Kata nama am dan kata nama khas adalah 2 kata nama yang biasa kita dengar. Malah kedua-duanya banyak kita gunakan dalam perbualan harian, dan juga penulisan. Namun, mungkin ada yang masih belum dapat membezakan di antara kata nama am dan kata nama khas. Malah belum faham apakah ia yang dimaksudkan dengan kata nama am.
Tahukah anda bahawa perkataan nama boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu nama betul, ganti nama, dan nama terbitan. Nama betul boleh dibahagikan kepada dua bahagian kecil iaitu:
Kata nama am merujuk kepada perkataan yang kita gunakan untuk menjelaskan nama sesuatu benda. Ianya boleh digunakan untuk menjelaskan nama benda yang bernyawa seperti manusia dan binatang. Dan ia juga boleh digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu benda yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat, barang dan sebagainya. Kata nama am digunakan untuk menyebut sesuatu secara am atau umum.
Kata nama am terbahagi kepada dua jenis iaitu:
Kata nama am konkrit dan abstrak pula boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
Bagi memudahkan anda untuk memahami apakah kata nama am, jom lihat contoh kata nama am dibawah.
Manusia | lelaki, kanak-kanak, ibu, jurutera, pemandu teksi |
Binatang | kucing, arnab, tikus, semut, belalang, kelkatu |
Tumbuh- tumbuhan | pokok, rumput, bunga, daun, lalang |
Benda | basikal, rantai tangan, periuk nasi, telefon bimbit, katil |
Tempat | bandar, lapangan terbang, stesen bas, rumah, hotel |
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil pada semua huruf didalam perkataan, kecuali jika ia berada pada awal ayat. Bagi memudahkan anda untuk faham, jom rujuk contoh dibawah.
Farid sedang makan roti. | Perkataan roti ditulis dengan huruf kecil kerana berada di dalam ayat. |
Roti itu berperisa coklat. | Perkataan roti ditulis dengan huruf besar kerana berada pada awal ayat. |
Kata nama am dan kata nama khas adalah dua kata nama yang berbeza. Di antara perbezaannya ialah:
Berikut adalah contoh perbezaan di antara penggunaan kata nama am dan kata nama khas
Kegunaan | Kata Nama Am | Kata Nama Khas |
Benda | bangunan | Bangunan Tabung Haji |
Orang | guru | Cikgu Nurul Balqis |
Binatang | kucing | Si Tompok |
Tempat | negeri | Negeri Johor Darul Takzim |
Tumbuhan | pisang | Pisang Emas |
1. Setelah bersara, Haji Rahman menjadi penternak lembu untuk mengisi masa lapang.
2. Bangunan baru itu dicat dengan warna kuning.
3. Kereta baru Samy disimpan di dalam garaj.
4. Kasut sekolah berwarna hitam lebih mudah dijaga daripada kasut putih.
5. Setiap pagi ayam jantan akan berkokok.
6. Ayah memotong dahan pokok di hadapan rumah.
7. Beg sekolah beroda menjadi pilihan pelajar darjah satu.
8. Baju berwarna merah jambu sesuai untuk wanita berkulit cerah.
9. Bantal itu dibasuh kerana terkena air susu yang tumpah.
10. Permaidani ibu yang cantik selalu mendapat pujian tetamu yang datang.
11. Penggunaan telefon bimbit semasa memandu adalah dilarang.
12. Kami tiba awal di lapangan terbang.
13. Ibu menyediakan makanan untuk minum petang.
14. Adik menyelamatkanseekor kucing yang jatuh ke dalam longkang.
15. Abang pulang ke asrama dengan menaiki bas.
16. Ayah menghadiahkan ibu seutas rantai emas.
17. Periuk nasi itu jatuh ke atas lantai.
18. Lampu isyarat itu tidak berfungsi.
19. Hari ahad yang lepas kami sekeluarga berkelah di pantai.
20. Setiap pagi ibu akan menyapu lantai.
21. Pengantin baru itu menaiki kereta untuk ke dewan persandingan.
22. Hobi datuk saya ialah memelihara burung.
23. Saya berjaya mewakili negeri bagi acara lari 100 meter.
24. Kami ke bandar untuk membeli baju raya.
25. Basikal Ali pancit akibat termasuk ke dalam lubang yang dalam.
26. Cikgu berpesan agar anak murid menyiapkan kerja sekolah.
27. Lipas itu menyembunyikan diri di bawah sofa.
28. Ayah saya bekerja sebagai seorang jurutera.
29. Kami selamat sampai di hotel.
30. Ayah mengajak kami mencari siput di sungai.
Itulah dia info berkenaan kata nama am yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang bitcoin, kelebihan beli rumah baru, dan Amanah Saham Bumiputera.
Rujukan: