Rumah yang dibina oleh pemaju, kebanyakkan rumah sangat cantik luas dan dekorasinya juga menarik. Ia membuatkan kita tertarik untuk membelinya. Itu adalah salah satu teknik pemaju rumah untuk menarik pembeli untuk setuju membeli unit rumah.

Tetapi, adakah anda pasti rumah yang anda beli akan sama seperti rumah contoh yang ditunjukkan oleh pemaju itu? Jawapannya tidak. Rumah contoh itu adalah sekadar gambaran untuk kita lihat jika rumah yang dibeli oleh kita didekorasi seperti itu. Selalunya, kita ada impian dekorasi rumah sendiri, bukan.

Jadi, kita perlu lihat beberapa aspek rumah sebelum membelinya. Apakah yang perlu kita perlu lihat?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 6 panduan melihat rumah contoh sebelum membelinya. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

Imej via Facebook

6 Panduan melihat rumah contoh sebelum membelinya

1. Jangan cepat kagum dengan ruang dalaman rumah contoh. Ia dibina oleh pereka dalaman yang mahir dan berpengalaman. Kosnya tinggi .

2. Lihat rumah yang kosong disebelahnya. Suasana sebenar yang kita akan dapat nanti.

3. Lebih baik jika dapat bawa tape ukuran untuk mengukur keluasan bilik. Ada kediaman bila masuk katil, nak solat pun tiada ruang.

4. Jika nak beli kediaman itu, pastikan bahan kekemasan dirumah contoh kosong, sama dengan apa yang ada dalam SnP kita.

5. Dapatkan salinan asal pelan dan rujuk kekediaman contoh yang kosong, ya yang kosong. Jangan kagum dengan kediaman yang telah diubah suai. Banyak berlaku kekemasan dalam SnP tak sama dengan rumah contoh.

6. Lihat ketinggian siling,pastikan tinggi lebih dari 9’0″ kaki. Semua rumah contoh guna aircond, kita hanya nak pasang kipas nanti. Jangan sampai putus kepala kena kipas nanti.

*Berikut adalah panduan-panduan yang diberikan oleh Encik Azizul. Ikuti panduan yang diberikan oleh Encik Azizul ini, Insyaallah kita tidak akan mudah percaya dengan gambaran yang diberikan oleh pemaju. Malah kita dapat memilih rumah yang baik untuk diri dan keluarga kita. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.