Wang adalah perkara yang paling utama dibahaskan oleh para pasangan. Maka, tidak hairanlah jika konflik berkaitan wang sering disebut sebagai masalah kewangan dalam keluarga yang paling besar.

Jadi, jom kita ketahui 12 masalah kewangan dalam keluarga kena elak dari berlaku untuk pasangan. Elak masalah ini, maka kita juga dapat elak daripada berlakunya pergaduhan.

masalah kewangan dalam keluarga
Imej via [travelogisma]

1. Perbelanjaan Yang Melebihi Anggaran

Apabila seseorang itu berkahwin dan menggabungkan pendapatan mereka bersama pasangan mereka, mereka mungkin merasa hebat dari segi kewangan.

Namun, mereka pasti akan mengalami masalah daripada perbelanjaan yang tidak teratur. Keadaan ini akan membuatkan mereka akan dipenuhi hutang, tanpa mengira berapa banyak wang yang mereka hasilkan.

Dari penelitian seorang pakar kewangan mengatakan, mereka yang menjana pendapatan enam angka sering berhutang kerana mereka cenderung membelanjakan lebih banyak daripada apa yang mereka hasilkan.

Contoh terbesar adalah membeli terlalu banyak rumah dan kereta. Seelok-eloknya, kita haruslah membelanjakan tidak lebih daripada 25% daripada kewangan yang ada untuk mengurangkan masalah kewangan dalam keluarga.

2. Hutang Kad Kredit

Hutang kad kredit yang banyak merupakan salah satu faktor punca terjadinya masalah kewangan dalam keluarga yang perlu dielakkan.

Biasanya ia terjadi akibat pembelian tanpa kawalan dan sebagainya. Jadi, bagi anda yang sudah berkeluarga elakkan menggunakan kad kredit secara berterusan.

3. Berbelanja Mengikut Hawa Nafsu

Sama ada anda berada dalam keadaan kewangan yang selesa atau yang teruk, kebanyakan pasangan akan bersetuju bahawa pembelian utama harus dilakukan melalui perbincangan.

Namun apa yang berlaku adalah ramai yang berbelanja tanpa membuat perbincangan dengan pasangan masing-masing. Jadi, pastikan sebelum membuat perbelanjaan sila berbincang terlebih dahulu dengan pasangan kerana ianya juga boleh menjadi masalah kewangan dalam keluarga.

masalah kewangan dalam keluarga
Imej via [bondamiza]

4. Berbelanja Terlalu Banyak Untuk Majlis Perkahwinan

Anda layak mendapat perkahwinan yang hebat, tetapi anda juga berhak mendapat kewangan kehidupan perkahwinan yang hebat selepas majlis.

Sekiranya anda berdua memilih untuk menghabiskan banyak wang untuk perkahwinan sehingga anda tidak dapat membeli rumah yang anda mahukan selepas itu, maka bersedialah untuk hidup dengan pelbagai masalah kewangan kerana wang yang tidak mencukupi.

Rancanglah majlis perkahwinan dengan cara yang sederhana untuk mengelakkan terjadinya masalah kewangan dalam keluarga bagi anda yang baru nak berkahwin.

5. Perbelanjaan Kesihatan Dan Perubatan

Apa yang akan berlaku sekiranya anda mengalami kemalangan dan tidak boleh bekerja untuk jangka masa yang panjang? Pendapatan anda boleh menurun sekitar 40 peratus atau mungkin lebih rendah.

Selain pengurangan pendapatan, anda mungkin akan menanggung perbelanjaan perubatan tambahan seperti ubat, fisioterapi, dan banyak lagi.

Amat menakutkan untuk memikirkan penyakit utama atau kematian pasangan, tetapi perkara ini boleh berlaku. Itulah sebabnya lebih baik mempersiapkan diri dengan insurans hayat, insurans hilang upaya dan sebagainya supaya masalah kewangan dalam keluarga dapat dielakkan.

6. Perbelanjaan Pendidikan

Rata-rata pelajar mengambil masa diantara 9 hingga 15 tahun untuk menghabiskan pengajian mereka sepenuhnya. Tahukah anda purata anggaran kos keseluruhan perbelanjaan pengajian adalah sekitar RM50 ribu untuk graduan universiti dan sebagainya.

Bagi anda yang mempunyai anak ramai, pasti kosnya berlipat kali ganda kan?Sekiranya anda belum mempunyai anak yang bersekolah, berita baiknya ialah anda masih mempunyai masa untuk menyimpan wang untuk pendidikan anak anda kelak.

