Apabila lihat pengantin baru yang seronok bergambar dan berkongsi gambar mereka di laman Facebook, Instagram dan Twitter, membuatkan kita rasa ingin berkahwin, bukan. Perkahwinan adalah hari bahagia bagi pasangan yang ingin mengikat hubungan mereka dan hidup sehingga ke akhir nafas. Hari yang bahagia ini perlu disambut dengan meriah dan bahagia.

Setelah masuk ke alam perkahwinan, waktu itu kita akan mula rasa tanggungjawab dalam menguruskan hal keluarga dari segi kewangan, kelengkapan rumah dan tanggungjawab isteri dan suami. Selain itu, kita mesti akan mulakan kehidupan baru di rumah sendiri bersama pasangan pilihan.

Pengurusan kewangan waktu ini amat penting kerana kita tidak mahu mempunyai apa-apa masalah kewangan. Sifat dan tabiat buruk yang suka berbelanja perlu dibuang dan digantikan dengan sifat suka berjimat. Ada beberapa panduan asas yang boleh diikuti oleh pasangan yang baru berkahwin.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai panduan asas bagi pasangan yang baru berkahwin dalam pengurusan kewangan. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

Imej via pesonapengantin

Panduan asas bagi pasangan yang baru berkawin dalam pengurusan kewangan

1. Beli rumah yang kecil dahulu

Beli rumah yang selari dengan perkembangan keluarga kau terlebih dahulu. Biar kecil asalkan ada tempat untuk keluarga kau berteduh daripada kau duk menyewa sampai ke tua. Tak payah nak ikut orang. Orang beli rumah banglo, kau pun nak ikut juga. Padahal kau tak tahu berapa gaji dia sebulan.

Kalau isteri bekerja. Gaji isteri guna untuk beli rumah untuk pelaburan. Sekurang-kurangnya kau sekeluarga ada aset untuk masa hadapan.

2. Beli kereta yang kecil dahulu

Belilah kereta yang rendah harganya. Keluarga kau masih kecil, elok beli kereta kecil dulu. Myvi, Axia atau Saga misalnya. Asalkan sampai ke destinasi yang dituju dan selesa untuk isteri dan keluarga kau.

Beli kereta yang sesuai dengan pendapatan kau. Tak payah nak lawan dengan kawan-kawan yang lain. Kebiasaannya kau akan beli lebih daripada dua kereta dalam hidup kau. Kereta pertama kereta terpakai pun okay. Kereta terpakai bukan dosa.

3. Belanja mengikut kemampuan kewangan

Belanja ikut ekonomi kewangan sendiri. Bila kau tengok jiran kau beli kereta baru, kau rasa nak tukar kereta baru. Bila kau tengok kawan Fesbuk kau pergi travel oversea, kau menggelupur nak pergi sama. Jangan begitu. Jangan nak berlagak kaya.

Seeloknya kau tangguh dulu kehendak dan utamakan keperluan. Kalau kau orang ada-ada takpe la. Ikut kau la nak buat apa pun.

4. Elakkan pembiayaan peribadi dan hutang yang tidak perlu

Kalau boleh jangan buat langsung pembiayaan peribadi. Kadar keuntungan bank tinggi. Melainkan hutang yang mampu mengembangkan lagi nilai bersih aliran tunai keluarga kau.

Jangan berhutang semata-mata nak beli perabot dan perkakas elektrik. Duduk bersila bukan dosa. Makan bersila pun berselera juga bila masakan isteri kau sedap. Tidur atas tilam lipat pun lena saja bila tidur berdua.

5. Simpanan untuk masa hadapan

Simpanan setiap bulan yang minima mengikut kemampuan kewangan secara konsisten. Bina tabung untuk masa depan, contohnya tabung pendidikan anak-anak menggunakan tools ASB Financing ataupun Tabung Haji. Tabung untuk kecemasan jangan lupa. Peruntukan juga untuk perlindungan takaful untuk kau sekeluarga. Kau tidak tahu bila kau akan ditimpa musibah.

Simpanan untuk membina aset, simpanan untuk jangka masa sederhana dan panjang. Buat tabung berwarna hijau dan oren untuk memupuk sikap suka menabung.

6. Buat bajet kewangan keluarga

Cuba buat bajet kewangan setiap bulan. Baru kau tahu ke mana aliran wang kau pergi. Bajet kewangan penting untuk kau mengatur kewangan keluarga kau. Senaraikan barang nak beli, semasa mahu ke pasar raya. Jadi kau tidak akan beli benda yang tidak sepatutnya.

7. Jangan ada banyak kad kredit

Kad kredit tak payah ada sampai tiga empat. Kalau suami dah ada kad kredit, isteri tak perlulah ada kad kredit lagi. Bukankah sweet kad kredit isteri guna pastu isteri tolong bayarkan? Eh. Cukuplah satu untuk sekeluarga. Kalau kau bayar separuh je tiap bulan, baik tak payah guna kad kredit.

*Berikut adalah panduan asas dalam pengurusan kewangan bagi pasangan yang baru berkahwin dan ingin memulakan kehidupan baru bersama orang yang tersayang. Pasangan suami isteri perlu membuat bajet keluarga dan perancangan keluarga bagi mengelakkan berlaku masalah kewangan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.