Jom ketahui cerita motivasi perniagaan yang ada sebagai inspirasi.

Anda sebagai seorang peniaga, bagaimana cara anda meningkatkan motivasi diri agar sentiasa bersemangat dan tidak mudah putus asa? Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan motivasi. Ada yang mencari mentor agar sentiasa dijaga dan berada di landasan yang betul.

Ada yang melangggan ebook dari penulis motivasi dan peniaga yang telah terbukti berjaya sebagai bacaan disaat tahap motivasi berada pada meter yang rendah. Malah ada juga yang mengikuti ahli perniagaan yang berjaya, sama ada dari Malaysia atau dari luar negara.

Tak kisah walau cara mana sekali pun yang anda pilih, apa yang penting ialah anda mendapat kesan positif daripada cara tersebut. Tahukah anda bahawa yang sebenarnya terdapat juga beberapa filem yang boleh dijadikan sebagai inspirasi. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan 10 cerita motivasi perniagaan yang mempunyai kisah inspirasi yang anda wajib tonton.

Sumber: Imdb

1. American Gangster

Tajuk filem ini adalah American gangster dan ianya juga menceritakan tentang kisah hidup seorang gangster. Ia menceritakan tentang Frank Lucas yang memulakan perniagaan dengan bermodalkan 1 milion dollar dan berjaya mengembangkan perniagaan walau pun terpaksa menempuh pelbagai halangan dan dugaan. Letak tepi tentang kehidupan ganster yang negatif dan ambillah nilai positif yang dipaparkan dalam filem ini.

2. The Corporation

Filem kedua yang ingin kami kongsikan ialah filem The Corporation yang merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari sebuah buku yang bertajuk  The Corporation: The Pathological Pursuit of Profit and Power. Filem yang bersifat dokumentari ini memaparkan perkembangan perniagaan dengan fokus kepada syarikat-syarikat di Amerika. Sebagai seorang usahawan, Amerika Syarikat yang terkenal sebagai kuasa ekonomi negara boleh dijadikan contoh dan menonton filem yang memberikan fokus kepada syarikat di negara tersebut adalah satu tindakan yang bijak.

3. Startup.com

Cerita motivasi perniagaan yang seterusnya untuk hari ini ialah filem yang bertajuk Startup.com. Filem ini dikeluarkan pada tahun 2001 dan termasuk dalam kategori filem dokumentari tentang permulaan dot-com start-up dan gov-Works.com yang berjaya mengumpul dana sebanyak  60 milion dollar Amerika daripada Hearst Interactive Media, KKR, the New York Investment Fund, dan Sapient. Walau bagaimana pun The Startup tidak bertahan lama namun sehingga ke hari ini ia menjadi rujukan buat usahawan di seluruh dunia.

4. Tucker: A Man and His Dream

Filem tentang motivasi perniagaan tidak semestinya serius sahaja. Ada juga filem komedi yang mencuit hati seperti filem Tucker: The Man and His Dream yang dikeluarkan pada tahun 1988. Filem ini adalah berkonsepkan filem biografi komedi yang menceritakan tentang seorang usahawan bernama Preston Tucker dalam cubaannya untuk mengeluarkan dan memasarkan Sedan Tucker 1984. Filem ini juga menceritakan tentang skandal automobil di Amerika pada zaman tersebut serta tuduhan penyelewengan stok dan ekuiti dalam U.S. Securities and Exchange Commission.

Sumber: Filmaffinity

5. Rogue Trader

Filem motivasi perniagaan yang seterusnya ialah sebuah filem yang bertajuk Rogue Trader yang dikeluarkan pada tahun 1999. Ia merupakan sebuah filem biografi dari British yang mengisahkan tentang kisah seorang broker yang bernama Nick Leeson yang aktif sebagai seorang broker pada tahun 1995 iaitu semasa kejatuhan Barings Bank. Filam ini adalah adaptasi daripada sebuah buku yang bertajuk Rogue Trader: How I Brought Down Barings Bank and Shook the Financial World.

6. The Social Network

Filem The Social Network adalah filem biografi yang diadaptasi dari sebuah buku yang bertajuk  The Accidental Billionaires. Filem ini menceritakan tentang penubuhan media sosial facebook, bagaimana facebook muka terkenal dan melalui tindakan mahkamah. Mark Zuckerberg juga ada didalam filem ini. Bagi kita yang menggunakan facebook setiap hari, lebih-lebih lagi setelah bergelar seorang usahawan, filem ini adalah di antara filem wajib tonton.

7. Wolf of Wall Street

Pastinya anda pernah dengar tentang filem ini memandangkan ia juga terlibat dalam skandal 1MDB. Filem berkonsepkan biografi komedi seram ini adalah diadaptasi dari sebuah buku yang bertajuk Memoir of The Same Name. Ia mengisahkan tentang seorang broker stok yang bernama Belfort yang beroperasi di Bandaraya New York. Ia menceritakan tentang masalah rasuah dan penipuan dalam Wall street yang akhirnya menjadim punca perniagaannya merudum lalu terpaksa ditutup.

8. The Pursuit of Happyness

Ini adalah sebuah lagi filem biografi yang dilakonkan oleh Will Smithm sebagai Chris Gardner yang merupakan seorang jurujual yang tinggal di merata tempat memandangkan dia tidak mempunyai rumah. Ia menceritakan tentang kisah seorang peniaga yang tidak mempunyai rumah namun berjaya untuk mengembangkan perniagaannya. Filem ini boleh menjadi motivasi buat kita.

9. Pirates of Silicon Valley

Anda sudah menonton filem ini? Kalau belum, sila tonton filem ini. Ia adalah sebuah filem biografi yang berkisar pada tahun 1971-1997 yang menceritakan tentang kesan permusuhan di antara steve Jobs yang mengeluarkan Apple dan Bill Gates yang mengeluarkan Microsoft kepada perkembangan komputer pada hari ini. Filem ini adalah sangat menarik untuk ditonton.

Sumber: Youtube

10. Door to Door

Filem terkahir yang wajib anda tonton ialah filem Door To Door yang mengisahkan perit jerih dan usaha seorang jurual yang mempunyai masalah celebral palsy. Pastinya hati anda akan tersentuh semas amenonotn filem ini. Filem ini telah memenangi anugerah dari Peabody Award.

Kesimpulan

Itulah dia info tentang kata-kata semangat untuk usahawan dari tokoh terkenal yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang kisah kejayaan Walt Disney.

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.