Siapa yang taknak kaya? Pastinya setiap orang mengimpikan untuk memilik wang ringgit dan harta yang melimpah-ruah. Tidak perlu berfikir panjang untuk berbelanja. Tidak perlu pening kepala memikirkan tentang hutang. Boleh bercuti ke mana sahaja yang diingini. Adakah ianya sesuatu yang mustahil? Tidak. Anda juga boleh jadi seorang yang kaya. Jom kami kongsikan macam mana nak kaya, lima cara yang terbukti berkesan boleh anda amalkan.

1. Ubah cara hidup

Kalau nak kaya, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah dengan mengubah cara hidup. Kalau selama ini anda cuma berlagak seperti orang kaya, tiba masanya untuk anda betul-betul jadi kaya. Apa yang kami maksudkan dengan tidak berlagak seperti orang kaya tapi betul-betul jadi kaya? Lihat cara hidup anda. Jika selama ini:

  1. Anda selalu menghabiskan duit makan di tempat yang mahal dan viral seperti boba drink atau kopi yang mahal, tiba masa untuk anda berhenti mengunjungi tempat-tempat tersebut. Mula belajar untuk makan di gerai atau food court yang jauh lebih murah sehingga anda betul-betul kaya.
  2. Jika selama ini anda selalu menghabiskan masa di hujung minggu dengan menonton wayang atau bermain bowling, tiba masa untuk anda tukar kepada berjalan-jalan di taman atau berkelah yang jauh lebih murah dan tidak memakan belanja yang mahal.
  3. Jika selama ini anda selalu berjalan-jalan di pusat membeli-belah setiap kali cuti, anda boleh mula belajar untuk duduk di rumah dan luangkan masa bersama keluarga.
  4. Jika selama ini anda selalu online shopping, tiba masa untuk anda uninstall semua aplikasi online shopping agar anda tidak menghabiskan duit membeli barang yang bukan keperluan.
  5. Jika selama ini duit gaji anda habis untuk perkara yang bukan keperluan, kini tiba masanya untuk anda terus menyimpan sebaik sahaja mendapat gaji.

2. Tingkatkan pendapatan

Cara untuk kaya yang seterusnya ialah dengan meningkatkan pendapatan. Kalau selama ini anda cuma mempunyai satu pekerjaan dan satu gaji, kini tiba masanya untuk anda melakukan dua atau tiga kerja dalam satu masa untuk meningkatkan aliran duit yang masuk ke akaun anda. Mungkin kedengaran seperti mustahil untuk melakukan dua atau tiga kerja dalam satu masa, namun sebenarnya ia bukanlah satu perkara yang mustahil memandangkan pada hari ini ada banyak kerja yang boleh dilakukan tanpa perlu keluar dari rumah seperti:

  1. Berniaga online
  2. Home baker
  3. Mengasuh
  4. Mengajar Al-Quran
  5. Menyediakan makanan berpantang
  6. Menyediakan katering pada hujung minggu
  7. Mengajar tuition kepada anak jiran

3. Kurangkan perbelanjaan

Seterusnya, untuk kaya anda wajib mengurangkan perbelanjaan agar lebih banyak duit yang disimpan didalam akaun anda, dan bukannya keluar. Langlah pertama yang perlu dilakukan ialah dengan menyenaraikan perbelanjaan anda setiap hari dalam tempoh sebulan. Dengan cara ini anda akan nampak ke mana duit anda pergi. Jangan terkejut jika mendapati bahawa kebanyakan duit anda habis untuk perkara yang bukannya keperluan namun lebih kepada gaya hidup dan kehendak.

Sumber: Haikudeck

Langkah seterusnya ialah buang semua perbelanjaan yang bukannya keperluan, dan pastikan pada bulan yang seterusnya anda tidak menghabiskan duit dengan berbelanja untuk barang tersebut. Sebaliknya duit yang sepatutnya digunakan untuk membeli tadi anda simpan dalam tabung. Selepas sebulan anda lihat semula berapa jumlah duit yang ada dalam tabung tadi. Lihat betapa kayanya anda jika mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu.

4. Tukarkan barang yang tidak perlu kepada wang tunai

Nak kaya? Jangan simpan barang yang tidak diperlukan. Tukar barang yang tidak perlu kepada wang tunai. Apa yang perlu anda lakukan? Pertama sekali perhatikan rumah anda. Mulakan dengan bilik tidur. Buka almari dan lihat pakaian yang tidak anda pakai. Berapa banyak pakaian yang dibeli namun hanya dilpakai sekali dua dan kemudian cuma tersadai didalam almari pakaian anda? Begitu juga dengan kasut, beg tangan, dompet, tudung, dam sebagainya.

Apa yang perlu anda lakukan ialah kumpul pakaian dan barangan yang tidak anda gunakan dan jual sebagai barang pre-loved. Ada ramai yang mencari barang pre-loved untuk dibeli. Tips dari kami, ambil gambar dengan menarik agar mudah dijual. Selesai dengan bilik tidur, anda boleh beralih ke ruang lain dalam rumah.

Selepas anda menjual semua barang yang tidak digunakan, kira semula berapa RM jumlah yang anda perolehi. Simpan duit tersebut dalam akaun dan jangan digunakan. Anda juga akan berasa lega melihat rumah anda kosong dan Cuma ada barang yang betul-betul diperlukan sahaja.

5. Bersedekah, beribadah, dan banyakkan berdoa

Cara untuk kaya yang terkahir ialah dengan membanyakkan sedekah, beribadah dan berdoa kepada Allah. Rezeki kita datang dari Allah, dan kepada Allah kita meminta. Sedekah membuka pintu rezeki. Lagi banyak kita bersedekah, lagi banyak rezeki yang akan kita perolehi. Selain itu kita juga disarankan untuk banyakkan berdoa kepada Allah selain melakukan ibadat tertentu untuk menarik rezeki seperti:

  1. Solat Dhuha
  2. Solat sunat
  3. Solat tahajud
  4. Berzikir
  5. Membaca Al-Quran
Sumber: Sinarharian

Akhir sekali jangan lupa untuk bersyukur kepada Allah. Semakin banyak kita bersyukur semakin kaya kita dunia dan akhirat. Itulah dia info tentang macam mana nak kaya (5 cara yang terbukti) yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang kisah Raymond Dalio bina kekayaan dan cara Mark Cuban bina kekayaan.

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.