Kenali Kylie Jenner, Bintang Keusahawanan
Bagi penggemar dan peminat muzik pop, pastinya mengaitkan keluarga Kardashian-Jenner dengan rancangan-rancangan realiti TV dan kandungan majalah…

Fakta Ringkas
- Nama Penuh
- Kylie Jenner
- Peranan
- Ahli perniagaan, Usahawan
- Dikenali Kerana
- Pengasas Kylie Cosmetics dan ahli keluarga Kardashian-Jenner
- Ibu
- Kris Jenner
- Syarikat kosmetik
- Kylie Cosmetics
- Pengikut Instagram (29 Januari 2020)
- 159 juta
- Jualan lipstik pertama
- Habis dijual dalam masa 10 minit
- Anggaran nilai bersih kekayaan (awal 2020)
- Melebihi $1 bilion (anggaran Forbes)
- Perjanjian dengan Puma (Februari 2016)
- $1 juta sebagai jurucakap
- Jualan saham Kylie Cosmetics (November 2019)
- Menjual 51% saham kepada Coty dengan harga $600 juta
- Nilai syarikat Kylie Cosmetics (2019)
- $1.2 bilion
Pencapaian
- Melancarkan produk kosmetik Kylie Cosmetics
- Keenam-enam lipstik habis dijual dalam masa 10 minit semasa pelancaran
- Mengatasi Mark Zuckerberg sebagai jutawan bilion termuda di dunia pada umur 21 tahun
- Menandatangani perjanjian $1 juta dengan Puma sebagai jurucakap
- Menjual 51% saham Kylie Cosmetics kepada Coty dengan harga $600 juta
Bagi penggemar dan peminat muzik pop, pastinya mengaitkan keluarga Kardashian-Jenner dengan rancangan-rancangan realiti TV dan kandungan majalah selebriti. Namun begitu, Kylie Jenner telah menjadi ahli keluarga tersebut yang paling berjaya. Beliau yang merupakan anak kepada Kris Jenner, adalah individu termuda keluarga tersebut, memperoleh kejayaan besar hanya beberapa tahun selepas melancarkan satu produk kosmetik yang dipanggil Kylie Cosmetics. Di dalam satu temubual bersama Elle Canada pada bulan November 2015, Kylie menyatakan bahawa beliau mengingati kata-kata ibu beliau pada tahun 2014 semasa beliau memberitahu ibu beliau yang beliau ingin berlakon, di mana ibu beliau mengatakan kepada beliau; “Kylie, anda adalah seorang ahli perniagaan” .
Bijak Dalam Keusahawanan
Ahli termuda keluarga Kardashian ini telah terbukti mempunyai kemahiran dalam perniagaan, dan syarikat kosmetik beliau menjadi seperti permata mahkota di dalam empayar perniagaan keluarga beliau. Untuk pelancaran produk lipstik, Jenner telah melalui beberapa buah temubual dengan liputan media yang luas. Menurut majalah Elle, pada masa pelancaran, empat daripada enam lipstik yang dikeluarkan telah habis dijual dalam masa 8 minit, dan dalam masa 10 minit, keenam-enam lipstik tersebut telah habis dijual. Kedai-kedai di dalam talian (online retailer) mungkin juga mempunyai peranan dalam populariti produk tersebut. Set lipstik Jenner berada di eBay Inc. sebelum jualan tamat dengan permulaan harga bida setinggi $225, satu lonjakan harga yang sangat tinggi berbanding harga runcit asalnya, $29. Bahkan pilihan warna lipstik beliau yang paling tidak popular, True Brown, telah dijual pada harga $68. Dalam satu tindakan yang boleh menjadi perhubungan awam (PR) yang baik, Jenner menggesa peminat-peminat beliau untuk mengelak daripada membeli produk beliau pada harga yang dinaikkan daripada peniaga-peniaga luar. Semasa Jenner bercakap kepada pihak media, beliau cuba untuk berkongsi maklumat yang cukup untuk menarik minat pengikut-pengikut beliau dan juga pihak media untuk datang kembali dan mendapatkan lebih banyak produk beliau. Beliau telah menggunakan platform laman sosial untuk membina jenama beliau dan memanfaatkan penggunaan peranti-peranti mudah alih yang sangat meluas untuk mencipta gelombang. Setakat 29 Januari 2020, beliau memiliki sebanyak 159 juta pengikut di Instagram.

Imej via teenVouge
Daripada Millionaire Kepada Billionaire
Pada bulan Oktober 2015, Jenner membayangkan melalui Instagram yang beliau akan melancarkan satu produk lipstik. Beliau kemudiannya memaparkan sekeping gambar beliau sedang memperagakan pelbagai warna lipstik di dalam akaun rasmi Instagram beliau. Selain daripada memasarkan produk kosmetik beliau melalui Instagram, Jenner juga mempunyai aplikasi rasmi untuk iPhone dan Android yang memaparkan gambar-gambar dan video-video yang eksklusif, yang biasanya mempromosikan pelbagai produk beliau. Pada bulan Januari tahun 2015, anggaran bersih kekayaan beliau adalah $5 juta. Manakala setakat awal tahun 2020, Forbes menganggarkan nilai bersih kekayaan beliau melebihi $1 bilion. Apabila nilai bersih beliau melebihi angka 1 bilion pada umur beliau baru 21 tahun, beliau mengatasi pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg sebagai jutawan bilion (billionaire) termuda di dunia. Jenner berkolaborasi dengan jenama-jenama yang terkenal untuk meluaskan lagi jenama beliau. Pada bulan Februari 2016, syarikat kasut dan pakaian sukan Jerman, Puma mengesahkan mereka menandatangani sebuah perjanjian $1 juta untuk mengekalkan Jenner sebagai jurucakap. Selepas itu, beliau bertukar kepada syarikat Adidas, mengikuti keluarga beliau. Pada bulan November 2019, Jenner telah menjual 51 % saham dalam Kylie Cosmetics untuk harga sebanyak $600 juta kepada Coty. Harga saham tersebut menggambarkan nilai syarikat beliau adalah sebanyak $1.2 bilion. Jemput baca artikel biodata Elon Musk dan pengasas Paypal
Rujukan
- Kylie Jenner’s Entrepreneurial Genius - Investopedia. https://www.investopedia.com/articles/investing/030116/kylie-jenner-entrepreneurial-genius.asp
Rujukan
Maklumat dalam artikel ini disediakan berdasarkan sumber yang boleh dipercayai. Pengguna digalakkan merujuk sumber asal untuk kepastian lanjut.