Tahniah diucapkan kepada anda yang sudah bersara dan dalam tempoh terdekat untuk bersara. Anda telah menghabiskan separuh hidup anda untuk bangun dari tempat tidur dan bekerja, menguruskan keluarga dan melakukan tanggungjawab untuk negara. Kini adalah masa untuk anda berehat!
Bagaimana jika berasa bosan sepanjang pencen? Ada sesetengah orang berpendapat bahawa dengan pencen, anda akan menjalani peralihan kehidupan yang bahagia dari kehidupan bekerja yang memenatkan selama ini.
Pencen nak buat apa? Berikut adalah aktiviti yang boleh dilakukan setelah anda pencen.
Pesara juga boleh meluangkan masa mereka dengan menjadi sukarelawan. Terdapat banyak peluang yang disediakan sekiranya anda menjadi sukarelawan.
Mungkin dengan menjadi sukarelawan, anda takkan tertanya-tanya “bila pencen nak buat apa?”. Fikirkan dari segi aktiviti, kerja amal dan organisasi mana yang ingin anda bantu.
Kemudian, hubungi organisasi tersebut dan beritahu mereka bahawa anda ingin menjadi sukarelawan mereka. Dengan menjadi sukarelawan, pahala pun dapat. Betul tak?
Waktu pencen nak buat apa, kalau bukan lakukan aktiviti hobi anda. Cari hobi yang bersesuaian dengan jiwa anda. Dengan hobi tersebut, nikmati waktu terluang dengan perkara berfaedah dan tidak membuang masa begitu sahaja.
Tahukah anda, hobi juga boleh buat duit? Ia pasti sesuatu yang lumayan serta boleh mendatangkan duit juga kepada anda secara tidak langsung.
Selain itu, anda juga berpeluang untuk berinteraksi dengan orang lain mengenai perkara yang menarik. Sebagai contoh, berkebun, memelihara ikan keli, menanam bunga dan sebagainya lagi.
Fikirkan mengenai melancong ke tempat yang ingin anda tujui sejakdulu lagi. Dengan melancong, tidak semestinya hanya ke tempat yang jauh-jauh, dalam Malaysia pun banyak tempat yang boleh anda lawati.
Anda boleh melakukan beberapa percutian dalam masa satu tahun. Terdapat banyak tempat menarik di Malaysia yang anda boleh lawati jika pencen nak buat apa pun tak tahu.
Perkhemahan bukan hanya untuk orang muda sahaja tau. Terdapat banyak perkhemahan untuk hampir semua jenis aktiviti yang dilakukan pada usia anda.
Jika anda inginkan sedikit aktiviti lasak, anda boleh membuat perkhemahan di kawasan hutan. Boleh juga bercuti bersama rakan-rakan sebaya.
Pasti perkhemahan menjadi menarik serta menguji kekuatan fizikal dan mental anda. Nak lagi menarik, pada waktu malam adakan satu slot kem unggun api.
Dengan adanya aktiviti perkhemahan juga, pasti anda takkan fikirkan lagi waktu pencen nak buat apa.
Dalam kehidupan yang luas dan unik ini, apa kata anda berkenalan dengan rakan baru? Anda juga akan menjalani kehidupan yang jauh lebih berbeza.
Buat komitmen bagi berhubung dengan orang sekeliling anda yang sebelum ini tidak anda kenali. Buat perjumpaan di warung dan bercakap dengan mereka secara berkala.
Pasti anda akan menemui suatu pengalaman baru nanti. Rakan yang positif akan mempengaruhi anda untuk sesuatu yang baik dan mungkin aktiviti yang boleh anda lakukan bila pencen nanti.
Dalam bidang perniagaan, kita akan oleh imaginasi, minat dan kewangan. Mungkin kita mempunyai idea untuk menawarkan produk atau perkhidmatan yang selama ini anda tidak sempat memasarkannya. Jadi, sekarang adalah masa untuk realisasikan.
Lakukan sesuatu yang anda suka dan berhati-hatilah dalam melaburkan modal. Jangan keluarkan terlalu banyak. Anda boleh dapatkan nasihat dari seseorang yang perniagaannya amat bagus dan boleh dipercayai.
Ramai orang tidak mempunyai masa untuk bersenam ketika mereka masih bekerja dan sering merasa serba kekurangan untuk belajar sesuatu yang baru.
Ramai orang yang mengikuti acara sukan di akhir usia berasa seronok dan mendapat faedah lain seperti kecergasan dan lebih sihat. Antara acara sukan yang boleh dilakukan adalah seperti berbasikal dan berenang.
Sekiranya anda mengikuti sukan yang sukar seperti golf ataupun tenis, pastikan anda tidak terlepas kelas yang telah disediakan. Tak perlu lagi fikir pencen nak buat apa kan!
Keluar dari zon selesa adalah kaedah terbaik untuk tidak berasa bosan semasa bersara dan anda takkan persoalkan bila pencen nak buat apa. Kerana kebosanan yang berlawanan adalah kegembiraan. Cuba sesuatu yang baru adalah kaedah terbaik untuk lebih bersemangat.
Jom buat senarai perkara yang anda minat dan selalu ingin cuba lakukan. Katakan anda menyebutnya sebagai perkara yang ingin dilakukan sejak kecil. Kemudian, anda boleh mula cuba perkara-perkara tersebut.
Jadi, bergantung kepada anda bagaimana cara yang anda ingin lakukan sama ada secara mingguan ataupun bulanan. Jangan biarkan rasa takut menghalang atau membiarkan usia memainkan peranan. Ini adalah persaraan anda, jadi mengapa tidak jadikannya sebagai perkara paling menarik dalam hidup anda!
Haiwan peliharaan akan menjadikan hidup anda lebih menyeronokkan dan anda takkan berfikir bila pencen nak buat apa lagi. Anda benar-benar tidak akan bosan sekiranya mempunyai kucing comel yang selalunya inginkan perhatian anda.
Anda boleh menjaga haiwan kesayangan sendiri atau menjaga haiwan peliharaan orang lain juga jika mereka perlukan bantuan anda. Banyak pemilik haiwan kesayangan mempunyai pekerjaan yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk haiwan mereka.
Tiada masalah jika anda ingin menjaganya bagi memenuhi waktu pencen anda yang terluang.
Semua orang sukakan makanan. Jadi, mengapa anda tidak mencuba mencipt makanan yang paling lazat setiap hari. Dengan hanya beberapa ramuan, anda boleh membuat hidangan yang sangat menyelerakan dan mengisi masa lapang.
Apabila masuk dapur untuk memasak, pasti anda akan sibuk selalu. Dengan itu, tak perlu fikirkan lagi waktu pencen nak buat apa.
Itulah dia aktiviti selepas bersara boleh anda lakukan. Jom baca juga checklist perancangan perkahwinan, cara menyimpan duit gaji, cara buka simpanan tabung haji dan hukum main kutu.