Zakat Fitrah juga boleh disebut sebagai Zakat Diri Sendiri, Zakat Ramadhan atau Zakat Fitri. Zakat Fitrah diwajibkan pada tahun kedua Hijrah, iaitu pada tahun yang sama diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan. Zakat Fitrah ditetapkan sebagai cara penyucian bagi orang yang berpuasa, memperbaiki perbuatan salah dan kata-kata yang tidak diingini semasa puasa.
Zakat Fitrah merupakan fardhu ain yang menjadi kewajipan kepada setiap orang Islam, lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Kewajipan ini perlu dilaksanakan di bulan Ramadhan iaitu dari bermulanya Ramadhan sehinggalah pagi satu Syawal iaitu sebelum solat sunat Aidil Fitri didirikan.
Zakat fitrah juga bertujuan untuk memberi makanan kepada orang-orang Miskin atau memerlukan serta mencukupkan keperluan dan permintaannya untuk menyambut satu Syawal iaitu Hari Raya Aidil Fitri. Inilah di antara keindahan Islam di sebalik kewajipan sesuatu ibadat kepada penganutnya. Sesungguhnya peranan zakat dalam membina sosio ekonomi dan sosial masyarakat Islam amatlah penting dan mesti dihayati sepenuhnya oleh setiap muslim.
Zakat adalah rukun Islam ketiga. Kedudukannya di tempat ketiga ini dan sering digandingkan oleh Allah SWT dengan arahan mendirikan solat, telah dengan sendirinya menunjukkan status hukum dan kepentingan zakat. Banyak dalil naqli (dalil Al-Quran dan Al-Hadis) yang menyatakan kewajipan zakat, di antaranya firman Allah di dalam surah An-Nur, ayat 56:
“Dan dirikan oleh kamu akan solat serta berikanlah zakat”
Nabi Muhammad SAW juga pernah menyatakan kepada Muaz bin Jabal yang diutus ke Yaman sebagai gabenor akan kepentingan zakat, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain:
“Engkau hendaklah menerangkan kepada mereka bahawa Allah SWT mewajibkan sedekah (zakat), yang dikenakan terhadap kekayaan orang kaya di kalangan mereka.”
Seperti dinyatakan sebelum ini juga, zakat fitrah difardhukan pada tahun kedua Hijrah iaitu tahun yang sama diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan ke atas umat Islam. Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, daripada Ibn Umar, Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud;
” Zakat Fitrah telah diwajibkan dalam bulan Ramadhan ke atas manusia dengan satu sha’ (gantang) tamar atau satu gantang sya’ir ke atas golongan yang merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan dari kalangan orang-orang Islam.”.
Berdasarkan dalil-dalil di atas, mengeluarkan zakat fitrah adalah wajib kepada setiap individu yang bernama Islam tidak kira sama ada lelaki atau perempuan. Namun begitu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali Ke-60 yang telah bersidang pada 23 Okt 2003 telah membincangkan tentang zakat fitrah yang mana muzakarah telah bersetuju bahawa hukum zakat fitrah ke atas individu Islam adalah wajib sekiranya telah menepati syarat wajib zakat fitrah iaitu:
Justeru, seseorang individu yang telah menepati atau mencukupi keempat-empat syarat di atas wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya dan untuk yang mempunyai tanggungan iaitu isteri dan anak perlu mengeluarkan zakat untuk kesemua ahli tanggungannya.
Seperti yang sedia maklum zakat fitrah hanya datang setahun sekali iaitu pada bulan Ramadhan. Justeru, zakat fitrah perlu dkeluarkan atau dibayar sebaik sahaja bermula Ramadhan sehinggalah sebelum solat sunat hari raya Aidilfitri didirikan.
Namun begitu, mungkin kita tidak menyedari atau mengetahui bahawa waktu-waktu membayar zakat fitrah terbahagi kepada lima waktu iaitu;
Pada dasarnya zakat fitrah wajib dikeluarkan atau dibayar berdasarkan kepada di mana individu itu berada pada waktu wajib mengeluarkan zakat iaitu apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal. Ini bermakna sekiranya kita akan berada di kampung halaman pada waktu wajib membayar zakat, jadi zakat perlu dibayar di kampung halaman.
Namun begitu, dengan melihat kepada ihtiyat iaitu pengawalan atau penjagaan masa, seeloknya pembayaran zakat diselesaikan sehari atau dua mengikut apa yang telah dilakukan oleh para sahabat Nabi S.A.W.
Manakala ulama pula mempunyai dua pendapat tentang tempat membayar zakat. Melalui pendapat yang paling sahih berdasarkan kitab al-Majmuk, Imam Nawawi RA menyatakan lebih elok untuk membayar zakat fitrah pada tempat pembayar zakat mendapatkan pendapatan atau atau di mana tempat pembayar zakat itu menetap walaupun pada ketika waktu wajib membayar zakat ke atas dirinya dia berada di tempat lain.
Zakat fitrah merupakan kefardhuan yang perlu diselesaikan atau dikerjakan oleh individu yang bernama Islam untuk dirinya serta untuk setiap ahli tanggungannya.
Seterusnya, pilihlah waktu-waktu yang lebih awal untuk membayar zakat kerana pada asas tujuan zakat fitrah adalah untuk diagihkan kepada golongan-golongan yang memerlukan, justeru melihat pada realiti semasa, pembayaran zakat lebih awal dapat memudahkan kerja-kerja pengagihan zakat.
Jom juga belajar tentang jenis-jenis zakat yang ada.
Di mana bayar zakat fitrah : ‘Pembetulan’ fatwa Ustaz Azhar – warisan-semasa [30 Julai 2013]. http://warisan-semasa.blogspot.com/2013/07/di-mana-bayar-zakat-fitrah-pembetulan.html