Tidur di tempat kerja tidak salah, sekiranya anda lakukan semasa waktu rehat atau lunch hour iaitu dari pukul 1.00 hingga 2.00 petang. Namun ia akan menjadi satu masalah jika anda mengambil kesempatan untuk tidur atau tertidur tanpa sengaja diluar waktu rehat. Ia bukan sahaja akan menjejaskan prestasi kerja anda malah reputasi anda di pejabat akan tercemar. Hari ini kami akan kongsikan faktor tidur di tempat kerja serta cara untuk mengatasinya.

1. Tidak cukup tidur

Sumber: Medicalexpress

Tidak cukup tidur akan menyebabkan anda sentiasa mengantuk semasa di pejabat. Akhirnya mata anda tidak mampu dibuka lagi lalu anda tertidur semasa bekerja. Oleh itu pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya agar segar sepanjang hari. Tidur yang cukup juga adalah sangat penting untuk kesihatan.

2. Kepenatan

Selain tidak cukup tidur, tubuh badan yang kepenatan juga akan menyebabkan anda tidur di tempat kerja. Anda mungkin kepenatan kerana:

  • Mempunyai anak kecil yang masih menyusu badan
  • Melakukan dua atau tiga kerja dalam satu masa
  • Melakukan online business
  • Tidak dibantu oleh suami untuk menguruskan kerja rumah
  • Tanggung jawab yang berat dan banyak digalas dibahu

Untuk mengatasi masalah ini, pastikan anda tidak memaksa diri untuk menyelesaikan semua perkara sehingga anda menjadi kepenatan. Jaga diri. Minta bantuan orang terdekat untuk mengurangkan kepenatan yang dialami.

3. Tidak mengambil sarapan pagi

Fakot tidur di tempat kerja yang seterusnya ialah disebabkan tidak mengambil sarapan pagi. Mungkin ana tidak bersarapan kerana tidak sempat atau kononnya untuk berdiet. Namun tahukah anda bahawa apabila anda tidak mengambil sarapan pagi, anda akan menjadi tidak bertenaga dan akibatnya akan cepat berasa mengantuk. Oleh itu, pastikan anda bersarapan setiap hari.

4. Amalan pemakanan tidak sihat

Amalan pemakanan tidak sihat juga akan menyebabkan anda mengantuk semasa bekerja. Oleh itu elakkan makanan yang tidak sihat seperti:

  • Makanan ringan
  • Makanan segera
  • Makanan berkalori tinggi
  • Makanan tinggi lemak

5. Stress

Stress bukan sahaja akan menyebabkan anda tidak bersemnagat untuk bekerja malah ia akan membuatkan anda sentiasa berasa mengantuk. Oleh itu elakkan stress.

6. Tidak minat dengan kerja yang dibuat

Tahukah anda bahawa tidak minat dengan kerja yang dilakukan juga akan menyebabkan anda berasa mengantuk? Untuk mengatasi masalah ini, cintai apa yang anda lakukan sekarang. Lakukan kerja dengan ikhlas.

7. Persekitaran pejabat

Persekitaran pejabat yang gelap dan tidak ceria juga boleh menyebabkan anda mengantuk. Oleh itu pastikan ruang pejabat anda ceria dan cerah. Buka radio untuk menghilangkan rasa sunyi.

8. Banyak toksin dalam badan

Toksin yang berlebihan dalam badan akan menyebabkan kelesuan dan mengantuk yang tidak berkesudahan. Untuk mengatasinya, pastikan anda detox selalu. Cara paling mudah untuk detox ialah dengan bersenam.

9. Gaya hidup tidak sihat

Sumber: Menshealth

Faktor tidur di tempat kerja yang seterusnya ialah gaya hidup tidak sihat. Gaya hidup tidak sihat akan menjejaskan kesihatan lalu menyebabkan badan tidak segar. Oleh itu amalakan gaya hidup sihat agar tubuh badan sentiasa segar dan cergas.

10. Makan karbohidrat terlalu banyak semasa makan tengah hari

Makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi akan menyebabkan anda mengantuk. Ini kerana semua oksigen akan pergi ke perut untuk memproses makanan tadi. Untuk mengelakkan perkara ini, makan makanan yang sihat seperti buah dan sayur.

11. Duduk terlalu lama

Duduk terlalu lama akan menyebabkan anda berasa mengantuk. Untuk mengatasi masalah ini, sesekali bangun dari kerusi dan berjalan-jalan di sekitar pejabat anda.

12. Terlalu banyak mengambil kafein

Kafein membantu anda segar, namun terlalu banyak kafein akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan badan menjadi lemah. Oleh itu kurangkan kafein.

13. Tidak bersenam

Tidak bersenam juga akan menyebabkan anda tidur di tempat kerja. Ini kerana gaya hidup yang tidak aktif akan menyebabkan badan tidak cergas dan otak anda tidak cerdas.

14. Kurang bertenaga

Apabila anda kurang bertenaga, akhirnya badan akan menjadi lemah lalu anda perlu tidur untuk bertenaga semula. Di antara punca anda kurang bertenaga boleh jadi:

  • Kurang makan
  • Mengamalkan diet yang keterlaluan
  • Mengamalkan senaman yang keterlaluan

Oleh itu pastikan anda tidak melakukan sesuatu yang ekstrem sehingga boleh menyebabkankan anda kurang bertenaga semasa di pejabat.

15. Terlalu banyak bebanan kerja

Punca terakhir yang menyebabkan anda tidur di tempat kerja ialah terlalu banyak bebanan kerja. Apabila terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan, anda akan terkajr-kejar membuat kerja lalu menyebabkan anda tidak sempat berehat. Ia juga akan menyebabkan anda terlalu penat. Apabila badan terlalu penat, akhirnya anda akan tertidur di tempat kerja. Penyelesaiannya? Berbincang dengan majikan atau ketua anda sekiranya merasakan bahawa bebanan kerja anda terlalu banyak dan tidak mampu untuk diselesaikan.

Sumber: Harvard

Itulah dia info tentang faktor tidur di tempat kerja yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang faktor migrasi dan masalah di tempat kerja

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.