Sebagai investor dan trader perlu tahu pentingnya value. Apa itu value? Dipetik dari FB Empayar Saham, value ialah sesuatu yang memberikan tujuan kepada kita. Ia adalah sesuatu perkara yang mampu mendorong kita utk membuat sesuatu. Jika anda faham apa value yang anda cari daripada setiap perkara yang anda buat, anda akan lebih menghargai serta mempunyai lebih kawalan terhadap perkara yang anda buat

Sebagai seorang manusia kita pasti tahu manfaat sesuatu perkara yang kita lakukan. Manfaat itu yang memberi dorongan untuk kita lakukan sesuatu perkara. Jika tidak ada manfaat pasti kita tidak melakukan perkara tersebut.

Selain itu perkara yang ada kepentingan pasti akan diberi keutamaan. Manfaat dan kepentingan inilah yang memberi value yang kita cari daripada sesuatu itu sebenarnya.

Jika sesuatu itu memberikan lebih manfaat kepada anda, maka ia akan menjadi sangat bernilai kepada anda. Value nya akan menjadi tinggi di sisi anda. Jika sesuatu itu pula mempunyai lebih kepentingan kepada anda, maka ia juga akan menjadi sangat bernilai kepada anda. Value nya akan menjadi tinggi di sisi anda.

pentingnya value

Imej via Pexels

Trader dan Investor Perlu Tahu Pentingnya Value

Seperti yang kita ketahui, di dalam saham terdapat 2 golongan yang terlibat. Investor dan trader.

Bagi investor, value ialah sejauh mana sesebuah bisnes itu memberikan manfaat kepada shareholdernya. Manfaat boleh datang dalam 2 bentuk – equity growth dan dividend growth.

Sekiranya sesuatu bisnes itu memberikan lebih besar equity growth ataupun dividend growth. Lebih besarlah manfaatnya, maka lebih besar jugalah value nya di mata investor.

Bagi trader pula, value ialah sejauh mana sesuatu trade itu memberikan potensi untung kepadanya. Lebih tinggi potensi untung sesuatu trade itu, lebih tinggi manfaatnya kepada trader.

Namun, sama ada investor ataupun trader, value tetap sama – manfaat dan kepentingan sesuatu kepada mereka.

Beza Value Untuk Trader dan Investor

Apa yang membezakan value untuk trader dan investor? Sebenarnya tak ada beza pun kecuali cara kedua-duanya melihat value tersebut.

Trader tidak melihat value cara yang sama dengan investor. Ini kerana mereka melihat value pada potensi untung yang dilihat pada pergerakan price. Sedangkan investor melihat value pada equity growth dan dividend growth yang dilihat pada latar belakang sesuatu bisnes.

Di dalam dunia saham, value sesuatu bisnes itu bergantung kepada cara seorang investor melihat. Bagi seorang investor, mungkin bisnes ini tidak begitu tinggi value kepadanya kerana mungkin dia melihat kepada manfaat equity growth.

Namun, bagi investor lain, bisnes yang sama mempunyai value yang lebih tinggi kerana mungkin dia melihat kepada manfaat dividend growth.

Begitu juga dengan trader, semuanya bergantung kepada cara mereka melihat potensi profit. Ada sesetengah trader melihat potensi untung berdasarkan strategi buy on breakout. Namun, potensi yang sama, tidak mempunyai value yang sama bagi trader yang melihat potensi untung berdasarkan strategi buy on dip.

Cara Untuk Menilai Value Dalam Pasaran Saham

Terdapat pelbagai cara untuk menilai sesuatu value dalam pasaran saham. Antaranya P/E ratio, P/B ratio, PEG ratio, net-net ratio dan banyak lagi. Selain itu, jika anda mempunyai maklumat berkaitan earning visibility sesuatu stock, terdapat pelbagai teknik tambahan untuk menilai value sesuatu stock. Contohnya discounted cash flow, constant growth dividend, Gordon growth dividend dan banyak lagi.

Kepelbagaian teknik dan model yang boleh digunakan dalam pengiraan value stock itu sahaja sudah menjadi sebab kenapa kita tidak pernah dapat bersetuju dengan satu nilai yang sama. Setiap orang mempunyai kecenderungan teknik atau model pengiraan mana yang mereka mahu gunakan. Kecenderungan itu muncul kerana setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk melihat value.

Lihat sahaja bagaimana brokerage house mengeluarkan fair value masing-masing. Untuk satu stock, fair value yang dikeluarkan oleh brokerage house berbeza-beza. Ini kerana setiap mereka menggunakan teknik dan model yang berlainan.

Oleh itu, dalam mengira value, tidak akan ada sesiapa yang betul atau salah. Pengiraan pentingnya value bagi seseorang itu sebenarnya terhad untuk dirinya sendiri dan value yang sama mungkin tidak sesuai bagi orang lain. Kerana itu betapa pentingnya value ini kepada trader dan investor.

Bagi analisis teknikal pula, menilai value sesuatu trade adalah jauh lebih mudah kerana semuanya hanya berkisar tentang price dan volume sahaja. Namun, sekali lagi ia kembali bergantung kepada cara setiap trader melihat value.

Ketika melihat resistance, adakalanya resistance yang dilihat seorang trader tidak sama dengan resistance yang dilihat trader lain. Ini bergantung kepada cara dia melihat kedudukan resistance yang berdasarkan kepada pengalaman seseoran.

Timeframe yang digunakan serta bentuk candle serta chart dan teknik yang digunakan masing-masing. Begitu juga support, upside, downside, operator movement, semua  cara melihatnya semua bergantung kepada setiap individu.

Bagaimana Untuk Melihat Value Yang Paling Sesuai

Walaupun terdapat banyak teknik dan model untuk menilai value, sebagai seorang trader dan investor tidak perlu mahir semuanya. Ia boleh lihat pada keadaan yang sesuai.

Jika anda tidak mempunyai earning visibility, anda boleh gunakan parameter-parametr berikut untuk menilai value . (P/E ratio, P/B ratio, PEG ratio, net-net ratio).

Katakan stock anda tidak heavy dengan asset, P/E ratio dan PEG ratio lebih sesuai digunakan. Namun jika stock anda heavy dengan asset, P/B ratio dan net-net ratio sebaliknya lebih sesuai digunakan. Walaubagaimanapun, pilih satu cara sahaja dan kekal gunakan parameter yang sama dan jangan campuradukkan.

Jika anda mempunyai earning visibility, anda boleh gunakan model-model berikut utk menilai value. Anda boleh guna discounted cash flow, constant growth dividend, Gordon growth dividend, 2-stage discounted dividend growth. Boleh juga menggunakan model present value of operating cash flow, present value of free cash flow atau yang lain.

Earning visibility anda ialah dalam bentuk cashflow, lebih sesuai menggunakan discounted cash flow, present value of operating cash flow, present value of free cash flow. Kalau dalam bentuk dividen constant growth dividend, Gordon growth dividend, 2-stage discounted dividend growth lebih sesuai digunakan. Atau boleh gabungkan cashflow model dengan dividen model jika anda mempunyai earning visibility untuk kedua-dua cashflow dan dividen.

Walau apa sekalipun, pilih satu cara sahaja dan kekal gunakan cara pengiraan yang sama dan jangan campuradukkan.

Rujukan

Empayar Saham

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.