Ingatlah, tanpa perancangan perbelanjaan pendidikan anak, ia pasti akan menjadi masalah kewangan dalam keluarga kelak.

masalah kewangan dalam keluarga
Imej via [buletindaily]

7. Penurunan Kadar Pendapatan Atau Gaji

Penurunan pendapatan atau gaji juga merupakan salah satu penyebab berlakunya masalah kewangan dalam keluarga. Mungkin ada dalam kalangan kita yang selesa dengan gaji yang banyak tetapi harus diingatkan bahawa berkemungkinan pendapatan akan berkurang sekiranya terjadi masalah di tempat yang anda bekerja.

Dalam ekonomi hari ini, kita akui pekerjaan amat sukar dicari dan anda mungkin terpaksa berhadapan dengan masalah kewangan dalam keluarga sekiranya perkara tersebut terjadi. Pastikan anda dapat membuat simpanan sebanyak 3 hingga 6 bulan gaji anda untuk dijadikan sebagai dana kecemasan.

Sekiranya anda mengalami penurunan pendapatan, mungkin kesannya tidak akan memberi impak terhadap kewangan keluarga anda. Malangnya, masih ramai lagi orang yang tidak membuat simpanan kecemasan untuk mengelakkan perkara ini terjadi.

8. Kedatangan Cahaya Mata

Kita akui bahawa kedatangan cahaya mata adalah sesuatu saat yang dinanti-nantikan oleh semua pasangan yang sudah berkahwin. Namun tahukah anda, tanpa perancangan yang teratur ia juga boleh menjadi masalah kewangan dalam keluarga.

Pastikan anda membuat rancangan keluarga kerana kestabilan dan kegembiraan anak-anak terletak pada anda berdua. Namun, sekiranya anda masih lagi mencari-cari sumber kewangan yang kukuh, cuba lewatkan sedikit rancangan untuk menimang cahaya mata.

Perbelanjaan mereka perlu diambil kira sejak masih bayi sehinggalah ke universiti. Kejadian konflik rumah tangga kerana tidak mampu membiayai keperluan anak-anak adalah satu perkara yang amat menyedihkan buat kita semua.

9. Tiada Simpanan

Masalah kewangan dalam keluarga juga boleh terjadi akibat tiada simpanan secara tetap secara bulanan.

Pastikan anda membuat simpanan sebanyak yang mungkin setiap bulan untuk bersiap sedia sekiranya terjadi masalah kewangan kelak. Lebih baik membuat simpanan pada awal hari agar tidak dibelenggu oleh hutang kelak.

masalah kewangan dalam keluarga
Imej via [infosantai]

10. Wang Untuk Ibu Bapa

Selalunya orang menganggap pemberian wang kepada ibu bapa setiap bulan adalah satu masalah kewangan dalam keluarga kerana akan mengurangkan perbelanjaan bulanan mereka.

Namun sekiranya ia diuruskan dengan sebaik mungkin, pasti wang anda akan mencukupi. Ingatlah, ada hikmah yang besar apabila sentiasa menjaga kebajikan orang tua dan mertua anda.

11. Tiada Wang Persaraan

Tidak mempunyai waang persaraan merupakan masalah kewangan dalam keluarga yang harus anda fikirkan apabila sudah bersara kelak. Ramai para pesara yang sangat menyesal kerana tidak menyimpan wang semasa waktu pekerjaannya.

Bagi anda yang hampir dengan bersara, jangan risau kerana anda masih ada waktu lagi untuk membuat simpanan anda. 

12. Tidak Mampu Untuk Membayar Bil Dan Sebagainya

Pernahkah anda rasakan bahawa tidak mampu membayar bil dan keperluan yang lain juga adalah penyumbang kepada masalah kewangan dalam keluarga?

Sememangnya ia juga antara faktor yang dapat membawa anda kepada hutang yang tinggi. Jadi, seelok-eloknya bagi anda dan pasangan yang bekerja membahagikan bil sama rata untuk mengurangkan beban masing-masing. 

Kesimpulannya, masalah kewangan dalam keluarga boleh dicegah sekiranya setiap pasangan mengamalkan sikap bantu membantu di antara satu sama lain serta mempunyai cara buat simpanan yang banyak.

Jom baca juga senarai hitam bank, kegunaan lain ubat gigi, cara mulakan perniagaan makanan dan deco dapur kecil.

Rujukan

  1. Inilah 6 Punca Kewangan Keluarga Boleh Merosot, Cepat Tangani Kalau Tak Nak Timbul Masalah! https://www.pesonapengantin.my/inilah-6-punca-kewangan-keluarga-boleh-merosot-cepat-tangani-kalau-tak-nak-timbul-masalah/
  2. 5 Leading Causes of Financial Problems (and What To Do About Them) https://www.solveyourdebts.com/blog/5-leading-causes-of-financial-problems-and-what-to-do-about-them/
  3. The 12 biggest money-related reasons people get divorced https://www.businessinsider.com/divorce-money-issues-financial-relationship-couple-2019-7
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.