The Singing Banker gelaran yang diberikan kepada Tan Sri Dato’ Azman Hashim. Merupakan nama yang cukup sinonim dengan salah sebuah bank di negara kita iaitu Ambank.

Tan Sri Dato' Azman Hashim

Imej via Google

Walaupun berstatus bilionair, tokoh berkelulusan bidang perakaunan dari Australia berkenaan mengamalkan cara hidup sederhana. Termasuk tinggal di rumah sama yang dibinanya lebih 30 tahun lalu.

Dikenali sebagai seorang pendiam dan tidak sukakan publisiti.  Antara faktor kejayaan beliau adalah sikap keyakinan diri tinggi yang ditonjolkan sejak muda lagi. Ini termasuk menceburi sektor perbankan yang pada satu waktu dahulu dikuasai bukan Melayu.

Beliau antara segelintir individu dari Tanah Melayu yang berjaya lulus sebagai akauntan berkanun sebelum berusia 21 tahun. Berita mengenai kejayaannya telah disiarkan dalam akhbar New Straits Times pada 1960.

Latar Belakang Tan Sri Dato’ Azman Hashim

Pada Julai 1939 Tan Sri Dato’ Azman Hashim dilahirkan  di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Ayahnya, Encik Hashim berkhidmat sebagai juruteknik sementara ibunya, Zabedah Shahid bertugas sebagai guru.

Mendapat pendidikan awal di Malay’s Boys School, Setapak dan meneruskan pendidikan di Sekolah Methodist Boy’s School di Sentul. Menamatkan persekolahan dengan kelulusan Senior Cambridge pada usia 15 tahun sekitar tahun 1954.

Kemudian terpilih sebagai salah seorang pemegang biasiswa Yayasan Colombo yang membolehkan beliau menyambung pendidikan di Australia dalam bidang perakaunan. Diikutkan pilihan utamanya adalah untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan.

Mempunyai Impian Besar Dan Sukakan Cabaran

Ditawarkan peluang untuk berkhidmat dengan sebuah firma bernama Messrs O L Haines & Co. (Chartered Accountants) di Perth, sehingga tahun 1960. Tamat pengajian, beliau mula menabur bakti bersama Bank Negara Malaysia sehingga bulan Mei 1964.

Mengambil keputusan untuk memulakan firma perakaunannya sendiri dengan rakan kongsi lalu tertubuhnya Azman & Co.Kemudiannya menjadi Azman Wong Salleh & Co (Chartered Accountants).

Sebagai seorang yang mempunyai darah campuran Jawa daripada sebelah ibu dan Jepun daripada nenek sebelah bapa. Darah campuran ini mewakili segelintir bumiputera yang sanggup menanggung risiko bergiat dalam bidang berkenaan.  Berbanding orang Melayu lain yang memilih jalan selamat untuk berkhidmat dengan kerajaan.

Sikap tidak takutkan cabaran dan tidak mudah mengalah berpunca kerana beliau dibesarkan bersama-sama 12 adik-beradik. Mereka adik-beradik saling bersaing antara satu sama lain.

Anak ketiga dalam keluarga itu bercita-cita besar sejak kecil. Pernah ketika berusia enam tahun pada 1945 terserempak dengan taikun, Low Yat dengan kereta mewahnya.  Lalu terus terpacul ungkapan: “Saya mahu kereta seperti itu.”

Sifat tidak mudah mengalah itu juga berpunca kerana beliau sentiasa berpegang kepada prinsip:

“Jika kamu tidak mendapat apa yang dimahu, kamu ditakdirkan untuk mendapat sesuatu yang lebih baik.”

Prinsip itulah yang dipegangnya apabila tidak berjaya memiliki Kwong Yik Bank, kemudiannya ditebus semula dengan mengambil alih AmBank mulai 1982.

Kerana sikap tidak takutkan cabaran, beliau terus melamar bakal isteri yang mempunyai status jauh berbeza. Iaitu kerabat diraja Negeri Sembilan, Tunku Arishah Tunku Maamor hanya setelah dua setengah bulan berkenalan.

Tunku Arishah ialah cucunda kepada Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad.

Kuat Bekerja

Satu lagi sifat beliau ialah tidak suka membuang masa dan mahukan segala sesuatu dilakukan dengan pantas. Terutamanya jika peluang sudah berada di depan mata.

Sikap mementingkan masa menyebabkan beliau yang ketika itu berusia 50 tahun tetap menguruskan AmBank dari katil hospital. Dimasukkan ke hospital setelah terlibat dalam kemalangan kereta pada 1989.

Antara punca lain kejayaan membangun AmBank kerana sifat Azman yang kuat bekerja. Paling awal beliau pulang ke rumah adalah pada pukul 7.30 malam.

Rutin itu jarang berlaku kerana beliau mempunyai banyak acara yang perlu dihadiri pada waktu malam. Yang selalunya beliau akan pergi terus dari pejabatnya.

Tan Sri Dato’ Azman tidak pernah mengeluh walaupun perlu bekerja sehingga lewat malam. Ini kerana sentiasa berpegang kepada prinsip

“Jika seorang itu menggemari kerja yang dilakukan, dia tidak akan ada perasaan tidak senang hati”

Seorang yang sentiasa berusaha menjadikan pekerja seronok untuk bekerja dengan bank berkenaan. Bagi mewujudkan suasana ceria beliau telah mendapatkan khidmat kartunis Lat untuk melakarkan segala gelagat pekerja dan aktiviti bank berkenaan.

Paling membanggakan beliau antara tokoh yang berjaya tanpa mengharapkan sokongan daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Memegang teraju kepimpinan Kumpulan AmBank sejak 1980-an. Sepanjang tempoh ini, beliau amat dihormati dan disanjungi pekerja-pekerja dan rakan-rakan sebayanya.

Salah satu sebab, kata beliau, adalah kerana beliau tidak ada agenda tersembunyi atau motif mementingkan diri sementara memegang tampuk kepimpinan.

Tokoh yang berusia hampir 80 tahun, telah mencapai kemewahan yang cukup banyak. Kerja keras ini membolehkan beliau hidup secara beriadah dan menikmati hasil kerja kuatnya.

Anugerah

Pernah menerima banyak anugerah. Antaranya ialah anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti Utara Malaysia pada tahun 1990. Pada tahun 1985, Tan Sri Azman dinamakan sebagai Pengurus Bank Terbaik Asia oleh majalah Asian Finance.

Pada tahun 1993, beliau dinamakan sebagai Usahawan ASEAN Tahun 1993 oleh Forum Perniagaan ASEAN. Pada tahun 1995 pula, beliau dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Tahun 1995 oleh Kelab Alumni Harvard Business School.

“Saya tidak pergi ke universiti, saya tidak ada MBA, saya tidak mengikut mana-mana guru pengurusan… saya berjaya berpandukan pengalaman dan rasa hati!”, katanya.

Kesimpulan

Memang seronok menjadi orang yang penting, tetapi lebih penting sekiranya kita menjadi orang yang baik dan bersopan santun.

Memandangkan beliau adalah salah seorang yang paling berpengaruh di dunia sebelah sini, mungkin menjangkakan Tan Sri Azman seorang yang angkuh. Sifat yang biasa kelihatan dalam kalangan mereka yang mempunyai kuasa dan pengaruh.

Tidak siapa pun patut iri hati terhadap seorang yang berkaliber seperti beliau. Berhak untuk bersara dan meluangkan masa dengan keluarga, kawan-kawan dan yang tersayang serta melakukan perkara yang disenangi.

Akan tetapi, seperti pemimpin-pemimpin hebat, Tan Sri Azman menemukan erti dan tujuan dalam hidupnya. Dengan menjadi pelajar sepanjang hayat, menyumbang kepada pertumbuhan orang lain, dan berkongsi pandangan dan kebijaksanaannya dengan mereka.

Tetapi Tan Sri Azman bukan seperti itu. Beliau seorang yang amat rendah diri. Ketika belajar di Australia, di mana kelas dan status tidak mendefinisikan seseorang. Beliau sedar yang perlu dihormati adalah perwatakan dan bukan gelaran seseorang. Jadi, Tan Sri Azman amat menghormati setiap orang yang beliau temui. Kerana sedar di sebalik segala perhiasan palsu kita. Kita hanyalah manusia biasa yang mencari hidup di dunia ini.

 

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.