan kita seorang yang sentiasa bersemangat dan fokus kepada apa yang ingin dikejar. Seseorang yang mempunyai kekuatan dalaman tidak akan mudah mengaku kalah bila gagal. Seseorang yang mempunyai emosi yang stabil tidak akan mengundurkan diri apabila dimarahi oleh majikan. Sebaliknya jadikan sebagai alasan untuk melakukan dengan lebih baik.

9. Berlagak dan berkelakuan seperti kita sudah berjaya

Nak berjaya? Berlagak dan berkelakuanlah seperti seorang yang sudah berjaya. Target anda ialah untuk menjadi seorang pengurus? Bawa diri anda seperti gaya seorang pengurus. Jika target anda ingin menjadi jutawan, hidupkan aura jutawan dalam diri. Ia adalah satu langkah yang penting untuk berjaya.

10. Tukar imej dan penampilan yang baru

Akhir sekali, menukar imej baru dengan penampilan yang lebih bergaya sangat membantu anda untuk berjaya dalam kerjaya. Jika sebelum ini agak selekeh dan kelihatan kurang berjaya, dengan penampilan baru anda akan berasa semakin bersemangat untuk bekerja. Malah rakan sekerja dan majikan juga pastinya akan perasan dengan perubahan imej anda yang positif.

Sumber: Wofs

Itulah dia info  tentang tips untuk berjaya dalam kerjaya yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang kerjaya pensyarah universiti dan kerjaya dalam bidang komputer.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.