Tapak Warisan UNESCO merupakan pengiktirafan yang diberikan oleh pihak UNESCO terhadap tempat-tempat yang dianggap sebagai penting dalam warisan dunia dan sangat penting untuk dijaga dan dipelihara agar ia tidak musnah disebabkan oleh dunia moden. Matlamat utama mewartakan tempat ini sebagai tapak warisan adalah supaya ia tetap wujud untuk dilihat oleh generasi akan datang.

Menurut catatan rekod, senarai Tapak Warisan UNESCO telah diwujudkan pada tahun 1978  dan pada setiap tahun dianggarkan sebanyak 25 lokasi global dari pelbagai negara akan diiktiraf sebagai Tapak Warisan UNESCO yang baru. Sehingga hari ini, terdapat lebih daripada 1000 Tapak Warisan UNESCO  dan 4 daripadanya ada di Malaysia. Jom kami kongsikan Tapak Warisan UNESCO anda patut tengok!

Sumber: Libur

1. Lembah Lenggong, Perak, Malaysia

Lembah Lenggong yang terletak di Perak adalah satu-satunya tapak warisan dunia semulajadi yang ada di semenanjung Malaysia. Di sinilah para pengkaji menemui penempatan manusia sejak zaman Paleolitik dan di sini juga bahan arkeologi terkenal iaitu Orang Perak (Perak Man) tekah ditemui. Di antara bahan arkealogi yang telah ditemui di sini ialah:

  • Orang Perak iaitu rangka manusia berusia 11,000 tahun yang ditemui pada tahun 1990
  • Peralatan batu berusia 100,000 tahun
  • Tapak penghasilan gangsa

2. Bandar Melaka dan George Town

Bandar Melaka dan Georgetown juga telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan UNESCO pada tahun 2008. 2 bandar ini telah wujud sejak  zaman penjajahan dan telah gagah berdiri selama 500 tahun. Senibina lamanya masih terjaga dengan baik. Apabila anda masuk sahaja ke Bandar Melaka dan Georgetown, pastinya anda akan terpegun dengan senibina zaman dahulu yang indah.

3. Gunung Mulu, Sarawak

Gunung Mulu juga diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Dengan ketinggian 2376 meter, Gunung Mulu berusia lebih daripada 1.5 juta tahun. Menariknya Gunung Mula, ia mempunyai satu ruang kosong yang diberi nama Sarawak Chambers. Ia adalah ruang kosong terbesar di dunia dan boleh memuatkan 40 pesawat besar di dalamnya. Hebat kan!

4. Taman Kinabalu, Sabah

Taman Kinabalu yang terletak di Sabah adalah Tapak Warisan UNESCO yang terakhir di Malaysia. Ia diwartakan sebagai Tapak Warisan UNESCO pada tahun 1964. Di sinilah letaknya Gunung Kinabalu iaitu gunung yang tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara. Taman Kinabalu juga mempunyai 4500 spesies flora dan fauna dan dikelaskan sebagai Pusat Kepelbagaian Tumbuhan Asia Tenggara.

5. Istana Shaki Khans, Azerbaijan

Istana indah ini terletak di Sheki iaitu sebuah bandar di kaki Pergunungan Caucasus. Menariknya, bahagian utara kota ini telah lama dibina di atas gunung manakala bahagian selatannya memanjang ke lembah sungai. Kota ini sungguh cantik dengan seni bina tradisional yang berbumbung tinggi dengan pengaruhi dari Safavid, Qadjar, dan Rusia. Istana Khan terletak di timur laut kota Sheki.

Sumber: Tripfez

6. Jodrell Bank Observatory, United Kingdom

Jodrell Bank yang merupakan sebuah pusat pemerhatian astronomi radio yang terkemuka di dunia ini juga telah didiktiraf sebagai Tapak Warisan UNESCO. Ia terletak di barat laut England. Ia adalah sebuah kawasan luar bandar dan bebas daripada gangguan radio. Awalnya ia digunakan untuk kajian sinaran kosmik. Hari ini Jodrell Bank menyumbang kepada kajian seperti:

  • Meteor
  • Bulan
  • Penemuan kuarsa
  • Optik kuantum
  • Pengesanan kapal angkasa

7. Bangunan Diraja Mafra, Portugal

Tapak Warisan Dunia UNESCO yang seterusnya ini telah dibina oleh Raja Joao V pada tahun 1711 sebagai lambang kekuasaan raja dan Negara. Bangunan Diraja Mafra ini terdiri daripada:

  • Istana raja dan ratu
  • Sebuah chapel berbentuk basilica barok Roman
  • Sebuah biara Franciscan
  • Sebuah perpustakaan yang mengandungi 35,000 jilid buku
  • Staman Cerco yang mempunyai sususan geometri
  • Sebuah taman pemburuan Diraja yang bernama Tapada

8. Churches of the Pskov School of Architecture, Rusia

Churches of the Pskov School of Architecture  adalah sebuah kompleks sekolah yang terlatak di Bandar bersejarah Pskow, Rusia. Kompleks bersejarah ini terdiri daripada:

  • Gereja-gereja
  • Katedral
  • Biara
  • Menara kubu
  • Bangunan pentadbiran

9. Kompleks gua Risco Caido

Risco Caído adalah sebuah landskap yang terdiri daripada tebing, jurang dan formasi gunung berapi yang terletak di kawasan pergunungan yang luas di pusat Gran Canaria.  Selain itu, ia merupakan habitat Troglodyte yang sangat menarik. Malah kesan tinggalan sejarah yang ditemui di sini membuktikan kewujudan budaya pra-Hispanik di pulau itu.

Kompleks troglodyte yang ditemui di sini terdiri daripada:

  • Satu ruang sembahan kultus
  • Dua kuil suci atau almogaren yang dinamakan Risco Caído dan Roque Bentayga
  • Tempat mengadakan upacara bermusim

10. Statue of Liberty, Amerika Syarikat

Siapa yang tak kenal dengan bangunan tinggi patuung memegang obor yang ikonik ini? Namun tak ramai yang tahu bahawa ia juga merupakan salah satu Tapak Warisan UNESCO. Jika anda berpeluang untuk melawat Amerik Syarikat, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi bangunan yang menjadi lambang kemegahan rakyat Amerika ini.

Sumber: History

Itulah dia info tentang  tapak warisan UNESCO anda patut tengok yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang fakta menarik dunia dan Tugu Negara.

Rujukan:

1. Tripfez

2. Hellokerja

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.