Pernahkah kita terfikir, kenapa orang yang kerja gaji bawah RM1500 cukup untuk dibuat belanja keluarga dan anak-anak tetapi kita yang gaji RM2000 dan ke atas tidak pernah rasa cukup. Setiap bulan, apabila sampai tengah bulan, pasti gaji kita sudah tinggal sikit. Kita pun terpaksa lah berjimat untuk tahan sehingga gaji seterusnya.

Kadang-kadang tu, kita tak sempat nak merasa duit banyak di tangan. Selepas bayar hutang itu ini, duit kereta dan sewa rumah kemudian terus tinggal sedikit baki gaji kita itu. Apakah perbuatan yang menyebabkan kewangan diri kita terjejas?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 10 perbuatan yang merosakkan kewangan diri tanpa kita sedar. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

10 Perbuatan yang merosakkan kewangan diri tanpa kita sedar

perbuatan yang merosakkan kewangan diri
Imej via dreamstime.com

1. Belanja dulu bakinya baru simpan. Kadang-kadang tak sempat pun nak menyimpan.

2. Asyik tukar benda baru. Contohnya tukar kereta baru. Tak hipster lah kalau balik raya kereta tak baharu. Asyik tukar telefon baru je setiap tahun.

3. Duduk rumah sewa lama-lama. Duk rumah kuarters gomen. Tiada pelan untuk beli rumah. Mindset duk kata rumah semua mahal.

4. Sanggup berhutang RM20K-RM50K untuk majlis kahwin. Lepasan universiti kan, takkan nak buat majlis kawin biasa-biasa pulak. Nak update Insta pun senang.

5. Tak sanggup keluarkan duit untuk belajar ilmu hartanah, pelaburan, pengurusan kewangan tetapi sanggup berhabis beribu ringgit untuk beli aksesori kereta.

6. Berbelanja tak ingat dunia. Gaji ciput tapi masih nak menunjuk kau tu kaya raya. Beli itu ini mengalahkan orang bergaji besar.

7. Dengki dengan kejayaan orang lain. Bukannya nak bertanya rahsia kejayaan tetapi selalu bersifat negatif. Orang beli itu, dia nak beli juga. Pesen tak nak kalah.

8. Tidak memiliki perlindungan takaful, tabung kecemasan ataupun simpanan untuk masa depan.

9. Cepat percaya dengan skim cepat kaya, skim pelaburan, skim pelaburan emas, skim rumah murah. Mudah terpedaya dengan ajakan orang.

10. Tidak membuat bajet. Rekod bulanan tiada. Jadi duit yang dibelanjakan tidak tahu ke mana.

*Berikut adalah jenis perbuatan yang boleh merosakkan kewangan diri kita tanpa sedar. Mungkin kita rasa itu perkara biasa yang kita lakukan tetapi perbuatan tersebutlah yang menjadi punca kita tidak mempunyai simpanan yang baik. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.