Jm ketahui perbezaan MRTT VS MLTT.

Apabila membeli rumah baru, terdapat pelbagai perkara yang anda pelu pertimbangkan sebelum membuat sebarang keputusan. Bukannya sekadar melihat harga jualan semata-mata. Di antara perkara lain yang perlu anda pertimbangkan ialah:

  • Kos guaman
  • Kos utility
  • Cukai
  • Insurans

Insurans atau perlindungan rumah ialah di antara yang paling kurang diambil tahu oleh pembeli rumah di Malaysia. Kebanyakan pembeli hanya menyerahkan kepada pihak peguam atau bank untuk menentukan jenis perlindungan untuk rumah yang dibeli. Kami akan kongsikan perbezaan di antara insurans rumah: MRTT VS MLTT.

Apakah MRTT dan MLTT?

MRTT ialah singkatan untuk Mortgage Reduction Term Takaful sementara MLTT pula ialah singkatan untuk  Mortgage Level Term Takaful. MRTT dan MLTT adalah perlindungan Takaful yang patuh syariah dengan tujuan untuk memberikan perlindungan dan dalam masa yang sama memberikan bantuan kewangan semasa anda memerlukannya.

Apakah MRTT?

MRTT atau Mortgage Reduction Term Takaful adalah produk insurans Takaful yang direka khas untuk menyediakan sokongan kewangan kepada anda sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti kecacatan kekal atau kematian sepanjang kontrak. Namun kadar perlindungan adalah berdasarkan tempoh. Semakin pendek tempoh, semakin kurang perlindungan yang diberikan. Ini bermakna, semakin berkurangan pinjaman perumahan anda, semakin kurang perlindungan yang anda akan dapat.

Untuk perlindungan insurans jenis MRTT,  bayaran boleh dibuat sekaligus semasa pembelian. Malah anda boleh membayar dengan pinjaman perumahan yang dibuat. Sekiranya berlaku kematian, MRTT akan membayar baki jumlah pinjaman perumahan anda. Dalam masa yang sama MRTT juga member perlindungan ke atas kes kecacatan kekal di mana anda tidak boleh bekerja lagi.

Apakah MLTT?

MLTT atau Mortgage Level Term Takaful  adalah perlindungan insurans yang direka untuk memberikan jaminan kewangan kepada keluarga anda  sekiranya terjadi kes kematian atau kecacatan kekal. Sama seperti MRTT namun perbezaannya ialah jumlah perlindungan yang diberikan adalah sama untuk sepanjang tempoh pinjaman perumahan. Ia tidak akan berkurang atau bertambah.

Sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal, MLTT akan membayar baki pinjaman perumahan anda. Dan baki daripada jumlah yang sudah dibayar kepada insurans akan diberi terus kepada penerima manfaat (beneficiary). Bayaran untuk MLTT boleh dibuat setiap bulan sepanjang tempoh pinjaman perumahan.

Apakah beza di antara MRTA dan MRTT? MRTT VS MLTT

Sumber: Uthincmag

Pastinya anda tertanya-tanya apakah beza di antara MRTA dan MRTT? Memandangkan MRTA adalah insurans yang popular di kalangan pembeli rumah di Malaysia. Untuk pengetahuan anda, MRTA bermaksud ‘Mortgage Reducing Term Assurance’. MRTT dan MRTA adalah produk yang sama Cuma bezanya MRTT adalah produk Takaful sementara MRTA adalah produk konvensional. Kedua-duanya memberikan perlindungan yang sama.

Apakah beza di antara MTLA dan MLTT?

MLTA ialah ‘Mortgage Level Term Assurance’  adalah sama seperti MLTT Cuma bezanya MTLA ialah produk konvensional dan MLTT pula adalah produk Takaful yang berasaskan syariah.

Apakah kelebihan dan kekurangan MRTT dan MLTT?

Adalah sangat penting untuk anda mengetahui apakah kelebihan dan kekurangan bagi kedua-dua perlindungan insurans Takaful ini agar anda boleh membuat keputusan dan memilih perlindungan yang terbaik untuk anda. Berikut adalah kelebihan dan kekurangan kedua-duanya untuk panduan anda:

  • Perlindungan. Kedua-dua MRTT dan MLTT memberikan perlindungan kepada rumah anda daripada sebarang kecelakaan seperti kebakaran dan kemalangan.
  • Kematian dan kecacatan kekal. Kedua-dua MRTT dan MLTT memberikan perlindungan untuk kematian dan cacat kekal di mana anda tidak lagi boleh bekerja.
  • Jumlah perlindungan. Di sini terdapat perbezaan di antara MRTT dan MLTT. Bagi MRTT, jumlah perlindungan adalah berubah-ubah sepanjang tempoh pinjaman perumahan. Semakin pendek tempoh pinjaman, semakin berkurangan perlindungan yang diberikan kepada anda sementara bagi MLTT, jumlah perlindungan adalah sama dan kekal sepanjang tempoh pinjaman perumahan.
  • Kaedah bayaran premium. Untuk MRTT, bayaran premium insurans boleh dibayar sekaligus semasa pembelian rumah dibuat. Anda boleh membayar premium ini dengan pinjaman perumahan sama ada secara penuh atau separuh. Sementara untuk MLTT pula, bayaran premium dibayar setiap bulan dengan menggunakan wang anda.
  • Sekiranya berlaku kematian atau anda mengalami cacat kekal yang menghalang anda daripada bekerja, untuk MRTT, baki pinjaman akan dibayar kepada bank atau institusi kewangan yang memberikan pinjaman perumahan kepada anda. Manakala bagi MLTT pula, sekiranya anda meninggal dunia atau mengalami cacat kekal, baki pinjaman akan dibayar kepada bank atau institusi kewangan yang berkenaan dan bakinya juga akan dibayar kepada penerima manfaat atau beneficiary.
  • Kos bayaran premium. Bagi MRTT, bayaran boleh dibuat secara sekaligus semasa pinjaman dibuat dan jumlah bayaran akan mengikut nilai pinjaman yang berkurangan. Maka kos bayaran premiumnya adalah lebih rendah. Sementara bagi MLTT pula, bayaran premium adalah sama bagi setiap bulan dan lebih mahal berbanding MRTT.
  • Nilai perlindungan. Bagi MRTT nilai perlindungan akan berkurangan apabila tempoh pinjaman berkurangan, sementara bagi MLTT nilai perlindungan adalah sama sepanjang tempoh pinjaman. Mungkin ini akan menjadi faktor penentu dalam anda membuat pilihan di antara MRTT dan MLTT.
Sumber: GFGProperty

Itulah dia info tentang insurans rumah: MRTT VS MLTT yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang perbezaan Takaful dan insurans dan jenis insurans

Rujukan:

  1. Property Guru

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.