Apabila seseorang itu berada di bawah, mereka terpaksa menggali lebih dalam lagi untuk menyimpan duit dengan lebih berkesan. Akhirnya mereka sedar bahawa hidup lebih tenang melihat simpanan wang semakin banyak

Berubahlah mengurus wang secara bijak. Sekiranya anda inginkan duit yang banyak, berikut merupakan 10 strategi simpan duit yang berkesan.

1. Kurangkan Bersenam Di Gym

Tanpa sedar, kita terpaksa menghabiskan berpuluh-puluh ringgit setiap bulan untuk menggunakan peralatan gym bagi bersenam. Daripada basikal gym sehinggalah kepada papan treadmill semuanya ada harganya.

Tetapi jika anda bersenam di taman rekreasi, anda boleh menjimatkan wang dan menyimpan duit yang berkesan.

Setelah mula melakukannya, anda mungkin akan berasa lebih berbaloi dengan melakukan senaman di luar. Duit tersebut pula boleh digunakan untuk disimpan di dalam akaun simpanan anda.

strategi simpan duit
Imej via [maskulin]

2. Jadi Diri Sendiri Yang Berfikir

Ramai yang mengaku bahawa strategi simpan duit yang berkesan bermula dari diri sendiri. Mungkin dengan berbelanja, kita akan berasa bahagia dan gembira. Namun tahukah anda, orang yang bijak berbelanja biasanya sering berbelanja mengikut kemampuannya sahaja.

Kini, ramai yang berbelanja tanpa memikirkan adakah barangan tersebut diperlukan ataupun tidak. Ada juga yang sanggup berhutang keliling pinggang demi memenuhi keinginan diri sendiri.

Jika asyik berbelanja dan berhutang, bagaimana pula dengan nak simpan duit, betul? Nak berbelanja tu boleh, tetapi biarlah berpada-pada. Bak kata pepatah orang dulu-dulu “ukur baju di badan sendiri”.

3. Amalkan Sikap Sabar

Seperti yang kita ketahui, sikap sabar juga memainkan peranan penting dalam strategi simpan duit yang berkesan. Sabar dalam mendapatkan kemahuan dan fokus untuk buat simpanan terlebih dahulu.

Ramai yang tak sedar, setiap barangan pasti akan turun harganya selepas beberapa bulan dilancarkan. Namun masyarakat kita tidak sedar hal tersebut dan terus membelinya.

Strategi simpan duit terbaik adalah menyimpan terlebih dahulu 50% dari harga produk tersebut, kemudian apabila harganya sudah mencapai lebihan 50% tadi maka baru beli.

4. Elakkan Dari Membeli Minuman Mahal Jika Boleh Buat Sendiri

Biasanya minuman di kafe amat mahal harganya dan mempunyai menu yang hipster dan jarang kita buat sendiri. Dengan harga yang mahal, sedarkah anda ia sebenarnya menyebabkan wang bocor.

Berbaloikah anda menghabiskan RM 30 untuk secawan minuman yang anda gemari? Rasa-rasanya, kita sendiri pun boleh buat di rumah dengan harga yang lebih murah.

Duit yang sepatutnya digunakan untuk membeli minuman tersebut boleh disimpan ke dalam akaun simpanan anda. Mungkin ia tidak seberapa banyak, namun ini merupakan antara strategi simpan duit berkesan patut anda cuba. 

strategi simpan duit
Imej via [khajanazimudeen]

5. Ketahui Perbezaan Antara Keperluan Dan Kehendak

Mengetahui tentang alat baru yang dapat melakukan perkara yang tidak pernah kita bayangkan, kita mungkin merasa teruja dan excited untuk membelinya. Kemudian, tanyakan kepada diri anda, adakah ianya berbaloi untuk dibeli?

Jadi, strategi simpan duit yang berkesan seterusnya adalah meminimumkan perbelanjaan kehendak. Sebagai contoh, jika anda mempunyai wang baki dalam pembelian barangan keperluan, maka cepat-cepatlah simpan wang tersebut dengan segera.

Ramai yang mengatakan, strategi simpan duit ini sememangnya berkesan dan patut dicuba oleh semua orang.

6. Memasak Sendiri Di Rumah

Apabila memasak sendiri, kita dapat menjimatkan banyak kos perbelanjaan dan wang tersebut boleh disimpan. Sekiranya anda memasak sendiri, anda akan mengetahui berapa banyak kos pengeluaran yang dikeluarkan oleh pihak restoran.

Dengan memasak sendiri, bukan sahaja dapat berjimat wang, tetapi anda juga akan lebih sihat. Ia merupakan salah satu strategi simpan duit yang berkesan jika selama ini anda banyak menghabiskan wang dengan makan di restoran.

7. Menyelesaikan Hutang Yang Tertunggak

Sekiranya anda mempunyai banyak hutang, sila selesaikan hutang yang tertunggak tersebut. Dengan hutang yang banyak, bagaimana ingin membuat simpanan? Pasti tidak akan cukup!

Bila hutang dah tiada, duit tersebut yang selama ini digunakan untuk membayar hutang boleh dijadikan simpanan pula. Insyaallah, strategi simpan duit akan berjaya selepas ini.

strategi simpan duit
imej vi [hmetro]

8. Membuat Penjimatan Utiliti

Mungkin ramai yang belum sedar dengan penjimatan utiliti juga merupakan strategi simpan duit yang berkesan. Tahukah anda bagaimana caranya?

Duit yang selama ini jika digunakan untuk utiliti sebanyak RM1,400 sebulan, kemudiannya dikurangkan sebanyak RM700 sebulan. Jadi, baki RM700 ini bolehlah anda menyimpannya setiap bulan-bulan berikutnya. Jimat bukan?

9. Berhenti Merokok

Tentu tidak mudah untuk berhenti merokok bagi anda yang sememangnya perokok tegar. Tahukah anda, nilai pembaziran untuk dua kotak rokok sehari selama setahun, jumlahnya dianggarkan mencecah RM4,000.

Namun jika anda berjaya kurangkan sebanyak setengah bungkus sehari, anda mungkin dapat menyimpan duit sebanyak RM3,000 setahun. Jadi, dengan berhenti atau kurangkan merokok juga merupakan satu strategi simpan duit yang sangat berkesan untuk anda cuba.

10. Tetapkan Nilai Simpanan

Strategi simpan duit juga bergantung atas penetapan nilai simpanan anda. Jika anda menetapkan untuk menyimpan duit sebanyak RM30,000 sebagai contoh, maka anda haruslah sentiasa fokus dengan target anda.

Anda juga harus mempunyai motivasi yang tinggi dalam menetapkan jumlah simpanan anda. Usaha dan pastikan target berjaya dicapai!

Berikut adalah strategi simpan duit berkesan yang boleh anda praktikkan. Jom baca juga panduan saham, cara simpan duit, teknik analisis saham dan kekurangan unit trust.

Rujukan

  1. 10 best ways to save money https://www.regions.com/Insights/Personal/Personal-Finances/budgeting-and-saving/10-Best-Ways-to-Save-Money
  2. 10 Money saving strategies that really work. https://www.lifehack.org/articles/money/10-money-saving-strategies-that-really-work.html
  3. 11 money-saving strategies that actually workLink https://www.theloop.ca/11-money-saving-strategies-actually-work/
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.