Ramai individu yang ingin membeli rumah tetapi tiada pengalaman dan ilmu tentang cara pembelian rumah yang betul. Lebih-lebih lagi golongan-golongan muda yang baru saja ingin membeli rumah buat kali pertama. Hal-hal ini selalu terjadi kepada mereka.

Terdapat kesalahan-kesalahan biasa yang dilakukan oleh seseorang individu ketika ingin membeli rumah. Apakah kesalahan-kesalahan tersebut ?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai kesalahan-kesalahan biasa semasa ingin membeli rumah. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

Kesalahan-kesalahan biasa ketika ingin membeli rumah

kesalahan beli rumah
Imej via Ilabur.com

1. HARGA MELEBIHI HARGA PASARAN

Saya pernah tulis dulu, jika kediaman yang kita beli siap dapat ‘cash back’ lagi, hati hatilah kawan. Kediaman yang kita beli sedang dijual dengan harga masa depan. Lima tahun kedepan belum tentu harga naik dan boleh jual kembali kediaman ini. Buat semakkan harga, harga kediaman bahagikan dengan keluasan lantai kediaman kita beli. Jika harga sekaki persegi disitu RM450 tetapi kita beli pada harga RM700. Kita sudah kena beli sebenarnya.

2. TERBELI HARTANAH KOMERSIAL UNTUK DUDUK

Kita nak beli rumah untuk duduk tetapi terbeli service apartment yang akhir nanti bil api, cukai dan semua utiliti macam bayaran kedai. Kita bukan nak sewakan tetapi nak duduk selamanya disitu sampai mati. Unit Soho, Sovo dan Sofo adalah contoh hartanah komersial.

3. LOKASI SALAH

Kawasan ini banyak ‘awang hitang’ atau berlaku jenayah. Jika banjir akan tenggelam separuh rumah. Ramai warga asing saja duduk dan yang tinggal biasanya tak lama sebab takut kena bunuh punya.

4. TERLALU KECIL BUAT KELUARGA

Kediaman yang baik sebaiknya ada 3 bilik dan 2 bilik air. untuk lebih selesa sebaiknya beli yang antara 650psf-1000psf. Jangan beli kediaman dibawah ukuran itu. Elakkan beli studio jika nak duduk dan bina keluarga. Akan sampai masanya kita sangat tidak selesa menjaga batas aurat kita.

*Berikut adalah kesalahan-kesalahan biasa yang dilakukan oleh pembeli-pembeli yang ingin memiliki rumah untuk kali pertama. Kesilapan sering dibuat oleh pembeli. Jadi, sebelum membuat keputusan untuk mebeli, kaji terlebih dahulu rumah yang ingin dibeli adakah rumah tersebut sesuai untuk diduduki. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.