Terdapat 46 bank buah yang ada di Malaysia setakat artikel ini ditulis. Bank-bank yang ada di Malaysia terdiri daripada bank tempatan dan juga bank asing yang ditubuhkan di luar negara. Malah bank di Malaysia juga boleh dibahagikan kepada bank komersial dan bank islamik. Ada juga bank islamik antarabangsa yang merupakan syarikat bank antarabangsa. Selain itu terdapat juga bank pelaburan dan institusi kewangan yang lain. Jom lihat senarai bank di Malaysia.
Bank Negara Malaysia (BNM)
Bank Negara telah ditubuhkan pada 26 January 1959. Ia adalah bank pusat yang menjaga semua bank di Malaysia. Sebagai bank pusat Malaysia, Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan pihak berkuasa monetari yang mengawal selia sistem kewangan dan ekonomi negara. Di antara objektif penubuhan Bank Negara Malaysia adalah seperti berikut:
Menggalakkan kestabilan monetari dan struktur kewangan negara yang kukuh
Bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada Kerajaan
Menerbitkan mata wang dan menyimpan rizab bagi menjaga nilai mata wang tersebut
Mempengaruhi kedudukan kredit bagi kepentingan negara ini
Bank Negara Malaysia diketuai oleh lapan ahli Lembaga Pengarah. Ia diterajui oleh bebrapa orang ahli ex-officio termasuk:
Gabenor
Timbalan Gabenor
Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Gabenor berfungsi sebagai pengerusi Lembaga Pengarah. Sebagai seorang Lembaga Pengarahh, Gabenor Bank Negara Malaysia dikehendaki bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Untuk makluman anda, peranan dan tanggungjawab Bank Negara Malaysia sentiasa berubah mengikut perkembangan ekonomi semasa.
Pada hari ini, Bank Negara Malaysia memberi tumpuan kepada 3 tunggak peranan bank pusat iaitu:
Kestabilan monetary
Kestabilan kewangan
Kestabilan sistem pembayaran
Bank Negara Malaysia juga memainkan peranan yang penting dari segi pembangunan pengurusan ekonomi, pembinaan institusi dan sistem kewangan di Malaysia. Ia berfungsi untuk mengawal selia dan menguruskan kesemua aspek yang disebutkan tadi. Dalam masa yang sama, Bank Negara Malaysia sebagai bank pusat juga bertanggungjawab untuk menganjurkan pelbagai program pendidikan pengguna bagi meningkatkan keupayaan kewangan masyarakat umum. Diantara program yang dianjurkan ialah:
Program pendidikan pengguna dalam bidang perbankan
Program pendidikan pengguna dalam bidang insurans.
Program pendidikan pengguna untuk golongan remaja
Program pendidikan pengguna untuk golongan wanita
Program pendidikan pengguna untuk syarikat
Semua bank yang beroperasi di Malaysia perlu berdaftar dengan Bank Negara Malaysia.
Bank komersial di Malaysia
Berikut adalah senarai bank komersial yang berdaftar di Malaysia:
Affin Bank Berhad ( Tempatan )
Alliance Bank Malaysia Berhad ( Tempatan )
AmBank (M) Berhad ( Tempatan )
BNP Paribas Malaysia Berhad ( Asing )
Bangkok Bank Berhad ( Asing )
Bank of America Malaysia Berhad ( Asing )
Bank of China (Malaysia) Berhad ( Asing )
Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia) Berhad ( Asing )
CIMB Bank Berhad ( Tempatan )
Citibank Berhad ( Asing )
Deutsche Bank (Malaysia) Berhad ( Asing )
HSBC Bank Malaysia Berhad ( Asing )
Hong Leong Bank Berhad ( Tempatan )
India International Bank (Malaysia) Berhad ( Asing )
Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad ( Asing )
J.P. Morgan Chase Bank Berhad ( Asing )
Malayan Banking Berhad ( Tempatan )
Mizuho Bank (Malaysia) Berhad ( Asing )
National Bank of Abu Dhabi Malaysia Berhad ( Asing )
OCBC Bank (Malaysia) Berhad ( Asing )
Public Bank Berhad ( Tempatan )
RHB Bank Berhad ( Tempatan )
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad ( Asing )
Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad ( Asing )
The Bank of Nova Scotia Berhad ( Asing )
The Royal Bank of Scotland Berhad ( Asing )
United Overseas Bank (Malaysia) Bhd ( Asing )
Bank islamik tempatan
Berikut adalah senarai bank islamik tempatan yang berdaftar di Malaysia:
Affin Islamic Bank Berhad
Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad
Alliance Islamic Bank Berhad
AmIslamic Bank Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad
Bank Muamalat Malaysia Berhad
CIMB Islamic Bank Berhad
Hong Leong Islamic Bank Berhad
Maybank Islamic Berhad
Public Islamic Bank Berhad
RHB Islamic Bank Berhad
Bank islamik antarabangsa
Berikut adalah senarai bank islamik antarabangsa yang berdaftar di Malaysia:
Al Rajhi Banking & Investment Corporation
Asian Finance Bank Berhad
HSBC Amanah Malaysia Berhad
Alkhair International Islamic Bank Bhd
Deutsche Bank Aktiengesellschaft
Elaf Bank B.S.C. (c)
PT. Bank Syariah Muamalat Indonesia, Tbk
Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad
OCBC Al-Amin Bank Berhad
Standard Chartered Saadiq Berhad
Bank pelaburan
Akhir sekali, berikut adalah senarai bank pelaburan yang berdaftar di Malaysia:
Affin Investment Bank Berhad ( Tempatan )
Alliance Investment Bank Berhad ( Tempatan )
AmInvestment Bank Berhad ( Tempatan )
CIMB Investment Bank Berhad ( Tempatan )
Hong Leong Investment Bank Berhad ( Tempatan )
HwangDBS Investment Bank Berhad ( Tempatan )
KAF Investment Bank Berhad ( Tempatan )
Kenanga Investment Bank Berhad ( Tempatan )
MIDF Amanah Investment Bank Berhad ( Tempatan )
MIMB Investment Bank Berhad ( Tempatan )
Maybank Investment Bank Berhad ( Tempatan )
Public Investment Bank Berhad ( Tempatan )
RHB Investment Bank Berhad ( Tempatan )
Lain-lain institusi kewangan
Selain bank, terdapat juga beberapa institusi kewangan yang berdaftar di Malaysia iaitu:
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.