Anda nak renew passport namun tak tahu caranya? Jom kami kongsikan dua cara renew passport yang mudah namun tak ramai tahu. Terdapat dua cara yang boleh anda lakukan iaitu secara manual dengan cara pergi ke mana-mana Pejabat Imigresen atau secara online diwebsite Jabatan Imigresen.

Sumber: Soyacincau

Cara manual di Pejabat Imigresen

Untuk renew passport secara manual di Pejabat Imigresen, berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan iaitu:

  • Pergi ke mana-mana bangunan Pejabat Imigresen atau cawangan UTC (Pusat Transformasi Bandar) berhampiran anda
  • Jangan lupa untuk bawa passport lama dan kad pengenalan anda
  • Ambil nombor giliran dan tunggu nombor anda dipanggil
  •  Apabila sampai nombor giliran anda, serahkan passport lama dan kad pengenalan. Tunggu kakitangan Imigresen isikan maklumat peribadi ke dalam sistem dan database negara
  • Gambar anda akan diambil di kaunter
  • Apabila selesai, sila buat bayaran. Bayaran boleh dibuat secara cash dan juga boleh dibuat menggunakan debit kad atau kredit kad.
  • Passport akan siap dalam masa sejam selepas bayaran dibuat. Jika tak ramai orang atau anda di antara yang terawal sampai, passport anda akan siap sebelum satu jam.

Cara online di website Jabatan Imigresen

Selain renew passport secara manual di Pejabat Imigresen, anda juga boleh lakukan secara online dengan melawati laman web https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport. My Online Passport adalah satu kaedah yang dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada warganegara Malaysia yang ingin membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian melalui internet. Berikut adalah info penting untuk anda:

  • Bayaran boleh dibuat melalui kad kredit atau bayaran terus FPX
  • Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar passport yang disenaraikan dalam sistem. Tarikh dan masa pengambilan passport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat. Makanya bergantung kepada keadaan tersebut namun kebiasaannya permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari yang sama dan permohonan selepas jam 3 petang akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya
  • Gambar passport haruslah memenuhi spesifikasi yang ditetapkan iaitu latar belakang foto berwarna putih tanpa baying, memakai pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada,  tudung kepala atau hijab mesti berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka. Gambar yang dimuatnaik mestilah dalam bentuk softcopy yang diambil oleh kedai gambar profesional. Gambar polaroid tidak akan diterima. Permohonan yang tidak menepati spesifikasi tidak akan diproses dan akan menyebabkan kelewatan serahan passport.
Sumber: Twitter

Untuk renew passport secara online, pastikan anda memenusi terma dan syarat yang berikut:

  • Pemohon mesti berumur 13 tahun keatas yang telah dikeluarkan dengan e-pasport (pasport bercip)
  • Pemohon perlu mengisi maklumat yang benar dan tepat di dalam ruangan yang disediakan dalam sistem. Jika terdapat maklumat palsu, permohonan anda akan ditolak dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 12(1)(c) Akta Pasport 1966 (Akta 150)
  • Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun, hanya penjaga sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara online. Penjaga yang sah perlu hadir di pejabat imigresen semasa pengambilan pasport tersebut atau pasport tidak akan diserahkan
  • Pemohon mesti memuatnaik gambar bersaiz pasport yang terbaharu mengikut spesifikasi yang kam nyatakan diatas
  • Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit atau bayaran debit terus (FPX). Kadar bayaran untuk renew passport secara online adalah RM200 untuk pemohon yang berumur 13 hingga 59 tahun RM 200 dan RM100 untuk yang berumur 60 tahun ke atas
  • Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Wakil tidak dibenarkan
  • Jika anda gagal mengemukakan dokumen yang diperlukan atau tidak dapat hadir sendiri, passport tidak akan diserahkan
  • Buku Pasport mestilah didalam keadaan baik iaitu tidak rosak ,berconteng, atau terkena air
  • Pemohon yang pasportnya hilang atau rosak tidak dibenarkan membuat permohonan secara atas talian
  • Seseorang warganegara yang berada secara tidak sah atau melanggar undang-undang diluar Negara adalah tidak layak untuk membuat permohonan passport baru secara atas talian

 Keperluan Tambahan untuk renew passport secara online:

  • Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan datang bersama penjaga sah yang telah memberi kebenaran
  • Sekiranya pemohon atau penjaga tidak hadir semasa kutipan pasport, pasport tersebut tidak akan diserahkan

Info tambahan:

  • Sekiranya terdapat masalah untuk melakukan bayaran,  anda dinasihati untuk membuat semakan dengan bank kerana proses pembayaran adalah urusan pihak bank
  • Sekiranya terdapat masalah gambar yang telah di muat naik, anda boleh datang ke pejabat JIM untuk mengambil gambar semula di Pejabat Pemungut
  •  Sekiranya keluar mesej ‘Sila Rujuk Pejabat Imigresen’, ini bermaksud permohonan anda tidak boleh dilaksanakan secara online disebabkan oleh sama ada cap jari anda yang tersimpan telah rosak atau tiada dalam rekod dan perlu dilakukan pengambilan semula supaya tidak akan ada masalah dikemudian hari atau anda mungkin tidak memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan diatas, atau mungkin juga maklumat yang dimasukan tidak sama dalam sistem.
Sumber: Amazingnara

Itulah dia info  tentang cara renew passport  yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara renew passpost secara online dan semak bil TNB online.

Rujukan:

1. Jabatan Imigresen Malaysia

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.