Skim cepat kaya merupakan sebuah skim penipuan yang terkenal di Malaysia. Di mana sejumlah wang akan dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya dengan janji dan syarat bahawa wang deposit tersebut akan dipulangkan kembali kepada pelabur dengan faedah atau keuntungan tertentu.

Konsep Skim Cepat Kaya Dijalankan. Jangan Tertipu.

Biasanya wang yang dilaburkan akan lebih tinggi nilainya daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen di negara kita. Pada permulaan skim cepat kaya tersebut, penganjur akan menggunakan wang pendahuluan yang diterima daripada pendeposit baru untuk membayar pulangan atau wang pokok pendeposit yang sebelumnya. 

Secara amnya, para penganjur skim cepat kaya tidak melaburkan wang pendahuluan yang diterima ke dalam pelaburan atau perusahaan milik skim mereka.

Oleh yang demikian, mereka tidak dapat terus-menerus menanggung pembayaran pulangan yang lebih tinggi kepada pelabur yang sedia ada melabur dengan mereka. Jika tiada deposit baru diterima oleh pihak mereka, maka kesemua para pelabur akan kehilangan wang mereka.

Tahukah anda, kini masih ramai lagi individu yang terkena dengan pujuk rayu skim cepat kaya. Jom kami kongsikan 10 cara mengelakkan diri menjadi mangsa skim cepat kaya. 

skim cepat kaya
Imej via [freemalaysiatoday]

1. Memeriksa Nama Ejen Pelaburan

Ejen skim cepat kaya biasanya tidak menggunakan nama sebenar. Mereka akan sentiasa menukar nama sendiri. Malahan perniagaan mereka pun dipalsukan oleh mereka.

Jadi disarankan sekiranya sesuatu ejen menghubungi anda, sila semak segala butiran ejen dan sekiranya tiada dalam database, mereka adalah dari skim cepat kaya.

2. Hubungi Bank Negara Malaysia Untuk Pengesahan Syarikat

Anda boleh layari laman web Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan senarai syarikat yang dikhuatiri terlibat dengan pengumpulan wang secara haram.

Sekiranya ada syarikat yang tersenarai di Bank Negara Malaysia sebagai pengumpulan wang secara haram, maka janganlah berurusan lagi dengan pihak mereka.

3. Anda Perlu Ketahui Hak Anda

Pengambilan deposit secara tidak sah adalah perbuatan mendapatkan sebarang deposit dalam bentuk wang, emas, batu permata atau apa sahaja benda lain daripada orang awam dengan menjanjikan pulangan yang besar.

Perbuatan ini dijalankan tanpa mempunyai lesen di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA). Jadi, sekiranya sesiapa yang mahu mengambil wang anda atau sebarang harta benda anda, mereka perlu mempunyai lesen terlebih dahulu.

skim cepat kaya
Imej via [menangsaham]

4. Pastikan Anda Mengkaji Latar Belakangnya

Sebelum menyerahkan wang kepada sesuatu skim, pastikan anda telah membuat kajian mengenai skim yang ditawarkan oleh syarikat itu. Cari sekali nama tauke atau individu yang berkenaan.

Sekiranya mereka disahkan bukan dari skim cepat kaya, maka anda selamat. Jika individu tersebut ada memberi kad perniagaan, pastikan anda cuba telefon sendiri atau melawat pejabatnya.

Pastikan anda juga dapat mengumpul segala maklumat syarikat yang penting seperti nombor pendaftaran milik syarikat, alamat perdaftaran syarikat, nombor akaun bank dan sebagainya butiran maklumat yang diperlukan.

Kalau mereka hanya menggunakan ‘virtual office’ sahaja, maka anda perlu berhati-hati. Adakalanya mempunyai office sendiri juga berbahaya kerana ia mungkin hanya tipu-tipu sahaja.

