Ramai anak muda kini yang berimpian untuk membeli rumah sebelum menjelang umur 30. Ia adalah impian yang bagus dan matlamat yang sangat menguntungkan. Setiap bulan akan menyimpan 20%-30% daripada duit gaji.

Tetapi adakah ia cukup untuk membeli rumah? Ilmu untuk membeli rumah juga diperlukan kerana ia akan menentukan adakah kita rugi atau untung. Ramai di antara kita yang membuat personal loan untuk membeli rumah kerana kadar yang rendah tapi malang sekali ia bukan satu tindakan yang bijak.

Membuat personal loan lebih merugikan daripada housing loan. Mengapa?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai personal loan lebih merugikan berbanding housing loan. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

Personal loan lebih rugi daripada housing loan

personal loan vs housing loan
Imej via imoney.my

Beli rumah jangan guna Personal Loan walau nampak kadarnya rendah gila. Kaedah pengiraan Personal Loan lebih merugikan berbanding Housing Loan. Kadar rendah bukan jaminan kita akan untung. Kaedah pengiraan kadar itu yang tentutakan kita untung atau rugi nanti.

Housing Loan direka untuk selesaikan masalah pinjaman perumahan. Lebih bermanfaat kepada peminjam berbanding personal loan. Negara kita ada 22 buah bank, jangan bergantung pada satu bank sahaja. Buat permohonan di dua bank atau lebih. Siapa buat tawaran baik dialah yang menang.

Belilah satu dua buku bacaan tentang rumah dan hartanah. Biar rasa rugi RM50 dari rugi RM50,000 nanti.

*Jika anda ingin membeli rumah, dapatkan nasihat daripada orang yang lebih berpengalaman atau baca daripada buku-buku mengenai pembelian rumah. Ingat, kadar rendah bukan bermakna kita untung. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.