Duit gaji sudah kita gunakan untuk membayar pinjaman perumahan, penjagaan kesihatan, perbelanjaan kereta, makanan dan lain-lain lagi, justeru menyimpan duit gaji RM 1,000 ke akaun simpanan terasa seperti agak mustahil.

Tambahan pula jika kita peruntukkan sejumlah wang untuk disimpan, duit gaji RM 1,000 pasti tetap tidak mencukupi bagi perbelanjaan harian kita.

Agak sukar untuk berjimat cermat bagi perbelanjaan yang tidak dijangka ataupun kecemasan yang bakal berlaku tiba-tiba masa. Namun, simpanan jugalah berfungsi untuk mencukupkan kita di kemudian hari.

cara simpan duit gaji rm1000
Imej via [suara]

Hampir 90%  individu yang bergaji RM 1,000 tidak mempunyai simpanan kerana wang mereka peroleh tidak mencukupi. Adakalanya komitmen mereka lebih besar daripada gaji mereka.

“Dengan gaji seribu, mana boleh simpan”.

“Mustahil nak boleh simpan duit gaji seribu. Kalau ada pun, dua-dua laki bini kena kerja”. 

Pemikiran sedemikian salah sebenarnya. Tahukah anda, terdapat banyak cara menyimpan duit gaji RM1,000 yang tidak diketahui ramai. Mari kami bongkarkan.

Cara Menyimpan Duit Gaji RM 1,000

Ramai pekerja yang berpendapatan rendah mempunyai matlamat yang sukar dicapai iaitu ingin menyimpan wang yang banyak, namum akhirnya gagal dek kerana mereka perlu memenuhi keperluan seharian. 

Mustahil bagi individu yang bergaji RM1,000 untuk membuat simpanan dan mewujudkan jaring keselamatan kewangan. Walaupun ia nampak begitu sukar, dengan disiplin yang cukup dan teknik penjimatan serta penyimpanan wang yang tepat, matlamat ini mungkin dapat dicapai. 

cara simpan duit gaji rm1000
Imej via [ilabur]

Berikut adalah beberapa cara untuk menyimpan duit gaji RM1000.

  • Uruskan kewangan dan gaji yang anda terima
  • Elakkan hutang piutang dan selesaikannya segera
  • Ikuti tips penjimatan yang tepat
  • Gunakan kaedah penyimpanan wang dengan efektif

1. Beli Hanya Bila Perlu

Selalunya godaan membeli barang yang tidak perlu juga menjadi salah satu faktor kegagalan menyimpan duit gaji RM1,000. Ia mungkin terjadi dalam bentuk tekanan rakan sebaya atau orang sekeliling kita yang mempengaruhi kita dan suka menghabiskan wang dengan begitu sahaja. 

Pengaruh dari mereka akan membuatkan anda terpaksa membeli barang yang mahal dan tidak ada kegunaannya. Anda sendiri perlu tegas dan berdisiplin dalam menggunakan wang gaji anda.  

Apabila perlu membeli, belilah dari kedai eco atau kedai yang menawarkan harga barangan paling murah.  Dengan membeli apabila perlu dan memilih barang murah, pasti anda akan dapat menyimpan duit gaji RM1,000.

2. Gunakan Anggaran Sifar

Anggaran jumlah sifar bermaksud anda perlu menyusun anggaran kewangan dengan cara yang setiap wang yang dikeluarkan mempunyai tujuan yang ditetapkan sebelum mendapat gaji. Bermula dari sekarang, fikirkan apa yang akan digunakan untuk gaji RM1,000 tersebut. 

Sekiranya ada wang yang tersisa setelah anda berbelanja, tetapkannya menjadi simpanan seperti dana persaraan atau dana kecemasan.  Dengan mempunyai rancangan bagi setiap sen wang sebelum masuk ke akaun bank, anda dapat mengelakkan daripada membuang wang dalam lubang hitam yang merupakan perbelanjaan yang tidak dirancang. 

Ini juga akan menjejaskan cara menyimpan duit gaji RM1,000 anda sekiranya setiap sen tidak dirancang dengan sebaik mungkin

3. Simpanan Automatik

Lakukan simpanan automatik adalah salah satu cara menyimpan duit gaji RM1,000 dan kaedah terbaik bagi menjimatkan wang. Cuba bayangkan, sebelum gaji masuk ke akaun anda, 10% daripada jumlah gaji tersebut telah dipotong dan dimasukkan ke dalam akaun simpanan anda. Pastinya anda terpaksa menyesuaikan diri dengan jumlah wang yang lebih sedikit dan akan cenderung untuk berjimat cermat.

Dengan sedikit kepintaran dan kawalan diri dalam mengorbankan pembelian yang tidak bernilai bagi anda, simpanan duit gaji RM1,000 tidak lagi mustahil. Siapa kata tak boleh.

cara simpan duit gaji rm1000
Imej via [google]

4. Jauhi Hutang

CreditCards.com melaporkan bahawa kadar faedah purata kad kredit adalah 17.65% pada bulan Mac 2019.

Sekiranya anda berhutang dengan kad kredit sebanyak RM 200 setiap bulan dan dikenakan faedah sebanyak 17.65%, cuba anda bayangkan setahun anda telah membayar sebanyak RM423.60 kepada syarikat kad kredit tersebut. Fuh, banyaknya!

