Sebagai seorang wanita, pastinya anda sentiasa menitik-beratkan penampilan diri. Anda sentiasa menjaga pemakaian terutamanya apabila ke pejabat iaitu tempat anda mencari rezeki. Terdapat pelbagai trend pakaian terkini sehingga anda sendiri tidak pasti apakah pakaian yang sesuai untuk anda pilih semasa bekerja.
Jom lihat 10 tips pakaian formal wanita ke pejabat.
Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah pilih pakaian yang kemas dengan bersaiz tepat dengan tubuh badan anda. Pakaian yang kemas adalah sangat penting untuk kelihatan formal di pejabat. Di antara pakaian yang boleh anda gayakan ialah:
Selain itu pastikan juga anda memakain pakaian dengan saiz yang tepat. Baju yang kecil akan kelihatan ketat pada badan anda sementara baju yang terlalu besar akan kelihatan tidak sesuai pada badan anda.
Jangan berpakaian terlalu seksi dan menjolok mata apabila ke pejabat. Ia bukan sahaja akan menyebabkan anda tidak kelihatan formal malah akan mengurangkan kredibiliti dan tahap keprofesionalan anda.
Bersolek akan membantu menaikkan seri wajah anda namun solekan yang keterlaluan adalah tidak sesuai untuk ke pejabat. Untuk kelihatan formal, anda boleh pilih solekan jenis neutral atau nude. Ia bukan sahaja kelihatan ringkas, malah akan membuatkan anda kelihatan lebih profesional. Elakkan menggunakan pemerah bibir, pemerah pipi, dan eye shadow dengan warna yang terlalu terang. Elakkan juga solekan mata jenis smokey eye.
Pakaian dengan warna yang neutral dan tidak terlalu terang akan membuatkan anda kelihatan profesional. Elakkan daripada memakai pakaian dengan warna yang terlalu terang seperti merah dan jingga. Ia bukan sahaja akan membuatkan anda kelihatan tidak profesional malah akan menyebabkan konsentrasi pekerja yang lain terganggu akibat warna yang terdapat pada badan anda.
Jika anda memakai baju kurung, kebiasannya akan terdapat pelbagai warna dibadan anda. Tambahan lagi jika anda memadankan dengan tudung yang berwarna berbeza. Untuk kelihatan profesional, elakkan daripada menggunakan lebih daripada tiga warna dalam satu masa. Oleh itu, semasa anda mengenakan pakaian, kira ada berapa warna pada pakaian anda.
Baju dengan fabrik yang berkilat seperti satin tidak sesuai dipakai ke pejabat. Ia akan menyebabkan anda kelihatan seperti pengantin, bukannya mahu datang bekerja. Sebaiknya pilih fabrik yang lembut, selesa dan beralun seperti:
Jika anda mahu kelihatan profesinal semasa di pejabat, sebaiknya elakkan daripada memakai baju dengan motif floral, terutamanya bagi baju kurung. Untuk kelihatan formal, anda boleh pakai baju kosong. Begitu juga dengan pemilihan warna. Untuk kelihatan profesinal, baju berwarna putih, hitam, kelabu dan coklat adalah yang terbaik untuk anda.
Aksesori yang keterlaluan akan menyebabkan anda kelihatan tidak formal, malah tidak sesuai untuk dipakai ke pejabat. Di antara aksesori yang keterlaluan ialah seperti:
Apabila ke pejabat, pastikan anda memakai deodoran dan minyak wangi agar anda sentiasa berada dalam keadaan harum dan tidak mengeluarkan bau badan yang terlalu kuat. Namun pastikan anda tidak memakai minyak wangi dengan bau yang terlalu kuat atau menyembur terlalu banyak minyak wangi ke badan anda. Pemakaian minyak wangi yang sesuai ialah sekadar baunya boleh dihidu oleh anda dan mereka yang memeluk anda.
Jika mereka yang berada di sekeliling boleh menghidu bau minyak wangi anda, itu bermakna anda memakai minyak wangi dengan bau yang terlalu kuat atau telah menyembur terlalu banyak minyak wangi. Begitu juga halnya jika anda meninggalkan bau apabila lalu di satu kawasan atau apabila keluar dari lif.
Tips terakhir pakaian formal wanita ke pejabat yang ingin kami kongsikan pada hari ini ialah pemilihan kasut yang sesuai. Kasut yang terbaik untuk anda ialah kasut kerja berwarna hitam, kelabu atau coklat. Pastikan ia tidak terlalu tinggi dan tidak berbunyi apabila anda berjalan.
Untuk kelihatan formal, anda perlu mengelakkan daripada memakai kasut jenis berikut:
Itulah dia info tentang 10 tips pakaian formal wanita ke pejabat yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang tips jimat duit dan isu disiplin pekerja