Menubuhkan perniagaan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi bagi menjayakan perniagaan. Dalam perniagaan, ada turun naiknya. Jadi, kita memerlukan banyak kesabaran dan ketabahan dalam perniagaan.
Namun, ada nasihat dari pakar yang boleh anda terima dan lakukan untuk perniagaan anda. Apakah nasihat tersebut?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 nasihat mahl untuk businessman dan business woman. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.
1. Tak kira samada you bisnes apa sekalipun semuanya kena ada Leadership. Kajian menunjukkan banyak bisnes tak boleh bertahan lebih 5 tahun akibat masalah Leadership
2. Dunia bisnes sekarang tak macam zaman 90an dulu. Bisnes sekarang dah masuk ke fasa VUCA. Zaman sekarang penuh dengan Volatility, Uncertainty, Complexity dan Ambiguity. Yang ni semua orang bisnes kena tahu tak kiralah dropship, agent ataupun stokis. Semua wajib tahu!
3. Semua orang bisnes kena belajar untuk cipta Safe Environment untuk orang sekeliling. Kena belajar macam mana nak kawal mimik & microexpression muka dan kena belajar bagaimana nak bagi orang rasa selamat untuk suarakan pendapat mereka.
4. Kena belajar bagaimana Nabi SAW amalkan safe environment ni pada sahabat sahabat baginda. Baginda buat sistem Syura dan baginda dengar pendapat semua sahabat baginda walaupun mungkin baginda dah tahu perkara tersebut. Ini membuatkan para sahabat merasa selamat dan mereka boleh jadi lebih kreatif memberikan pendapat dan idea.
5. Cara kita layan staff kena mengikut personaliti setiap staff kita. Tak boleh pukul rata semua. Setiap orang mempunyai personaliti dan perwatakan berbeza jadi approach pun kena berbeza.
6. Bagi peluang untuk staff kita grow. Jangan terus expect staff kita ni sempurna. Mereka adalah aset syarikat. Sabar, sabar dan sabar.
7. Tolong jadi kaya raya dan kuasai ekonomi Malaysia. Kita nak ekonomi Malaysia dikuasai oleh orang yang baik dan beriman. Pertahanan paling ampuh untuk ekonomi Malaysia adalah anda semua.
*Berikut adalah nasihat-nasihat yang diberikan oleh pakar. Ingat, dalam perniagaan ada naik turunnya, bukan semua perniagaan akan berjaya untuk kali pertama. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.