Anda ingin tahu cara semak CCRIS secara online? CCRIS atau nama panjangnya Central Credit Reference Information System merupakan rekod maklumat kredit bagi mengetahui tahap kewangan seseorang dan ianya boleh diguna pakai oleh setiap rakyat Malaysia. Ia menyediakan laporan kredit dan diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia.

Secara ringkas bolehlah disimpulak bahawa CCRIS mengumpul maklumat kredit dari pengendali servis kewangan di Malaysia seperti:

  • Bank
  • Broker insurans
  • Syarikat swasta yang menyediakan servis utiliti seperti telekomunikasi

Di antara maklumat yang akan terpapar dalam laporan kredit CCRIS ialah:

  • Pinjaman tertunggak
  • Saman
  • Status muflis

Jika bayaran komitmen bulanan anda seperti bayaran ansuran kereta, kad kredit, atau ptptn tidak mempunyai sebarang  tunggakan dan dibayar dengan lancar tepat pada masanya setiap bulan maka laporan CCRIS anda akan menunjukkan skor kredit yang baik. Sebaliknya anda mempunyai banyak tunggakan dan rekod bayaran anda menunjukkan banyak kelewatan dalam bayaran balik maka rekod CCRIS anda akan menunjukkan skor yang rendah. Laporan ini dikawal selia dan dijana oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Laporan CCRIS akan mengumpulkan rekod bayaran bulanan anda untuk tempoh 12 bulan terkini termasuklah:

  • Butiran pinjaman di setiap institusi kewangan di Malaysia
  • Pinjaman di bawah pemerhatian bank
  • Proses penjadualan dan penstrukturan semula.

Apakah kepentingan mempunyai rekod CCRIS yang baik?

Jika anda ingin membuat permohonan pinjaman di bank, pihak bank akan memeriksa rekod CCRIS anda untuk menilai tahap dan prestasi kewangan peminjam anda. Jika rekod bayaran anda baik dan anda mendapat skor yang baik maka peluang anda untuk mendapat pinjaman adalah lebih tinggi.

Sumber: PCWorld

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan rekod CCRIS?

Untuk mendapatkan laporan CCRIS, anda perlu ke kiosk Bank Negara dan membuat permohonan untuk mendapatkan rekod CCRIS. Namun anda juga boleh membuat semakan secara online yang sangat mudah dan cepat. Dalam masa 10 minit sahaja anda akan mendapat rekod CCRIS yang diminta. Namun begitu, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM19.50 sekiranya mendapatkan laporan CCRIS secara online manakala ia boleh didapatkan secara percuma di kiosk Bank Negara.

Cara semak CCRIS secara online

Untuk menyemak CCRIS anda secara online, berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan:

  1. Layari laman web https://www.mycreditinfo.com.my/
  2. Kemudian anda perlu pilih Personal Credit Report Plus dan klik ‘Sign Up’
  3. Selepas itu anda klik ‘GET STARTED’
  4. Isikan maklumat peribadi anda seperti yang diminta. Kemudian anda perlu klik pada kotak setuju ‘Terms & Coditions’ dan kotak ‘I’m not a robot’ untuk pergi ke langkah yang seterusnya.
  5. Kemudian klik ‘Request/Resend OTP’ untuk masukkan OTP Code. OTP akan dihantar melalui sms ke nombor telefon yang telah anda daftarkan tadi. Kemudian anda  klik ‘SIGN UP’
  6. Isikan maklumat alamat anda dan klik butang ‘NEXT’
  7. Lengkah seterusnya, pada bahagian pembelian, sila pilih ‘Personal Credit Report Plus’ dan klik ‘Buy Now’. RM19.50 akan dicaj dari akaun bank anda sebagai caj untuk laporan CCRIS yang dipinta
  8. Pilih cara pembayaran pilihan anda iaitu sama ada bayaran dengan menggunakan Credit Card, Debit Card atau Online Banking. Kemudian klik ‘Checkout’ untuk teruskan proses pembayaran.
  9. Kemudian anda perlu klik ‘Proceed With Payment’
  10. Jika anda  memilih untuk membuat bayaran secara Online Banking, sila klik Online Banking. Jika anda ingin menggunakan Kad Debit atau Kad Credit, masukkan maklumat  dan nombor kad pada ruangan yang disediakan dan seterusnya anda perlu klik ‘Proceed’
  11. Selepas anda berjaya buat bayaran, anda perlu kembali ke page MYCRERDITINFO semula. Klik ‘Ok, Let’s Go’ untuk mengesahkan identiti anda.
  12. Pada waktu ini sepatutnya anda akan menerima satu sms yang mempunyai link url untuk anda klik. Klik link yang diberikan untuk membuka link url tersebut
  13. Kemudian anda akan dibawa ke page berkenaan dan anda perlu klik ‘Start’
  14. Di sini anda mempunyai pilihan sama ada untuk snap gambar kad pengenalan anda atau upload file kad pengenalan anda yang sedia ada
  15. Kemudian anda perlu klik Start dan snap kad pengenalan depan dan belakang. Setelah selesai anda boleh klik ‘Confirm’
  16. Seterusnya anda perlu klik ‘Continue’ untuk Face Verification dan Start.
  17. Selepas siap, tunggu sehingga proses menyemak kualiti imej selesai dilakukan
  18. Setelah selesai anda boleh semak semula di laman web MYCREDITINFO di browser anda
  19. Jika anda sudah terkeluar secara automatik dari account anda, anda perlu ogin semula dengan cara memasukkan Username kad pengenalan dan Password.
  20. Seudah berjaya login, anda boleh klik pada ruangan ‘Summary Credit Profile’ untuk melihat rekod CCRIS anda. Untuk paparan penuh rekod CCRIS, anda perlu klik pada ‘FULL REPORT’. Anda juga boleh memuat turun rekod CCRIS anda dengan klik pada paparan tersebut

Adakah semakan CCRIS secara online selamat untuk dilakukan?

Ya, menyemak laporan CCRIS anda secara online adalah selamat. Data peribadi dan rekod anda akan dilindungi daripada sebarang kebocoran dan pencerobohan.

Sumber: Thestar

Itulah dia info tentang tentang cara semak CCRIS online yang ada di Malaysia yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang proses dapatkan laporan CCRIS dan cara buatkan laporan CCRIS anda cantik

Rujukan:

1. Cara Nak Semak CCRIS Online. Mahersaham

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.