Dengan mengelakkan hutang dan berusaha membayar hutang dengan cepat, anda boleh masukkan wang ini sebagai simpanan setelah segala hutang piutang dilangsaikan. Jadi, penting untuk kita menjauhi hutang, tak mustahil juga cara menyimpan duit gaji RM1,000 anda akan berjaya.

5. Pastikan Kos Sewaan Rendah

Kita mungkin telah membaca nasihat kewangan yang mengatakan, ‘Berhenti membeli pakaian baru setiap bulan’ atau ‘Jangan beli kopi latte mahal setiap hari’.  Akan tetapi, bagi kita yang bekerja dalam pekerjaan yang bergaji rendah, kata-kata tersebut kurang sesuai buat kita.

Jelas kita tidak membelanjakan banyak wang untuk barang yang tidak penting kerana gaji kita hampir tidak menanggung perbelanjaan asas bulanan kita. Oleh itu, lihat semula apakah perbelanjaan asas tersebut dan kenal pasti apakah kita dapat menurunkannya kosnya. 

Sebagai contoh, kita boleh mengurangkan kadar kos sewa dengan menetap bersama rakan sebilik, tinggal bersama ahli keluarga atau berpindah ke bahagian bandar yang lebih murah kos sewaannya. 

Sekiranya kos sewaan boleh diturunkan, masukkan perbezaan setiap bulan ke dalam akaun simpanan anda. Lihat dan kaji perbezaannya. Mudah-mudahan ini juga menjadi salah satu cara menyimpan duit gaji RM1,000 yang berkesan untuk anda.

6. Simpan Wang Lebihan 

Sekiranya anda tidak dapat menyimpan sebahagian daripada gaji biasa, mungkin lebih mudah untuk anda menyimpan wang tambahan yang diterima pada masa akan datang. Mana tahu, rezeki dapat duit dari kerajaan, duit kutu atau lain-lain, maka simpanlah! 

Masukkan pengembalian cukai terus ke dalam akaun simpanan anda agar anda tidak perlu memikirkan cara membelanjakan wang tambahan tersebut.

Sebagai contoh, jika syarikat anda bekerja memberikan bonus setengah tahun atau tahunan sebanyak RM 300, gunakanlah ia sebagai salah satu cara menyimpan duit gaji RM1,000 dengan jayanya.  Dalam masa 5 tahun, anda sudah memperolehi simpanan tambahan sebanyak RM1,500 secara pejam mata.

cara simpan duit rm1000
Imej via [mediavaganza]

7. Gunakan Kad Debit

Salah satu cara menyimpan duit gaji RM1,000 adalah dengan membeli barang menggunakan kad debit dan bukannya kad kredit. Secara automatiknya, anda akan keluarkan wang sebanyak yang anda perlukan sahaja dan tidak lebih.  Jika ada tunai di tangan, pasti anda akan cenderung untuk menghabiskan duit yang ada. 

8.  Duit Khas 

Teknik lain untuk menyimpan duit gaji RM1,000 adalah sekiranya berlakunya keinginan untuk berbelanja pada barang yang tertentu, tunggu sehingga seminggu sebelum anda membuat pembelian tersebut. 

Apabila anda melihat barang yang ingin dibeli, masukkan wang tersebut ke dalam akaun simpanan anda. Kemungkinan selepas seminggu, dorongan untuk berbelanja akan hilang dan anda akan terdorong untuk menyimpan wang tersebut dalam tabung simpanan anda.

 9. Platform Simpanan Terbaik

Walaupun gaji cuma RM1,000, penting untuk kita mempunyai platform yang benar-benar berkesan.  Sebagai contoh, gunakan akaun tabung haji atau ASB untuk menyimpan.

Secara tidak langsung, anda telah melabur dan bakal memperoleh dividen. Dengan dividen tersebut, bolehlah dijadikan simpanan untuk jangka masa panjang.

10. Simpan Paksa Rela

Dengan melaksanakan simpanan paksa rela ini, secara tidak langsung anda akan mempunyai wang simpanan bulanan. Sebagai contoh, pergi ke bank dan daftar ASB simpanan bulanan (pinjaman) dimana automatiknya simpanan akan diasingkan ke akaun ASB anda.

Anda boleh memilih untuk menyimpan sekurang-kurangnya RM 54 sebulan atau lebih banyak dari jumlah tersebut. Mudahkan? Dapat dividen pula tu.

Itulah dia 10 cara menyimpan duit gaji RM1,000, mudah sebenarnya. Jom baca juga Simpanan Tabung Haji, Cara Jana Pendapatan Tambahan, Hukum Main Kutu dan Punca Masalah Kewangan Selepas Berkahwin.

Rujukan:

  1. 4 Easy Ways To Save Money When You Work A Low-paying Job https://www.hcareers.com/article/career-advice/4-easy-ways-to-save-money-when-you-work-a-low-paying-job
  2. 7 ways to save money on a low income https://clark.com/personal-finance-credit/save-money-low-income/
  3. 5 tips for saving money when you have low income. https://moneyning.com/motivation/5-tips-for-saving-money-when-you-have-low-income/
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.