Susut nilai adalah satu kaedah perakaunan untuk memperuntukkan kos aset nyata atau fizikal ke atas tempoh penggunaannya (useful life) atau jangkaan tempoh penggunaannya. Susut nilai mewakili berapa banyak nilai aset yang telah digunakan. Aset yang susut nilai membantu syarikat mendapatkan hasil daripada aset sementara membelanjakan sebahagian daripada kos aset tersebut pada setiap tahun aset tersebut digunakan. Sekiranya susut nilai aset tidak diberi perhatian, ia boleh menjejaskan keuntungan syarikat.

Syarikat-syarikat boleh menyusut nilai aset jangka panjang untuk tujuan cukai dan perakaunan. Sebagai contoh, syarikat-syarikat boleh mendapatkan potongan cukai untuk kos aset-aset tersebut, yang bermaksud ia mengurangkan pendapatan boleh cukai. Walau bagaimanapun, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyatakan bahawa apabila menyusut nilai aset, syarikat mesti mengagihkan perbelanjaan dari masa ke semasa. LHDN juga mempunyai peraturan tentang bila sesebuah syarikat boleh mendapatkan potongan.

Selain itu, susut nilai merupakan persetujuan perakaunan yang membolehkan sesebuah syarikat menghapuskan nilai aset dalam satu tempoh masa, biasanya masa penggunaan aset. Aset-aset seperti jentera dan peralatan adalah lebih mahal. Oleh itu, daripada menampung keseluruhan kos aset tersebut pada tahun pertama, menyusut nilai aset tersebut membolehkan syarikat mengagihkan kos tersebut dan menjana pendapatan daripada aset tersebut.

Di samping itu, susut nilai juga digunakan untuk menjelaskan penurunan dalam nilai dibawa (carrying value) dari masa ke semasa. Nilai dibawa mewakili perbezaan antara kos asal dan susut nilai terkumpul untuk tahun-tahun tersebut.

Selain itu, setiap syarikat mungkin menetapkan amaun ambang (threshold) mereka sendiri untuk memulakan penyusutan nilai aset tetap atau hartanah, kilang dan peralatan. Sebagai contoh, sebuah syarikat kecil mungkin menetapkan RM500 ambang apabila ia menyusut nilai aset. Sementara itu, sebuah syarikat yang lebih besar boleh menetapkan RM10,000 ambang, di mana kesemua pembelian dibelanjakan serta-merta.

Keseluruhan pembayaran tunai pada awalnya boleh dibayar setelah aset dibeli, sebaliknya perbelanjaan direkodkan secara berperingkat untuk tujuan laporan kewangan kerana aset memberi manfaat kepada syarikat dalam tempoh masa yang panjang. Oleh itu, susut nilai dianggap sebagai caj bukan tunai kerana ia tidak mewakili aliran keluar tunai sebenar. Walau bagaimanapun, caj susut nilai masih mengurangkan pendapatan syarikat, yang mana sangat berguna untuk tujuan percukaian.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.