Pada hari ini sistem kewangan islam semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dan semakin kompetetif untuk bersaing dengan sistem kewangan kovensional sehinggakan semua bank kini menawarkan sistem kewangan islam sebagai pilihan kepada pelanggannya.

Ketahui kepentingan dan fungsi sistem kewangan islam yang ramai yang tahu.

Apakah sistem kewangan islam?

Sumber: Albawaba

Sistem kewangan islam adalah sejenis sistem kewangan yang sangat berbeza berbanding sistem kewangan konvensional yang biasa digunakan sejak dulu lagi. Jika sistem kewangan konvensional adalah hasil ciptaan manusia, sistem kewangan islam pula adalah berteraskan Al-Quran dan Hadis. Bagi pengguna yang beragama islam, pastinya sistem kewangan islam adalah pilihan utama jika diberikan pilihan.

Malah pada hari ini masyarakat bukan islam juga memilih sistem kewangan islam. Kenapa? Kerana ianya memberikan perlindungan dan kelebihan kepada pelanggan, berbanding sistem kewangan konvensional. Di antara elemen paling penting dalam sistem kewangan islam ialah ia tidak melibatkan riba. Sedangkan riba adalah elemen biasa dalam sistem kewangan konvensional. Bagi umat islam, riba adalah satu dosa besar.

Fungsi dan kepentingan sistem kewangan islam

1. Perjanjian patuh syariah

Sistem kewangan islam menawarkan perjanjian patuh syariah dalam aspek pengurusan modal, risiko dan pendapatan. Oleh itu para pelanggan tidak perlu risau tentang tahap patuh syariah dalam produk yang diambil. Malah sistem pengurusan yang dilakukan adalah yang terbaik kerana ianya adalah berlandaskan Al-Quran dan Hadith.

2. Keuntungan tidak bercanggah dengan islam

Satu lagi fungsi dan kepentingan sistem kewangan islam ialah memastikan para pelanggan mendapat keuntungan yang tidak bercanggah dengan islam dan pasti halal. Dalam sistem kewangan islam, setiap kewangan yang diperolehi oleh pelanggan tak kira sama ada ianya adalah hasil keuntungan daripadakontrak jual beli, perkongsian untung rugi (pelaburan) dan sebagainya adalah dijamin halal.

Sebagai contoh, apabila anda membuka akaun deposit, dibawan sistem kewangan islam, akaun anda akan distrukturkan dengan menggunakan kontrak Wadi’ah Yad Dhamanah iaitu simpanan dengan jaminan. Ini bermakna simpanan anda akan dijamin oleh pihak bank. Ia tidak ditawarkan dalam sistem kewangan konvensional.

3. Tiada riba

Ini adalah kepentingan sistem kewangan islam yang tidak mungkin dapat ditawarkan oleh sistem kewangan konvensional. Sistem kewangan islam tidak melibatkan riba. Jika anda perhatikan, di dalam sistem kewangan konvensional, apabila anda membuka akaun simpanan, anda selaku pemegang akaun dijanjikan pulangan tertentu untuk simpanan yang dibuat. Sebagai contoh, keuntungan sebanyak 5% setahun. Ini adalah sejenis riba yang ramai tak perasan. Dengan memilih sistem kewangan islam, anda boleh mengelakkan riba.

Sumber: Hijabista

4. Kontrak syariah

Apabila anda memilih sistem kewangan islam, secara automatic anda akan ditawarkan kontrak syariah. Di antara kontrak syariah yang popular di Malaysia ialah:

  • Murabahah
  • Musyarakah
  • Ijarah
  • Istisna
  • Mudharabah

Kontrak syariah adalah sangat berbeza jika dibandingkan dengan sistem kewangan konvensional yang berteraskan konsep menerima hutang hasil pinjaman wang daripada bank berserta keuntungan yang berdasarkan kadar faedah atau riba. Sementara sistem perbankan Islam menawarkan kontrak seperti

Mudarabah iaitu perkongsian keuntungan atau Musyarakah iaitu perkongsian untung rugi yang

bertepatan dengan kaedah feqah di mana setiap pulangan adalah dengan risiko

5. Tiada pelaburan haram

Dalam sistem kewangan konvensional, anda tidak tahu di mana duit anda dilaburkan oleh pihak bank. Malah berlaku kemungkinan bahawa duit anda akan dilaburkan dalam pelaburan tidak patuh syariah seperti perjudian dan ternakan haiwan tidak halal seperti babi. Namun jika anda memilih sistem kewangan islam,duit anda akan dilaburkan oleh pihak bank ke dalam aktiviti-aktiviti perniagaan yang dijamin patuh syariah  seperti pembiayaan rumah, kenderaan dan peralatan mengikut undang-undang syariah sebagainya.

Pihak bank akan memberikan jaminan bahawa duit anda tidak akan digunakan dalam pelaburan yang mencurigakan dan tidak halal. Bukankah ianya akan memberikan anda kekayaan bukan sahaja di dunia malah juga di akhirat?

6. Perkhidmatan yang cemerlang

Selaku sistem kewangan yang berteraskan Al-Quran dan Hadith, pastinya sistem kewangan islam menawarkan perkhidmatan yang cemerlang dan akan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik buat para pelanggan.

7. Insentif kerajaan

Tahukah anda, terdapat beberapa insentif yang ditawarkan oleh kerajaan kepada rakyat yang memilih sistem kewangan islam. Di antara insentif yang paling digemari ialah pengecualian duti setem sebanyak 20 peratus ke atas surat cara pembiayaan kewangan Islam. Untung kan?

8. Unsur kepastian

Dalam sistem kewangan islam, anda ditawarkan unsur kepastian dalam produk dan perkhidmatan yang anda pilih. Unsure kepastian tersebut ialah kepastian dalam menghadapi kadar faedah yang tidak menentu. Sebagai contoh, dalam sistem perbankan konvensional, walaupun kadar pinjaman yang ditawarkan adalah rendah, namun para pelanggan tidak mampu mengelak daripada risiko kenaikan kadar pinjaman asas atau BLR.

Pada tahun 1998 kadar BLR telah naik sehingga 15 peratus setahun dan para pelanggan yang memilih sistem konvensional sangatb terkesan dengan kenaikan yang berlaku. Sedangkan bagi yang memilih sistem kewangan islam, mereka adalah terlindung daripada kenaikan tersebut. Selain itu, bagi sistem kewangan konvensional, kadar pinjaman yang dikenakan belum termasuk margin tambahan yang lain. Bagi sistem kewangan islam, harga jualan yang diwujudkan pada awal kontrak memberikan kepastian kepada para pelanggan tentang jumlah ansuran dan pembayaran sepanjang kontrak. Ia tidak akan berubah.

9. Ibra

Pelanggan sistem kewangan islam juga menikmati Ibra iaitu rebat  ke atas harga jualan sekiranya pembiayaan dapat diselesaikan lebih awal daripada jadual pembayaran balik tanpa dikenakan sebarang penalti. Untung kan?

10. Penghapusan kemiskinan melalui pengurusan zakat profesional

Akhir sekali, dalam sistem kewangan islam, setiap simpanan anda akan dibayar zakat. Dengan membayar zakat, anda membantu mengatasi masalah kemiskinan. Dalam masa yang sama akan membersihkan harta anda.

Itulah dia info tentang kenali sistem kewangan islam (kepentingan dan fungsi) yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang  muflis dan senarai bank di Malaysia.

Rujukan:

1. E-muamalat

2. Maybank2u

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.