Mengikut kajian, ramai orang gagal menguruskan wang simpanan dengan baik, menyebabkan mereka terpaksa bekerja lebih masa untuk sara hidup yang kian mencabar ini.

Bayangkan 5 tahun akan datang, duit RM1500 takkan cukup beli barang untuk anak-anak, barang keperluan, bayar hutang PTPTN dan ini belum termasuk lagi bayar hutang personal loan.

Jadi, di sini kami ingin mengajak kepada semua belia-belia muda untuk mula merancang kewangan seawal usia 20-an. Manakala yang berumur 30 tahun ke atas perlu pendekatan lebih kepada perancangan persaraan.

Rancang Kewangan Di Usia Muda

rancang kewangan di usia muda

Imej via Facebook

Umur 20 hingga 29

  1. Hidup gaya seorang student (suka berjimat).
  2. Jadikan amalan suka dan cintakan menabung.
  3. Asingkan 30% duit untuk simpanan seperti simpan di ASB, Tabung Haji dan Koperasi.
  4. Bahagikan wang simpanan mengikut kategori seperti : tabung aset, tabung pendidikan, tabung anak dan tabung persaraan
  5. Buat side income perniagaan, contoh jadi dropship Dexandra.
  6. Sentiasa follow-up mentor atau guru untuk bantu anda kembangkan perniagaan.
  7. Rajinkan diri untuk hadir ke seminar seperti Azizan Osman, IezaYusof dan CoachZie.
  8. Banyakkan membaca buku motivasi dan tips bisnes.
  9. Cari ILMU, ILMU dan ILMU di mana sahaja anda berada.

Umur 30 hingga 39

  1. Rancang beli rumah untuk dijadikan pasif income.
  2. Rancang duit persaraan dengan lebih baik dari sebelum ini.
  3. Asingkan 10% duit ke simpanan perlindungan iaitu Life Takaful dan Medical Card.
  4. Simpan 6 bulan pendapatan sebagai dana kecemasan.
  5. Labur 10% je daripada simpanan untuk risiko yang tinggi ini contoh main saham.
  6. Korbankan banyak masa untuk dapatkan simpanan yang maksimum

Umur 40 hingga 49

  1. Biasa waktu ini sudah berkeluarga.
  2. Pastikan hutang kredit dah di selesaikan.
  3. Fokuskan 100% kepada tabung persaraan.
  4. Fokuskan juga untuk simpanan pendidikan anak-anak.
  5. Teruskan menabung dan jangan pernah berhenti untuk menabung.
  6. Fokus untuk menyampai ilmu kepada generasi muda.

Umur 50 dan ke atas

  1. Teruskan membuat simpanan (jangan pernah rasa dah terlambat).
  2. Bincang dengan pasangan tentang pembahagian harta.
  3. Jangan ambil pelaburan yang berisiko tinggi.
  4. Rajinkan diri untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan.
  5. Banyakkan masa bermain dengan cucu-cicik di taman permainan.
  6. Eratkan lagi hubungan kasih dan sayang bersama keluarga yang di cintai dengan pergi bercuti.

Kalau anda boleh follow betul betul guideline yang kami bagi di atas ini, InshaaAllah anda akan bebas hutang dan mempunyai simpanan yang sangat banyak.

Malah, duit lebihan yang anda ada itu boleh untuk bersedekah lebih atau menginfak harta bagi mencari keredhaan Allah swt dan demi saham akhirat juga.

Pastikan setiap matlamat yang anda ingin capai, tulis dengan details berserta berapa jumlah yang anda inginkan. Kemudian tampal di ruang bilik tidur atau office anda ya. Law of attraction.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat anda semua. Silakan like dan bagikan kepada orang yang anda sayang.

Copy

Penulis: Nur Aliah Mohd Nor

Usahawan muda dan rajin berkongsi tips-tips kewangan yang praktikal. Ikuti beliau di Facebook untuk info kewangan santai yang menarik.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.