Apa tips beli tiket flight murah? Teringin juga nak travel macam kawan-kawan.

Sebenarnya ramai yang tertanya-tanya macam mana nak dapatkan tiket flight yang murah. Bila merangka percutian, perkara yang paling utama sekali yang perlu dipertimbangkan adalah harga tiket flight.

Tips Beli Tiket Flight Murah

Imej via Pixabay

Harga tiket flight mempengaruhi kos keseluruhan travel.

Banyak kos yang perlu anda tanggung ketika pergi bercuti ke luar negara. Lebih-lebih lagi jika anda ke negara seperti Eropah. Semuanya mahal. Anda hanya perlu lebih bijak ketika menyediakan bajet dan menyiapkan itinerari.

Tips Beli Tiket Flight Murah. Jangan Lupa No. 4

1.Tetapkan Destinasi Yang Ingin Dituju Lebih Awal

Rancang percutian anda lebih awal dan tetapkan destinasi yang ingin dituju seawal 6 hingga 12 bulan. Kebiasaannya tiket untuk destinasi Asia perlu dibeli awal setahun. Cara paling mudah adalah dengan membeli ketika promosi Air Asia Free Seats.

Manakala untuk destinasi di Eropah, seeloknya dibeli 6-8 bulan sebelum tarikh perjalanan. Jangan beli terlalu awal kerana kebiasaannya syarikat penerbangan antarabangsa ni gemar untuk membuat promosi pada waktu yang tak dijangka.

2.Elak Waktu Puncak Dan Musim Perayaan

Seelok-eloknya elak tarikh yang berhampiran atau pun ketika musim perayaan. Ketika ini, harga tiket penerbangan mahal berganda-ganda.

Kebanyakan syarikat penerbangan akan menetapkan dua hari iaitu Selasa dan Rabu sebagai hari ‘kurang sibuk’ dalam sistem penempahan. Begitu juga lapangan terbang yang akan kurang dengan kesibukkan seperti biasanya berbanding hari Jumaat dan Ahad. Tiket pun akan lebih murahlah.

3.Tempah tiket penerbangan anda hari Selasa dan Rabu

Kenapa anda perlu memilih dua hari ini untuk menempah tiket penerbangan yang lebih murah? Kerana dua hari ini adalah hari yang terbaik untuk beli tiket. Majoriti syarikat penerbangan biasanya akan menetapkan sistem tempahan pada hari Selasa pada jam 7pm.

Selain itu, ianya adalah kerana syarikat penerbangan tahu tentang kebanyakan penumpang mempunyai masa untuk menempah tiket pada hari minggu. Menurut statistik pula, ramai yang selalunya mula survey harga tiket bermula hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

4.Guna Kad BigPay

Satu lagi tips beli tiket flight murah yang perlu anda tahu. Ada beberapa cara untuk anda beli tiket flight. Contohnya melalui perbankan internet seperti M2U / CIMBClicks / RHBNow atau melalui kad kredit MasterCard / VISA.

Kalau beli tiket flight AirAsia menggunakan perbankan internet seperti M2U dan CIMBClicks, anda akan dicaj RM4. Iaitu setiap kali anda membayar menggunakan perbankan internet.

Kalau pembelian tiket flight AirAsia menggunakan kad credit MasterCard / VISA pula, anda akan dicaj RM16 per transaksi

Sebenarnya ada cara untuk anda elak dikenakan  processing fees AirAsia ni. Caranya dengan menggunakan kad BIGPay AirAsia. Dengan menggunakan AirAsia BIGPay ini, anda hanya perlu bayar harga tiket flight saja. Zero processing fees !

1. Download apps BIGPay di Google Play / Apps store
2. Apply kad BIGPay melalui apps BIGPay (Free )
3. Top up RM20 untuk aktifkan kad tersebut.( RM20 ini anda akan dapat balik so jumlah dalam akaun akan ada RM30)
4. Jangan lupa masukkan referal code JWNWPOBSY2  dan anda akan dapat  RM10 secara percuma.

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.