Perasaan seronok untuk memiliki sebuah rumah kali pertama itu tidak dapat digambarkan. Setelah mencari dan selidik setiap rumah, akhirnya dapat juga ruamh yang kita idamkan. Zaman sekarang bukan mudah untuk membeli rumah kerana kosnya yang terlalu tinggi atau rumah yang terlalu jauh dari tempat kerja.

Setelah meneliti rumah yang hendak dibeli dan dibincangkan, maka setuju untuk membeli rumah yang dibincangkan. Perkara yang agak leceh untuk membeli rumah adalah berurusan dengan pihak bank. Kita perlu mendapatkan kelulusan pembiayaan rumah daripada pihak bank. Jika tidak, rumah yang hendak dibeli terpaksa dibatalkan.

Majoriti boleh lulus pembiayaan rumah kerana harga rumah yang hendak dibeli itu mampu baginya untuk membayar setiap bulan. Tetapi, ada juga yang tidak dapat kelulusan daripada pihak bank. Rasa sedih dan kecewa itu memang tidak dapat digambarkan. Jangan bersedih, pasti ada sebab kenapa tidak mendapat kelulusan. Jadi kita perlu tahu dahulu apakah sebabnya.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tips jika pembiayaan rumah ditolak. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

Imej via baituljannah

7 Tips jika pembiayaan rumah ditolak

1. Selidik Sebab

Jika pegawai bank kata kena tolak, tanya sebab kenapa kena tolak. Biasanya sebab kewangan tak kuat, komitmen pula banyak. Dokumen tak lengkap pun boleh jadi. Jadi, belajar sediakan dokumen yang lengkap.

2. Baiki Profil Kewangan

Jika kau tak mampu tambah pendapatan, kau kena kurangkan komitmen. Kurangkan komitmen dulu. Hapuskan hutang lapuk. Buatlah side income, pasif income dan pelaburan income. Gaji tu jangan tinggal berapa belas ringgit je dalam akaun bank tiap-tiap bulan dik oii.

3. Cari Rumah Bawah Kemampuan

Kira DSR baik-baik. Jika kau mampu membayar pembiayaan perumahan RM200K, cuba cari rumah bawah RM150K.

4. Baikilah CCRIS

Check CCRIS tu, kot ada terlepas bayar. Ada nombor 1 tu maksudnya ada yang pernah kau tersangkut bayar. CTOS pun kena periksa. Kot kau pernah jadi penjamin ke, pernah kasi pinjam no kad pengenalan ke pakwe kau orang untuk buat bayar bil telefon ke kan. Lepas tu pakwe kau tak bayar.

5. Cipta Rekod CCRIS

Jika tiada rekod CCRIS, ada banker suruh kau buat kad kredit dengan dia. Jadi, cipta dulu rekod pembayaran balik. Yang dah ada kad kredit, pembiayaan daripada bank, kena kepilkan Letter Offer daripada bank tu. Nanti takut bank salah kira kau punya DSR.

6. Individu Berisiko

Mungkin kau tergolong daripada individu berisiko. Contohnya kau umur 35 tahun tapi takde langsung simpanan, komitmen dengan bank. Ataupun kau baru bekerja dua bulan. Pekerja kontrak pun bank anggap kau individu berisiko. Apa kau boleh buat sediakan dokumentasi selengkapnya. Surat lantikan kerja jika kerja kurang enam bulan.

7. Tambahkan Simpanan

Tambahkan simpanan sebanyak mungkin. Jika ada simpanan yang banyak lagi bagus. Simpan sehingga ada 6 bulan ansuran. Nak sedap lagi setahun. Contohnya, ansuran rumah kau nak beli RM700 sebulan. Jadi, untuk bayar ansuran selama enam bulan, kau kena ada simpanan RM4200.

*Jika pembiayaan rumah pertama kali ditolak, tidak perlu bimbang. Usaha lagi, perbaiki yang mana ada kekurangan dari segi penyediaan dokumen atau komitmen yang terlalu banyak. Mungkin ada hikmahnya tidak mendapat kelulusan dari bank. Apa yang penting, tanamkan semangan dan tidak mudah putus asa dalam diri. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.