Gaji sikit tidak sampai RM3000 tetapi kita mahu membeli rumah yang berharga RM400,000. Bagaimana mahu membeli rumah dengan gaji yang sikit sebegitu? Mustahil, bukan. Gaji sebulan hanya RM2500 sahaja tanpa ada income yang lain memang susah untuk membeli rumah yang berharga RM400K.

Tetapi, mungkin boleh jika kita tahu cara-caranya untuk mendapatkan rumah yang berharga RM400K. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Apa yang penting kita perlu konsisten dan usaha lebih. Bagaimana?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai membeli rumah dengan gaji RM2500. Info ini dikongsikan oleh Encik Harith Faisal. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai hartanah secara santai. Selain itu, beliau juga selalu memberi motivasi mengenai kewangan untuk anak-anak muda di laman Facebooknya. Tips yang diberikan juga sangat mudah untuk difahami.

Imej via says.com

Cara-cara untuk membeli rumah berharga RM400,000

1. Mula-mula kau kena beli dulu rumah lelong yang kau boleh menang pada harga RM100K, dengan market value RM200K, dengan potensi sewa bulanan RM1200.

2. Bayaran bulanan rumah kau tu kepada bank lebih kurang RM500. Jadi, kau dah ada positive cashflow RM700 kat situ. Sangat-sangat okay.

3. Mana nak dapat rumah macam ni? Cari sampai jumpa. “Saya takda masa nak survey rumah. Saya takda tahu prosedur”. Bro, kalau selera dah besar, alasan kena kurang-kurangkan, usaha kena gigih.

4. Yang kau sewakan RM1200 tu, jangan lupa buat tenancy agreement sekali okay. Supaya dapat dibuktikan sewaan kau tu sebagai additional income. Bank kira 80% saja iaitu RM1200 x 80% = RM960.

5. Jadi, di mata bank, income total kau adalah RM2500 + RM960 = RM3460. Okay sangat tu. Kau rasa-rasa bank boleh luluskan tak rumah idaman harga RM400K kau tu?

6. Kita kira ya. RM3460 x 75% = RM2595. Tolak komitmen rumah pertama tadi, RM2595 – RM500 = RM2095. Bulanan rumah RM400K dalam RM2000. Sipi-sipi boleh lepas tu.

7. Tapi, kalau kau ada komitmen lain macam Honda City, personal loan kahwin, hutang kad kredit lifestyle, kau susahlah nak follow kiraan ni.

*Kiraan yang ditunjukkan oleh Encik Harith ini boleh membuatkan impian untuk membeli rumah berharga RM400K menjadi kenyataan. Tetapi, kita perlu konsisten dan tidak oleh beri banyak alasan. Lagipun, gaji tidak semestinya RM2500 selama-lamanya, bukan. Jika, gaji naik, lagi  mudah urusan untuk membeli rumah. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.