Tular tentang peluang bekerja di Australia. Di antara kerja yang paling popular ialah memetik buah. Ramai yang teruja untuk ke Australia untuk bekerja sebagai pemetik buah apabila melihat gambar dan coretan yang dikongsikan oleh mereka yang sedang berada di sana. Namun apa yang dikongsi bukanlah keseluruhan cerita. Jom kami kongsikan hakikat sebenar bekerja di Australia orang tak tahu.

Jika anda ingin bekerja di Australia, and akan berurusan dengan farmer iaitu tuan ladang yang akan menjadi majikan anda. Dia juga akan menetukan segala-galanya untuk anda. Selain farmer, anda juga akan berjumpa dengan kontraktpr iaitu individu yang dibayar oleh farmer untuk menguruskan kebajikan dan skop kerja anda di sana nanti.

Nasib anda di sana bergantung kepada farmer dan kontraktor yang menjaga kebajikan anda. Jika anda menjadapat majikan dan kontraktor yang baik, hidup anda akan terjaga dan anda boleh bekerja dengan aman di sana. Sebaliknya jika anda ditakdirkan mendapat majikan atau kontraktor yang tidak bertimbang rasa dan suka mengambil kesempatan, pastinya perjalanan hidup anda di sana tidak akan menjadi mudah.

1. Gaji dikira ikut jam dan akan dibayar secara mingguan

Kalau di Malaysia biasanya gaji dikira ikut hari dan akan dibayar secara bulanan, namun di sana gaji anda akan dikira mengikut kiraan jam dan dibayar secara mingguan. Purata bayaran untuk pemetik buah di sana ialah 12 hingga 14 dollar sejam, terpulang kepada kontraktor masing-masing. Berapa anda akan dapat sejam dalam Ringgit Malaysia? Lebih kurang RM35.00 sehingga RM41.00.

2. Anda perlu bekerja selama 10 jam sehari

Anda akan bekerja selama 10 jam sehari iaitu dari pukul 7 pagi sehingga 5 petang. Dalam seminggu anda akan mendapat satu hari cuti iaitu pada hari ahad. Berdasarkan kiraan, anda akan mendapat RM350.00 sehari dan didarabkan dengan seminggu, anda akan mendapat RM2100.00. Lumayan. Namun ingat semula bahawa anda perlu mengerah tenaga selama 10 jam sehari. 10  jam bekerja di ladang bukanlah tempoh yang pendek dan tenaga yang perlu dikeluarkan bukanlah sedikit.

3. Tempat tinggal disediakan

Tempat tinggal disediakan oleh farmer atau kontraktor namun ianya bukan percuma. Anda perlu membayar sewa lebih kurang 70 hingga 100 dollar seminggu bersamaan RM200 hingga RM300 seminggu duit Malaysia. Harga sewaan bergantung kepada jenis rumah yang anda duduki. Ada juga majikan yang menyediakan makanan untuk pekerjanya. Sewa rumah boleh dibayar sendiri atau ditolak terus dari gaji. Ia juga bergantung kepada nasib anda. Jika anda mendapat majikan dan kontraktor yang baik, kebajikan anda akan terjaga.

4. Anda akan pergi kerja menaiki van

Setial hari anda akan diambil dan dihantar oleh van yang disediakan oleh kontraktor. Anda akan pergi bekerja beramai-ramai dengan menaiki van. Maka tak perlu risau tentang pengangkutan. Ianya disediakan. Namun jangan pula anda mengharapkan van yang selesa, besar dan dipasang penghawa dingin. Anda perlu berhimpit dengan bermacam jenis manusia dan perjalanan ke tempat kerja mungkin sejauh 2 jam.

5. Anda mungkin bekerja secara kontrak atau bukan kontrak

Bergantung kepada farmer dan kontraktor anda, anda mungkin bekerja secara kontrak atau sebaliknya. Jika anda bekerja secara kontrak, anda perlu bekerja sehingga tamat tempoh kontrak, katalah 6 bulan. Jika anda bekerja tanpa kontrak, anda boleh berhenti pada bila-bila masa sahaja.

6. Anda bukan memetik buah sahaja

Ramai yang bekerja di sana suka berkongsi gambar memetik buah seperti epal, pear dan sebagainya. Yang sebenarnya, selain memetik buah anda juga perlu melakukan kerja berikut:

  • Memetik sayur-sayuran
  • Membersihkan ladang
  • Membawa traktor
  • Pruning
  • Menanam pokok
Sumber: Pearladytravel

7. Makanan halal mudah didapati di Australia

Mudah untuk anda mendapat makanan halal di Australia kerana banyak kedai dan mini market yang menjual makanan halal di sana.

8. Senang untuk mendapat makanan Malaysia di Australia

Kalau anda teringin nak makan makanan Malaysia, ianya juga mudah untuk diperolehi di Australia. Contoh makanan Malaysia yang banyak di sana ialah:

  • Mee segera jenama Maggie
  • Sos jenama Maggie
  • Kicap Kipas Udang

Kebiasaannya kontraktor akan membawa pekerjanya membeli-belah barang keperluan dapur seminggu sekali.

9. Anda akan berjumpa dengan pelbagai bangsa dan jenis manusia

Bukan sahaja rakyat Malaysia yang berminat untuk bekerja sebagai pemetik buah di Australia. Penduduk negara lain juga tidak melepaskan peluang untuk bekerja di sana. Maka anda akan bertemu dengan pelbagai bangsa terutamanya dari asia seperti:

  • Burma
  • Indonesia
  • Vietnam
  • Thailand

10. Anda akan menganggur apabila musim buah tamat

Peluang pekerjaan untuk memetik buah hanya wujud semasa musim buah. Sebaik sahaja musim buah tamat, anda akan menganggur tanpa sebarang kerja. Anda boleh mengambil alternatif dengan mencari pekerjaan lain. Atau anda juga boleh mengambil peluang untuk melancong di Australia jika mempunyai bajet. Namun ramai yang memilih untuk pulang ke Malaysia.

Sumber: Harian Metro

Itulah dia info  tentang hakikat sebenar bekerja di Australia orang tak tahu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang kesilapan yang selalu dilakukan orang muda baru bekerja dan faktor migrasi, kenapa tak bekerja di negara sendiri?

Rujukan:

1. Fakta Kerja Petik Buah Di Australia. Says

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.