5. Menawarkan Janji-janji Manis

Selalunya individu skim cepat kaya ini juga menawarkan janji yang manis-manis. Mereka akan menjanjikan segala benda yang baik-baik kepada anda sehingga anda juga akan terpengaruh untuk kaya dengan cara mereka.

Kalau skim yang ditawarkan menjanjikan pulangan berlipat kali ganda dalam masa yang singkat, maka jangan percaya.

6. Jangan Pernah Menggunakan Orang Tengah

Kalau ada sesiapa yang menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi melakukan segala pemindahan wang kepada anda, jangan mempercayainya.

Pastikan anda meminta sendiri segala maklumat untuk dihubungi terus. Orang tengah ini kadang-kadang sama juga macam skim cepat kaya. Cuma mereka menggunakan teknik jadi orang tengah untuk akses maklumat wang anda.

skim cepat kaya
Imej via [benarnews]

7. Jangan Berkongsi Maklumat Yang Boleh Dikenal Pasti Secara Peribadi

Pastikan anda jangan berkongsi segala maklumat dengan seseorang yang telah berjumpa dengan anda sama ada melalui telefon, melalui e-mel, di media sosial dan walaupun di hadapan pintu depan rumah anda.

Ini termasuklah maklumat perbankan dan kad kredit, tarikh lahir anda, dan nombor insurans keselamatan sosial anda. Dikhuatiri mereka akan menggunakan segala butiran anda untuk dipalsukan.

8. Menentang Tekanan Untuk Bertindak Dengan Segera

Ejen skim cepat kaya biasanya cuba untuk membuatkan anda berfikir sesuatu yang terhad atau tawaran masa yang terhad. Mereka biasanya mahu menolak mangsa untuk membuat keputusan yang cepat sebelum berfikir.

Kadangkala, mereka akan menasihati untuk mengelakkan daripada menghubungi sesiapa sahaja dan supaya anda hanya mempercayai mereka sahaja. 

9. Gunakan Transaksi Yang Selamat Dan Boleh Dikesan

Pastikan jika ada sebarang transaksi dengan sesebuah skim, disarankan untuk menggunakan transaksi yang selamat. Transaksi tersebut juga mestilah boleh dikesan dengan pantas.

Sekiranya transaksi dilakukan tanpa ikesan, anda bakal akan kehilangan wang anda sepenuhnya kelak. Ia sangat berisiko.

10. Jangan Percaya Semua Yang Anda Lihat

Ejen skim cepat kaya biasanya adalah seorang penipu yang hebat. Di mana mereka ini juga boleh meniru segala butiran-butiran yang diperlukan.

Sekiranya laman web yang mereka tunjukkan tidak rasmi, maka anda perlu berhati-hati, dikhuatiri mereka adalah dari skim tersebut.

skim cepat kaya
Imej via [merahhaticintaku]

Kesimpulannya, pelbagai pihak di negara kita harus bekerjasama dalam membantu membanteras skim cepat kaya. Sekiranya tidak dibanteras, mereka akan bermaharajalela menjalankan kegiatan mereka yang terkutuk itu.

Rakyat juga haruslah peka dan bijak dalam mengenalpasti sama ada skim tersebut sah di sisi undang-undang ataupun tidak. Sekiranya mencurigakan, sila laporkan terus kepada pihak yang berwajib.

Jom baca juga deko ruang tamu, cara halau lipas dalam kereta, renovate bilik air dan renovate bilik tidur.

Rujukan

  1. Skim cepat kaya https://ms.wikipedia.org/wiki/Skim_cepat_kaya
  2. BAGAIMANA CARA NAK ELAKKAN DIRI DARIPADA DITIPU OLEH SKIM CEPAT KAYA? https://ms-my.facebook.com/mykpdnhep/posts/bagaimana-cara-nak-elakkan-diri-daripada-ditipu-oleh-skim-cepat-kaya-jom-kita-li/819892335020297/
  3. Cara mengatasi penipuan kewangan di malaysia https://mypf.my/2019/08/20/cara-mengatasi-penipuan-kewangan-di-malaysia/
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.