Apa itu konsep takaful keluarga? Apabila anda menyertai takaful keluarga, anda akan menyumbang sejumlah wang kepada dana takaful. Anda akan membuat satu kontrak (aqad) di mana sebahagian daripada sumbangan anda merupakan sumbangan penyertaan (tabarru’) dan sebahagian lagi merupakan simpanan dan pelaburan.
Sumbangan tabarru’ anda akan diletakkan di dalam satu dana yang disebut sebagai Akaun Khas Peserta (AKP) yang akan digunakan untuk menunaikan tanggungjawab anda dalam saling bantu-membantu, sekiranya mana-mana peserta menghadapi musibah seperti kematian atau hilang upaya kekal. Sekiranya anda masih hidup selepas waktu matang pelan tersebut, anda boleh berkongsi lebihan bersih dana takaful tersebut sekiranya ada.
Pengendali atau syarikat takaful akan melaburkan sumbangan simpanan dan pelaburan anda atau Akaun Peserta (AP) dan keuntungan yang diperolehi akan dikongsikan antara anda dan pengendali takaful berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui dalam perjanjian.
Takaful keluarga boleh dikategorikan kepada kategori-kategori seperti berikut;
1. Keluarga biasa
Di bawah jenis takaful keluarga biasa terdapat dua pelan iaitu takaful keluarga individu dan takaful keluarga kumpulan. Pelan-pelan yang termasuk dalam takaful keluarga individu adalah pendidikan, gadaian, kesihatan dan rider. Anda akan menerima manfaat kewangan yang wujud daripada kematian atau hilang upaya kekal, serta simpanan jangka panjang atau pelaburan serta keuntungan pelaburan yang dibahagikan apabila dituntut, matang dan serahan awal.
Manakala di dalam takaful keluarga kumpulan yang terdiri daripada majikan, kelab, persatuan dan masyarakat mempunyai pelan-pelan seperti pendidikan berkumpulan, perubatan berkumpulan, kesihatan dan rider. Jumlah peserta hendaklah menepatu syarat minimum yang dikehendaki oleh jenis takaful ini. Di bawah jenis takaful ini, anda akan menerima perlindungan dalam bentuk manfaat kewangan yang wujud akibat kematian atau hilang upaya kekal.
Rider merupakan tambahan kepada pelan asas takaful keluarga di mana rider menyediakan perlindungan sekiranya berlaku kemalangan diri, hilang upaya, perubatan dan kesihatan.
2. Anuiti
Anuiti atau boleh disebut sebagai ganjaran merupakan satu pelan yang menyediakan pendapatan tetap kepada anda selepas anda bersara.
3. Berkaitan pelaburan
Berkaitan pelaburan merupakan satu pelan yang mana sebahagian daripada sumbangan anda digunakan untuk membeli unit-unit pelaburan seperti unit saham dan sekuriti pendapatan tetap. Pelan ini menawarkan perlindungan takaful yang meliputi kematian dan hilang upaya kekal.
Terdapat banyak faedah di bawah takaful keluarga. Antaranya ialah sekiranya anda meninggal dunia sebelum pelan takaful anda melepasi tempoh matang, pengendali takaful akan membayar kepada penama atau wasi anda dengan beberapa manfaat.
Manfaat yang pertama adalah jumlah yang terkumpul di dalam Akaun Peserta (AP) anda beserta keuntungan daripada pelaburannya bermula dari tarikh permulaan pelan takaful sehingga ke tarikh terakhir pembayaran yang dibuat sebelum kematian.
Yang kedua adalah sekiranya anda masih hidup ketika pelan takaful anda melepasi tempoh matang, jumlah yang dilindungi di dalam risiko atau dana takaful anda akan mendapat manfaat seperti berikut;
Memahami istilah-istilah yang digunakan dalam takaful adalah amat penting bagi anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan atau pertanyaan berkenaan maksud sesuatu terma atau istilah yang digunakan, sebaiknya anda mendapatkan penjelasan daripada pengendali atau syarikat takaful anda. Ini kerana sijil portfolio adalah kontrak yang sah, maka terma dan syarat di dalam sijil akan digunakan apabila tuntutan dibuat.
Antara istilah atau terma yang penting adalah seperti berikut;
Manakala di antara syarat-syarat penting takaful keluarga adalah seperti berikut;
Kebiasaannya takaful keluarga tidak akan meliputi perkara-perkara seperti berikut;
Apabila tuntutan dibuat, pengendali atau syarikat takaful anda akan membayar kepada anda atau penama (wasi) anda berdasarkan terma dan syarat yang termaktub di dalam sijil portfolio. Oleh itu, anda perlu mengetahui dan menyediakan beberapa perkara ketika melakukan tuntutan. Antaranya adalah;
Apabila anda mempunyai pelan takaful keluarga, anda perlu melakukan dan mengelakkan daripada melakukan beberapa perkara. Antaranya adalah;
Jemput juga baca artikel: